Monday

Kepada siapa post ni dituju??



As-Salam..

Buat masa sekarang ramai yang dok berkongsi dan mengerah orang-orang lain untuk membantu Syria dan Rohingya di Burma. Tapi aku kurang pasti kepada siapa post2 sebegini ditujukan?

Yang berlaku di Syria adalah civil war, manakala di Burma adalah penghapusan etnik oleh kerajaan memerintah.....

Keadaanya adalah amat berbeda jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di Bosnia, dimana melibatkan negara lain menyerang negara lain. Peperangan civil adalah amay menyukarkan untuk kita masuk campur kerana terikat kepada beberapa undang2 perang dunia yang disepakati ramai....

Susah aku nak terang benda ni....tapi satu je aku nak pesan kat kengkawn, jangan menunding jari dekat orang lain jika kita sendiri tak pasti dengan diri sendiri. Jika anda hendak membantu Syria sebagai contoh..silakan kesana ..nak lawan dengan apa?? Keris?..sudah tentu anda sendiri tak pernak pegang senjata kan??? So macamana nak lawan??

Jumlah tentera syria yang pro Bashar sendiri pon jumlahnya melebihi bilanga rakyat negara kita....moh Jihad....Jihad tanpa persediaan maknanya misi bunuh diri beb. Ingat Civil Wars!!!!

Tetiba je aku teringat sejarah perang tel8uk dulu imana beratus2 masyarakat kampung aku bersungguh nak pergi ke Iraq nak membantu Iraq...tapi bila ditanya pernah tak pegang M16?? Sorang pon tak dapat menjawab..sahkan M16...senapang angin pon tak pernah....itupon belom lagi tanya pernah bunuh orang ke tidak!!

Aku disini bukanlah tidak bersimpati dengan Syria dan Rohingya...tapi secara serius aku tak mampu...yang aku mampu hanyalah berdoa untuk keselamatan dan kelangsungan kehidupan mereka..Semogga Allah membantu mereka!!! Amin

Sunday

Pesanan untuk "tahi" Facebook dan Insan Paling Miskin

"Ketika kita menaip ayat kita tidak sedar kesannya dan hanya beranggapan kita berdepan komputer tanpa mengambil kira perasaan orang lain...dan ianya akan kekal selagi internet masih digunapakai"

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata.......katakanlaaahhhhh!!!!!

Insan Paling Miskin.. 
Peluang telah tersedia
tergantung rezeki dan usaha
manusia telah berjaya
menjadi angkuh diatas dunia

Tidur bertilamkan wang
bermimpikan kemewahan
baju Itali tak terpakai lagi
sepatu berjenama berguni-guni

Tabungan melimpah-limpah
 harta bercambah
masih lagi ditambah
untuk bermegah-megah

Antara ikhlas bersedekah
wajarkah dihujah?
dermawan publisiti murahan tegar
biarpun tuhan marah

Mahukah kamu,
bila nanti dikafan dengan wang
bersama hak saudaramu
lalu menghadap tuhan sebagai insan paling miskin??

Tuesday

Parti cap keris dan beruk dalam sangkar

 As-Salam..

Aku teringin sekali menulis mengenai pandangan dari kacamata gelap aku secara nyata tentang politik Tanah Melayu dizaman sekarang. Tapi aku pendam dalam-dalam takut disalah ertikan oleh sahabat-sahabat dan keluarga terdekat.

"Hang ni aku tengok dua-dua hang sokong dan dua-dua jugak hang tentang, hang ni munafik ka apa?" Ujar sahabat aku yang berkhidmat di jabatan 'gomen' di Kedah Tua, memecahkan lamunan aku.

"Awat kata lagu tuu..berat benar tuh, Aku ni bukan munafik. Salah kah kalau aku tentang dua-dua? Sebab aku rasa dua-dua tak betoii!!" Aku jawab dengan mudah.

Diatas tu adalah contoh skrip wajib bila aku berbicara soal politik dan pandangan aku dalam politik dengan fanatik-fanatik "Partai Bulan Purnama dan Bulan Sabit Mata Dajjal". Dan ramai yang ragu dan keliru dengan pegangan aku....laaa hangpa nak ragu keliru dengan pegangan politik aku nak buat apa?? Cukup hangpa tau aku ni Muslim Melayu sudahlah!!


Aku sudah lama bercita-cita nak menubuhkan Partai Cap Keris, tapi timbul la pulak isu keris tu lambang Assobiyah melayu..pulak dah!! Dah aku memang melayu darah pendekar, lantak pi la aku nak boh lambang apa pun. Yang hangpa dok bising-bising pasai apa?? Yang kat Mesir tu Ukhwanul Muslimin pakai lambang Partai Cap Dacing tu tadak sapa lak nak komplain...!!

inilah sebabnya aku tak suka bercakap pasal politik secara terang dalam alam maya...