Monday

Diesel Vs Petrol Engine Engine..Which ones better??

Yang manakah lebih sesuai??
Sebagai mukadimahnya aku teringat zaman kanak-kanak sewaktu ayah bersama datuk saudara mula-mula 'membuka' tanah hutan di Sungai Mas, Kuala Krai; Kelantan lebih kurang 30 tahun lalu. Jalan yang menghubungkan penempatan kami ke pekan terdekat adalah merupakan jalan tanah merah yang berselut dan pengangkutan utama adalah lori-lori balak dan juga truk pick-up yang 'hidup segan mati tak mahu'. Keadaan waktu itu memang sangat jerih sekali walaupun aku tak mengerti apa-apa. Apa yang aku hendak cerita disini adalah lori/truk berenjin diesel tersebut pada masa itu sangat bising, selesa jauh sekali sehingga walapun dari jarak dua batu kami sudah dapat mendengar bunyinya dan dapat mengecam kepunyaan siapa. Keadaan ini jauh berbeza sekali jika dibandingkan dengan truk berenjin diesel yang moden sekarang, lebih senyap malah lebih selesa.Aku ada mendapat maklumat dari seorang kawan yang meneruskan pengajian di Eropah dimana truk-truk moden disana ada yang mengeluarkan bunyi 'merdu' seolah-olah sebuah Lamboghini dan dilengkapi dengan ICE(Entertainment In Cabin).
Kembali kepada perbandingan antara yang mana lebih baik antara kenderaan berenjin diesel atau petrol(gasoline:US)? Dalam merungkai persoalan ini kita kenalah merujuk kepada beberapa kriteria yang penting dan perbandingan secara adil.
1.Kuasa/Dayakilas(Tork)
Kelebihan: Pilihan yang sukar..anda pilih sendiri
Kesilapan yang sering dilakukan oleh rakan-rakan diluar sana adalah merujuk nilai kuasa enjin dengan nilai'CC' (kapasiti isipadu enjin). Silap! Tidak semestinya enjin kenderaan ber'cc' besar mempunyai nilai kuasa yang besar. Akan tetapi secara amnya kenderaan berenjin pertol mengeluarkan kuasa yang lebih tinggi, manakala kenderaan berenjin diesel pula mempunyai kelebihan dalam nilai tork yang dihasilkan.
Jika anda bercadang untuk mendapatkan sebuah truk/SUV yang akan digunakan dijalanraya dan jarang untuk mengangkut barangan berat, dan anda juga lebih mementingkan kelajuan, senang dihidupkan, memecut dengan pantas apabila 'lampu hijau' menyala dipersimpangan; sememangnya anda amat memerlukan sebuah truk/SUV berenjin petrol!
Sebaliknya jika anda bercadang memandu secara kasar, mengangkut pelbagai jenis bebanan dan tidak mengira apa jenis jalan yang diredah, sebuah truk/SUV adalah paling sesuai untuk anda! Kelebihan dari nilai tork yang tinggi pada enjin diesel adalah amat sesuai bagi menghadapi 'kerja berat' ini adalah kerana 'nisbah tekanan' yang tinggi diperlukan bagi memenuhi kitaran menghidupkan sesebuah enjin diesel (amnya:17:1diesel, 9:1petrol). Nisbah tekanan yang tinggi ini amat diperlukan bagi menghidupkan enjin diesel dan ianya juga menghasilkan nilai dayakilas/tork yang tinggi pada putaran enjin(rpm) yang rendah .(Masih ramai 'kawan-kawan' aku yang keliru tentang enjin diesel nih, mereka sangka enjin diesel juga mempunyai palam pencucuh seperti mana enjin kenderaan biasa....salah tuuu!!)
Ok, sebagai contoh; (bersumberkan katalog spesifikasi kereta online) sebuah enjin GM 8.1L V8 petrol yang dimuatkan dalam kenderaan Chevrolet menghasilkan 340HP, 455 lb-ft tork, manakala enjin GM 6.6L v8 turbodiesel menghasilkan nilai kuasa yang kurang iaitu 300HP, akan tetapi nilai torknya amat tinggi 520 lb-ft.
2.Menjimatkan BahanApi
Kelebihan: Diesel
Bahanapi diesel mengandungi tenaga tersimpan yang lebih tinggi berbanding petrol. Dianggarkan diesel mengandungi tenaga sebanyak 147,000BTUs/gallon, manakala petrol pula adalah 125,000BTUs/gallon (1 US gallon = 3.785411784 liters. /1 UK (Imperial) gallon = 4.54609 liters.). Ini bermakna lebih banyak jumlah petrol diperlukan bagi menyamai nilai kuasa yang dihasilkan oleh 1 liter diesel!!, dengan ini menjadikan enjin diesel lebih menjimatkan. Ini belum lagi termasuk kaedah-kaedah suntikan bahanapi diesel kedalam enjin (ini rumit sedikit dan agak berbeza dengan kaedah suntikan dalam enjin petrol). Walauapapun semasa keadaan melahu/idle', enjin diesel hanya menggunakan 1/3 dari nilai jumlah yang diperlukan oleh enjin petrol dan ianya mempunyai kelebihan dalam penggunaan bahanapi bagi setiap kilometer(nilai mpg:miles per gallons). Bak kata iklan petronas "anda boleh pergi lebih jauh bagi setiap liter". Keadaan ini mungkin berbeda jika merujuk kepada kenderaan-kenderaan berat, disini aku hanya merujuk kepada kenderaan truk/SUV yang kebanyakan sahaja. "apple with apple comparison"
