Thursday

Sembang-sembang membawa ke syurga atau ke neraka

Apa itu HUDUD secara berseloroh dan bersahaja tapi intipatinya amat memahamkan. Amat mudah untuk difahami bagi yang jahil ilmu agama....inilah sembang orang yang berilmu.
Ini pula sembang orang yang tak berilmu!! Sembang membawa ke neraka jahanam
sooo anda pilih mana mau......tepuk dada tanya iman..tepuk meja wat sakit je kat kedai kopi!!
Maaf kerana bahasa saya agak kasar...ini kerana saya rasa saya 'berkuasa' untuk menegur dengan 'tangan' dan 'mulut'.....

Wednesday

As-Salam Sudah agak terlalu lama aku tak update blog nih...namun kali ni aku terpanggil untuk post satu video yang aku suka...Ini sebagai satu jihad buat aku untuk menyedarkan saudara pemuda-pemudi tentang dunia hiburan yang melalaikan kat Malaysia

Tuesday

Up n' Down-(My Education)

Assalamualaikum.. Hari aku berpanas terik terkejar-sana, terkejar sini untuk mendapatkan tandatangan dan verification kerja-kerja yang dah siap aku lakukan untuk bulan lepas(February)sampai terlupa pasal ulangtahun kelahiran aku yang kali ke-3x-an dah terlepas beberapa hari, iaitu pada 27 Februari.
Dikala panas terik petang, aku singgah di sebuah gerai tepi jalan yang terpampang banner "Air Nira". Wahh!! bagus juga ni untuk menghilangkan dahaga!! Kalau di Kelantan ianya lebih dikenali "Air Tuak", jangan terkeliru ngan "Tuak Sarawak". Tuak Kelantan adalah Halal dan tidak mabuk!!

Aku pun memesan segelas nira bersama laksa, dan oleh kerana meja yang disediakan adalah terhad, aku pun menumpang disebuah meja yang dipenuhi oleh pelajar-pelajar lelaki Institut Insaniah(Universiti Insaniah). Sambil menikmati laksa dan 'ayak' nira aku mendengar penuh minat apa yang dibualkan oleh para pelajar pelajar nih. Semua yang dibicarakan oleh depa adalah mengenai bab-bab kuliah depa dan kehidupan dunia ilmu penuh Ilmiah. Yadayada..bla..blaa..aku dengar je sambil menyedut ayak' nira. Sambil-sambil aku dok tunduk mengadap laksa, melalui anak mata aku yang tajam aku dapat melihat 'student-student' tu tadi dok jeling aku semacam jeee....yelaa, aku ni dah lah berpakaian selekeh, tangan penuh minyak dan langsung tak 'grooming'. Seraya aku pun bertanya kat depa tuh..

Aku:"Kenapa adik pandang abang mcm tu?"

Para Student:"Ehh..takde lah bang, abang keja? baju, tangan, muka penuh minyak??"

Aku:"Biasala dik kerja,...Alahh..keja biasa-biasa je dik, maklumlah tak belajar tinggi"

Para Student:"Tu la bang ...pelajaran itu amat penting! Baru dapat keja hebat....gaji pun hebat! Baru boleh dapat isteri hebat..hahahha(depa gelak)"

Dalam hati aku: Cehh.selekeh-selekeh aku pun dapat gak bini dari nasab keturunan Nabi Muhammmad...Cik Pah Kedah lagi

Dalam hati aku.."Isshh..bebudak ni nak kena ayat pemati aku nih!"

Aku:"Adik ni abis belajar nanti nak keja apa?"

Depa tak menjawab persoalan aku dan terus mengkritik "Middle Class People/Orang yang tak berpelajaran tinggi"

Selang beberapa ketika, laksa dalam mangkuk aku pun dah habis, depa sambung bertanya kepada aku.

Para Student:"Abang nih dah kahwin ke? Anak berapa?"

Aku:"Dah! Anak dua, sepasang lelaki dan perempuan."

Para Student:"Mesti susah nak bela anak kalau gaji tak cukup banyak...Tengok dalam TV macam-macam masalah berlaku...yadayada.tak pandai bahasa Inggeris....bla..blaa.."

(Depa dok bincang pelbagai permasalahan masyarakat yang berlaku oleh kerana tekanan ekonomi dan masalah sosio-keluarga yang ditayangkan dipelbagai sumber media-massa). Aku dok dengar je, sambil menyedut nikotin. Aku tak mencelah langsung kerana aku nak lihat berapa jauh dan dalam pemikiran 'student-student' mengenai masyarakat Malaysia secara umum dan tahap pendedahan mereka kepada sosio-ekonomi rakyat-rakyat Malaysia. Tup..tap..depa menanyakan soalan seterunya setelah 20-minit depa dok berpidato.

Para Student:"Abang dulu belajar sampai mana (dengan riak muka yang 'Riak')...bla..bla...gaji cukup makan ke?..bla..blaa??

