Monday

Antara Dogma dan Realiti-Part 1

As-Salam...

Kesibukan ber Jihad mencari pitih demi membesarkan anak-anak dan isteri telah mencuri begitu banyak masa aku dari terus bekomunikasi secara pasif di blog-blog. Tapi post kali ini tidaklah ingin begitu berjela seperti yang kebiasaan aku berkarya, ianya hanya sekadar sebuah pertanyaan antara dogma dan realiti..

Aku tertarik dengan beberapa isu-isu menarik semasa disepanjang tahun 2012 yang hampir tamat beberapa hari lagi yg dikejutkan dengan berita banjir dari Patai Timur Semenanjung Tanah Melayu.

Isu pertama, Kedatangan seorang Ulama ternama dunia telah datang ke Malaysia dan menyeru rakyat Malaysia mengundi dan memilih seorang pemimpin yang 'Alim'. Lalu aku bertanya apakah maksud 'Alim' yang telah dihiglightkan oleh beliau. Apakah kriteria-kriteria yg dikatakan seseorang itu ALIM?? Pertanyaan aku ini tidak merujuk kepada sebarang partai politik..ianya adalah sebuah pertanyaan umum.

Isu Kedua, pergolakan politik Tanah Melayu begitu meruncing pada hemat aku yang daif mengenai bidang tersebut, dan lahirlah begitu banyak nama-nama yang tidak bisa didengari sebelom ini dan mereka menggelarkan atau digelar diri mereka sebagai 'Ulama'. Dan sekali lagi aku bertanya siapakah Ulama atau Ulamak ini? Apakah key kriteria sebagai Ulama, dan bagaimanakah kelayakkannya untuk mendapatkan gelaran tersebut. Aku sangat daif dalam perihal keagamaan, hanya mendapat pendidikan fardhu-ain yang hanya cukup untuk diri sendiri dan anak-anak sahaja.

Kemuskilan dalam isu yang kedua itu, kalau dirujuk dalam bidang kejuruteraan dimana aku mencari rezeki diatas dasarnya, untuk mendapatkan gelaran 'Ir.' sebagai contoh hendaklah mempunyai ilmu kejuruteraan sekurang-sekurangnya diperingkat Ijazah pertama dan mempunyai pengalaman setara dengannya selama beberapa tahun dan mengelola beberapa projek barulah layak menduduki peperiksaan penilaian samada bertulis atau lisan atau keduanya dan apabila panel penilai berpuashati barulah gelaran'Ir.' tersebut boleh digunapakai. Dalam bidang elektrik badan penilainya adalah Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagai contohnya. Dipendekkan Persoalannya...dari mana datangnya gelaran Ulamak ini, sekadar bertanya secara tulus ikhlas dan terbuka.

Isu Ketiga, Apakah perasan anda ketika berkongsikan fatwa, hadis-hadis rekaan??

Isu Keempat, Kalaulah betul produk perniagaan anda itu sangat mujarab, kenapa ianya tidak diperdagangkan secara runcit pada skala yang lebih besar. Kenapa mesti secara multilevel??? Bukankah keuntungannya dan pasarannya lebih besar secara runcit????

Isu Kelima, Gaza seGazanya, apakah perjuangan mereka atas dasar Islam atau Nasionalisme? Ini persoalan yang agak berat...aku meneliti sejarah Gaza, dan didapati tiada kesepakatan mutlak atas isu ini setelah jatuhnya Kerajaan Turki Utmaniah. Adalah tidak adil kalau kita katakan ianya adalah perjuangan umat Islam semata berdasarkan fakta Gaza juga mempunyai rakyat berugama Kristian, Yahudi dimana mereka bersama-sama berjuang membebaskan Gaza dari cengkaman penjajahan Israel dan disokong oleh bukan sedikit umat ugama lain dari pelosok dunia. Isu ini sebenarnya aku telah draft untuk blog dari tahun lepas lagi tetapi tidak sanggup aku publish kerana takut menggangu perasaan Umat Islam terutama di Tanah Melayu.

Isu keenam, Darwin si beruk. Apakah oleh kerana Charles Darwin megeluarkan teori kejadian manusia dari si beruk maka segala ilmu pengetahuannya dalam bidang pengkelasan tumbuhan dan haiwan diabaikan??? Aku percaya siapa sahaja yang belajar biologi di universiti tentu akan belajar ilmu dari Darwin ini tanpa mengetahui ianya adalah hasil kajian Charles darwin...betul tak? Hehehe....