3.Kos Penyelenggaraan
Kelebihan: Petrol
Oleh kerana enjin diesel mempunyai nisbah tekanan yang tinggi didalam enjin, maka komponen-komponennya perlu bekerja lebih maka ianya perlu dibina lebih teguh bagi menghadapi 'punishment' berbanding sebuah enjin petrol. Blok silinder perlu lebih tebal, komponen rod, piston, crankshaft dan injap yang lebih kuat dan kukuh. Semuanya adalah lebih mahal dan sukar pembuatanya, jumlah berat enjin juga akan lebih berat berbanding dengan enjin petrol yang setara dengannya. Akan tetapi penyelenggaraan bagi enjin diesel adalah lebih mudah berbanding petrol oleh kerana ianya hampir tidak mempunyai komponen elektronik dan tidak memerlukan peralatan khas boleh dilakukan hanya ditepian jalanan. (Sebagai contohnya BMW 730 Li, hanya untuk menukar sebiji tayar sahaja ianya perlu dilakukan oleh engineer bertauliah untuk 'setting' balik data pasal tayar, kalau tak..keta tu takkan boleh dihidupkan..itu belum lagi termasuk menyelenggarakan enjinnya. Mungkin contoh yang aku beri ni terlalu menyimpang jauh, saje je sebab masa tengahari tadi aku bersembang dengan pemandu Istana Anak Bukit, dia ler yang cerita pasal kereta tu).
Secara kasarnya, penyelengaraan enjin petrol adalah lebih menjimatkan jika diukur dari segi penyelengaraan jangka pendek. Namun begitu jika diukur dari segi penyelengaraan jangka panjang, diesel adalah lebih menguntungkan; ini adalah kerana ianya boleh pergi lebih jauh sehingga 3 kali ganda lebih jauh berbanding enjin petrol sebelum ianya memerlukan 'major overhaul!!' Enjin petrol secara kasarnya boleh dipandu sehingga 200,000 kilometer sebelum perlu 'turun enjin', enjin diesel pula adalah lebih jauh dari itu iaitu sehingga 500,000 kilometer.
4.Cuaca Sejuk
Kelebihan:Petrol
Adalah terbukti bahawa enjin petrol lebih senang dihidupkan pada cuaca sejuk(bawah 30*C) berbanding enjin diesel. Inilah kelebihan mempunyai 'palam pencucuh' dan kekurangan bagi enjin diesel, namun begitu kelemahan pada enjin diesel ini boleh diatasi dengan memasang pemanas, menggunakan 'starter motor' yang lebih berkuasa dan 'double battery' atau kaedah sela masa pancitan bahanapi(lebih lanjut mengenai kaedah ini anda carilah sendiri...sebab ianya rumit dan terlalu banyak untuk aku terangkan. (Jika anda pernah melanjutkan pelajaran dalam Kejuruteraan Mekanikal samada di Politeknik atau Universiti mungkin anda lebih mudah memahaminya). Namun begitu, enjin diesel moden telahpun dilengkapi peralatan khas dan ditala dengan begitu baik sekali.
5.Bising dan Getaran
Kelebihan:Petrol
Walaupun enjin diesel telahpun mengalami pelbagai peningkatan berbanding 10 tahun lepas, ianya tetap mengeluarkan bunyi dan getaran yang lebih tinggi berbanding enjin petrol. Namun begitu ianya tidaklah begitu ketara jika telah mencapai kelajuan ideal.
6.Bau Asap Dan Pencemaran
Kelebihan: Berbelah bahagi
Walaupun telah banyak pembaharuan didalam proses pengeluaran diesel, pengurangan kuantiti sulfur namun ianya tetap masih mempunyai bau yang tidak menyenangkan (masa zaman persekolahan dulu aku suka ngan bau asap bas sekolah walaupun ramai kata baunya busuk). Ianya juga menghasilkan jelaga(asap hitam, Nitrogen Oksida NOx), keadaan ini mungkin hampir tidak didapati pada enjin petrol. Namun begitu enjin diesel moden telahpun mengalami peningkatan dalam masalah ini. Masuk bab kimia sedikit, pembakaran lengkap bagi diesel akan menghasilkan karbon dioksida, air dan juga jelaga(Nitrogen Oksida) manakala bagi pembakaran petrol akan menghasilkan karbon monoksida, air dan pelbagai jenis lagi gas nadir beracun. Amat diketahui umum bahawa karbon monoksida adalah sangat beracun dan merosakan lapisan ozon.
