Aku terpanggil untuk menulis perkara nih sbb ramai kenalan FB aku mengutuk dan menyarankan wanita2 diluar sana menutup aurat seperti yang disarankan didalam 'Surah An-Nur ayat 31 dan Surah Al-Ahzab ayat 59. Tapi persoalannya kenapa ianya wajib , tiada sesiapa yang menerangkannya secara terperinci!!! Secara saintifik!!
Kalau refer kepada Surah An-Nur dan Al-Ahzab tadi, ianya menegaskan perintah berpakaian yang sesuai bagi wanita 'beriman' dimana rekabentuknya yang dikenali sebagai 'Jilbab'. Jilbab selain menutupi kepala dan dada ianya juga menutupi lekuk-lekuk anatomi tubuh badan wanita. Akan tetapi jika ber'jilbab' sambil mengenakan pakaian yang ketat disebelah dalam adalah seperti orang yang terkeliru dengan syariat!!
Dipetik dari "Canadian Medical Association jurnal", berpakaian ketat boleh mengakibatkan 'parasthesia' iaitu sensasi mencucuk-cucuk, rasa panas ataupun rasa terbakar pada kulit akibat tekanan pada saraf dibawah kulit.
Akibat memakai pakaian ketat seperti jeans yang ketat ataupun sekarang ni trend 'legging' akan mengakibatkan masalah kesihatan kulit. Kelembapan yang timbul akibat memakai pakaian ketat akan menggalakkan pembiakan bakteria dan terdapat juga beberapa jenis material fabrik yang akan mencetuskan masalah iritasi/alahan kepada si pemakai.
Akan tetapi kenapa WANITA sahaja yang ditekankan?????
Itulah persoalannya......
Ini adalah kerana kulit wanita adalah lebih halus dan nipis berbanding lelaki!!! Ianya juga lebih sempurna dan harus terlindung daripada kerosakkan akibat sinaran UV (ultraunggu). Ahli-ahli dermatology bersepakat mengatakan bagi melindungi tekstur kulit dan mencegah kanser/barah kulit adalah dengan "menghindarkan daripada pendedahan kepada sinaran matahari"...tapi bagaimana??? Jilbab adalah jawapanya!!
Lapisan ozone bumi semakin nipis akibat kerakusan dan revolusi industri oleh manusia-manusia (negara-negara) yang rakus. Akibat penipisan ozone bumi, semakin banyak kuantiti sinaran UV daripada matahari akan sampai ke muka bumi. dan ini akan mampu menyebabkan malapetaka yang dahsyat bagi seluruh umat manusia. Jumlah radiasi dari matahari yang sampai ke bumi mampu meningkatkan insiden kanser kulit, katarak pada mata dan kelemahan daya tahan tubuh. Menurut (EPA) Badan Perlindungan Persekitaran, semenjak 1990, risiko untuk mendapatkan kanser kulit meningkat dua kali ganda.
Dengan memakai Jilbab, wanita bukan sahaja dapat mencerdaskan bangsa sepertimana kajian yang dilakukan mengenai "Teori Gelombang Otak" oleh sahabat saya yang sama-sama satu sekolah di Ipoh, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dimana tesisnya diterima pakai oleh Professor dari Universiti Kabangsaan walaupon beliau ketika itu hanya berumur 16 tahun (beliau adalah pelajar pintar yang sangat genius melebihi jangkauan umur)
Beliau ada mengeluarkan satu teori yang berkaitan dengan kaedah berpakain dan kaitannya dengan gelombang otak. Jika kita (wanita/Lelaki) berpaikain menutupi aurat, maka gelombang Beta yang stabil akan meguasai otak kita, dan sebaliknya jika kita tidak menutupi aurat maka gelombang alpha yang tidak stabil akan menguasai. Apakah relativitinya dengan bangsa yang cerdas?? Apabila gelombang beta yang stabil menguasai hasil kaedah berpakaian yang sempurna, maka otak kita akan lebih stabil dan membuatkan kita lebih mudah berfikir dan membuat pertimbangan. Dan ini akan melahirkan generasi umat manusia yang cemerlang!!!
Aku ada persoalan lagi..macamana nak menghindari sinaran matahari berlebihan jika wanita-wanita diluar sana mengamalkan trend 'minimalist'(serba mau kurang dan tonjol) dalam berpakaian....hehehe..
Wahai wanita...Allah amat sayangkan anda semua....so anda buatlah keputusan anda dalam berpakaian. Adakah anda mahu perpakaian akan tetapi hakikatnya telanjang ataupun benar-benar menutupi aurat anda....anda buat keputusan!!! Pertanyaan ini juga tidak hanya untuk wanita, kita teliti balik adakah semua lelaki diluar sana juga menutupi aurat secara sempurna???
Aku tinggalkan sedikit persoalan diatas agar kita berfikir!! Dan tidak hanya memberatkan sebelah pihak sahaja!
Ini adalah hasil nukilan penulisan yang asli oleh:
Din Brasco
Ricoh GRIIIx HDF
7 months ago
1 comment:
Assalamualaikum Yob Din, pe habaq? Panjang dan infomatif entry kali ni. Alhamdulillah kita org Islam dah ada garispanduan yg dah lama ditentukan, dgn sebab taat padaNya. Tapi ada lagi hikmah lain yg kita tak tau. Tima kasih utk entry ni, jazakallah khair!
Post a Comment