Isu ketujuh, Musim. Ada musimnya kita memboikot tetapi memilih perkara tertentu yang lebih ringan untuk diboikot. Apa keuntungannya kita memboikot McZ? Ianya adalah bukan makanan ruji kita, persoalan ini selalu bermain didalam pemikiran aku yang korup ini, kenapa tidak kita boikot perkara yang lebih besar impaknya kepada negara Israel?? Intel sebagai contoh. Tanpa intel maka hampir semua perkakasan eletronik tidak dapat berfungsi, intel adalah pengeluar processor terbesar yang membekalkan unit processor kepada segala bentuk industri, perkilangan, komputer, perkapalan, pengangkutan udara, perkhidmatan...bla..blaa...malah eskalator dan lift juga menggunakan unit processor ini. Walaupon ianya sekecil 3mm tanpanya segala tidak dapat berfungsi. Pointnya masyarakat kita memilih benda yang kecil untuk diboikot dan mengabaikan benda yang besar impaknya. Lagi satu pointnya adalah dimana kemampuan teknologi kita umat Islam bagi mengantikan produk-produk dari Israel ini???

Isu Kelapan, Semua salah yahudi. Katanya umat islam ditipu oleh yahudi mengenai sebagai contohnya kambing. Katanya yahudi menipu umat islam tentang bahaya kandungan lemak kolesterol didalam kambing. Tetapi mereka sendiri menikmati daging kambing. Aku tergelak besar dalam perihal ini....kenapakan menyalahkan yahudi? Kalau diri sendiri tidak mahu membaca Hadis-hadis dan Al-Quran???? Hahahahah...semua kesalahan diletakkan keatas mereka.....adakah kalian tidak pernah membaca Al-Quran dalam bahasa ibunda tafsiranya? Tipu daya mereka adalah lemah...tetapi kenapa masih percaya? Banyak perkara yang telah jelas didalam Al-Quran dan hadis-hadis dari Rasulullah tetapi kerana kedangkalan umat islam itu sendiri gagal mempelajarinya maka segala kesalahan diletakkan keatas bahu yahudi...hahahahahahah

Isu kesembilan............nanti bersambung, dan dalam pada itu harap segala kesalahan fakta-fakta diperbetulkan secara berhemah oleh saudara dan saudari. Dan segala jawapan diberikan adalah diharap  mudah untuk aku fahami kerana kependekan akal aku ini yang daif maka ayat2 berbunga raya dapat dielakkan. dan diharapkan maafkan aku kerana gaya penyampaian aku kali ini agak drastikal...this is not truly me!

Din Brasco....aku bukan pencacai politik! Aku adalah pemikir yang malas!




3 comments:

MFTAQIYUDDIN said...

Saya tertarik dengan isu ketiga.

Cuma perlu solution juga kalau nak berkata kata yang pahit.

Siang tadi saya terfikir begini- if you want to be vocal and honest, then avoid to be loved, respected, and more.

Idham A.R said...

Salam..

Betul apa yg cik Din cakapkan..
Orang zaman sekarang cuma tahu nak mencari salah tapi tak tahu nak berusaha memajukan diri sendiri dan tak nak menyelesaikan sesuatu benda itu dengan fikiran matang mengikut sunnah dan Al-Quran.
Apa yg saya tahu org hanya mengikut dengan fakta2 yg sesiapa saja boleh buat dan ciplak.Bak kata pepatah lama, kuman seberang laut namapak, gajah di depan mata tan nampak. Cuba kita tengok bangsa Melayu berapa orang yg berjaya dan kaya. Cuba tengok bangsa lain contohnya Cina. Mereka boleh berniaga sebelah2 tetapi kalau bangsa Melayu mcm2 mereka buat untuk menjatuhkan kaum sendiri.
Dipendekkan cerita orang Melayu hanya boleh menjadi cikgu sahaja sebabnya pandai bercakap. Cuba tengok kat IPT atau U di mana2. Semua sibuk nak berpolitik dari berlumba2 menjadi pencipta atau jurutera memcipta mesin kapal terbang, robot dan lain2 lagi. Dari situ kemunduran orang Melayu dah nampak. Bukan sebab siapa yg memerintah tapi sebab malas nak fikir benda2 sepatutnya mereka buat.
Apa yg pasti orang Melayu suka bercakap dari membuat sesuatu benda yang berfaedah.
Terima kasih...

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111