Kekeliruan tentang pencemaran udara ini sukar dirungkai kerana secara fizikalnya diesel dikatakan lebih mencemarkan udara oleh kerana penghasilan jelaga, namun begitu ramai yang tidak menyedari bahawa gas-gas yang terhasil dari enjin petrol adalah lebih mencemari dan bahaya kerana inya sukar dilihat secara mata kasar. 'Do you got the point?' Pergilah mentelaah ilmu kimia sedikit dan anda akan dapat menafsirkan apa yang aku sedang bincangkan ini.
7.Kos Bahanapi
Kelebihan: Diesel
Pemprosesan pengeluaran diesel adalah lebih mudah & murah berbanding proses pengeluaran petrol, jadi secara kasarnya diesel adalah jauh lebih murah berbanding petrol. Namun begitu, harga pasaran bagi kedua-dua bahanapi tersebut disesebuah negara adalah berbeza dan agak sukar juga bagi aku hendak buat kesimpulan yang mana lebih mahal atau murah ini kerana negara-negara pengeluar minyak biasanya mempunyai sistem subsidi (termasuklah negara kita: Malaysia), dan nilai cukai yang berbeza bagi negara-negara yang tidak mempunyai sumber bahanapi asli ini. Walaupun begitu, merujuk kepada taksiran yang telah dibuat oleh agensi dari Jerman (German Technical Co-Operation) harga pasaran diesel di Asean dan negara-negara di Benua Asia yang lain adalah 30%-50% lebih murah berbanding harga pasaran petrol. Anda boleh rujuk sendiri disini:
Harga pasaran bagi diesel akan jauh lebih murah jika lebih banyak kenderaan yang menggunakan enjin diesel dijalanraya. Di negara kita, harga pasaran diesel melonjak tinggi ini adalah kerana langkah kerajaan Malaysia untuk menampung kerugian yang dialami oleh kerajaan selepas kemerosotan ekonomi dunia yang pertama 1997 dan baru-baru ini buat kali keduanya. (Ishh..ini dah masuk bab politik la pulak...ok STOP!)
8. Bekalan Bahanapi
Kelebihan: Petrol
Di negara kita, tidaklah menjadi masalah yang besar ini kerana stesen minyak senang didapati dimana-mana sahaja. Pilihan jenis bahanapi juga banyak, mengikut kehendak syarikat pengeluar kereta dan 'ketebalan' poket anda. Pam diesel juga modah dikenali: yang bewarna hitam.
Namun begitu, sebagai contohnya di USA pengguna diesel adalah hanya 2% sahaja, di rantau Eropah pula adalah 25%. Maka di USA untuk mendapatkan stesen minyak yang membekalkan bahanapi diesel adalah sukar. Senario ini seolah-olah kesulitan dinegara kita untuk mendapatkan bekalan bahanapi LNG/NGV (di Penang hanya ada satu sahaja stesen NGV, KL mungkin ada beberapa tempat dan langsung tiada di Kelantan, Kedah, Perak dan Perlis jauh sekali)
Di negara-negara Timur Tengah, Asia dan Eropah tidak menjadi masalah yang besar. Yang menjadi masalah hanyalah perbezaan harganya sahaja.
Kesimpulan Yang Tersimpul..
Memilih samada ingin menggunakan kenderaan SUV berenjin petrol atau diesel adalah bergantung kepada 'Apakah kehendak/Keperluan Anda' dan 'Dimana Anda Tinggal atau Ingin Pergi'. Jika anda mementingkan tahap kelajuan sepertimana kereta penumpang biasa dan jarang sekali membuat kerja-kerja berat, anda mungkin memerlukan SUV berenjin petrol! Ianya lebih selesa, senyap, alat ganti yang senang diperolehi dengan harga murah. Dan sebaliknya jika anda merancang untuk melakukan aktiviti lasak, meredah belantara, merentasi benua (aku lebih suka menggunakan term "Overlander") dan sebagainya, SUV berenjin diesel lebih sesuai untuk anda. Walau apa-apa pun 'tepuk dada tanya fikiran'. What best for others doesnt fits on you sometimes....
nanti akan bersambung lagi bab lain pula...jumpa lagi....fikir-fikirkan
By: Din Brasco

4 comments:

sunmelonz said...

tulisan yang membuka minda, mcm biasa, NAK LAGI! :)

DINBRASCO said...

tu sebenarnya ilmu diploma mekanikal selama 3 tahun dan dirumuskan menjadi satu 'entry'...ringkas giler..hehehe

MFTAQIYUDDIN said...

Good info Cik Din.

montoya said...

en din..enjin disel automatik bagus ka? Apa kelebihan dan kelemahannya?
Satu lagi...apa itu GREEN DIESEL ENGINE yg ada pd toyota hilux?Pls tell me!!