Aku:(Tak mau bagi can dah sebab aku nak ke destinasi seterusnya)"Abang dulu SPM 6-aggregat, semua solid 'A1', abang masuk ATMA-UTM (Computer Engineering)pastu abang keluar sebab Mak tak restu anak dia jadi Pegawai Tentera, pastu abang Masuk USM sampai tahun 2 je sebab 'course' yang membosankan (Boi-Chem), pastu abang masuk lak Polytecnic Ungku Omar dan menjadi 'Best Student' 'Mechanical Enginnering' straight 4-pointer (Semua A+ setiap matapelajaran dan setiap semester. Abang dapat panggilan 'further' study kat UK tapi abang tak pi sebab mak-ayah abang dah tak mampu nak tanggung. Pastu abang dah keja macam-macam dari gaji RM700 hingga 'lima angka', dari berlemuih' dengan minyak sampailah 'Bertali Leher' macam korang pakai skang!" Tapi semua tu tak penting!! Apa yang penting adalah abang dapat hidup selesa dan bahagia dengan anak-anak, pangkat tinggi gaji banyak kekadang tak menjamin kebahagiaan. Allah akan tarik salah satu nikmat jika kita kufur dengan apa nikmat yang 'Dia' telah kurniakan!..bla..bla..yada..yada (aku dok bersyarah kat depa)"

Depa dok melopong!! Dapat aku rasakan bahawa depa tak percaya dengan apa yang aku cakap. Biasalah 'orang kita' mudah untuk menilai kulit daripada menilai isinya. Bagi memecah kebuntuan suasana, aku pun tanya satu soalan.

Aku:"Kenapa adik-adik ni belajar tinggi-tinggi?" (Soalan maut dari aku)

Para Student:"Sebab dah abis nanti senang nak cari kerja!"

Aku:"OooOo..nak dapat kerja pangkat besar la nih! Abang rasa korang dah silap buat tafsiran, Nabi suruh kita belajar tinggi-tinggi sebab nak umat Islam hidup dengan penuh berilmu, bukanya mengharapkan pangkat dan gaji. Dalam lubang kubur benda tu semua tak dibawa masuk, yang dikira adalah apakah amalan yang dilakukan dengan ilmu yang kita ada!!(Aku tak sempat sambung..sebab depa mencelah)"

Para Student:"Abis tu abang nak kami hidup macam abang? (Dengan nada agak keras) Hidup dengan pendapatan yang tak seberapa!"

Budak ni memang sombong giler!!

Aku:"Adik jangan pandang abang takde mata, jangan cakap macam tu, adik tak kenal pun abang ni sapa. Abang memang nampak selekeh, tapi abang bukanya selekeh..abang ni humble!! Kita sesama umat Islam, kita kena respek dan masing-masing saling menghormati(ayat keras tapi dengan nada yang begitu lembut)

Para Student:"Takdelah..kalau betul abang ni berpelajaran tinggi gaji besar tunjukkan bukti!" (Dengan nada yang sinis sekali...untuk menidakkan apa yang aku cakap)

Aku pun godeklah poket baju dan meletakkan slip gaji aku diatas meja! Depa pun usharlah 'pangkat' dan nilai 'RM' yang tertera diatas slip gaji tuh... Dengan serta merta semua bangun dan beredar, kecuali seorang sahaja merenung aku dengan air muka yang bersalah dan berkata

Student 1:"Saya mintak maaf bang, kami sangka abang macam 'brader-brader' yang lain hanya pandai cakap kosong jee"

Aku:Jangan pandang orang berdasarkan 'kulitnya', pandanglah dengan mata hati dan nilai budi-ilmunya!!"

Apalah nak jadi dengan bangsaku sekarang yang selalu menilai seseorang dari luaranya sahaja, Sudah lupakah kita ini hamba Allah yang wajib saling hormat dan menghormati dan menilai seseorang dari hati-budinya!, bukannya dari kereta apa yang dia pakai, bukannya dari baju apa dia pakai, bukannya berapa gajinya sebulan, bukannya apa pangkatnya!!.

Aku termenung seketika walaupun hati aku begitu lapang sekali setelah memberikan satu pengajaran berguna kepada anak-anak muda tersebut.
Sekian..bertemu lagi

Friday

How To Drive Fast –Din Brasco Ways…

Assalamualaikum w.b.t semua kawan-kawan! Aku terpanggil untuk menulis ‘entry’ kali ni selepas aku dan keluarga nyaris-nyaris terlibat didalam kemalangan semasa dalam perjalanan balik dari Sungai Petani beberapa hari lepas kerana tayar pecah pada kelajuan tinggi, 160kmj (cukup laju bagi sebuah ‘Viva’).
Namun oleh kerana aku sudah cukup pengalaman hasil berkat ber’main’ motor diawal usia remajaku aku dapat mengelak dan mengatasi situasi yang cemas ini dengan tenang sahaja.Aku ada beberapa tips untuk kawan-kawan bagaimana untuk memandu selaju mungkin melebihi had laju dan selamat. Apa-apa pun pengalaman dan kemampuan anda adalah segalanya!!

1.Mengetahui Tahap Kemampuan Anda
Ini adalah amat penting untuk megetahui tahap kemampuan diri sendiri, ramai kengkawan aku terlibat didalam kemalangan dan kecederaan serius kerana mereka tidak mengambil kira soal ni. Mereka hanya tahu menguji tahap kemampuan sebuah ‘mesin’ sahaja dan mengabaikan kemampuan diri sendiri.
Tanya diri anda! Berapakah kelajuan ideal yang sesuai untuk diri anda? Kebanyakkan orang, kelajuan ideal adalah antara 80-100kmj sahaja bergantung kepada kesihatan dan daya tindakbalas individu. Namun begitu, kelajuan ideal diriku dimana aku dapat mengawal kenderaan dengan baik tanpa mengerah seluruh tenagaku adalah diantara 140-160kmj, dimana aku merasakan seolah-olah sedang memandu pada kelajuan 60kmj sahaja, ‘everything are under control’
Pada kelajuan tersebut aku dapat mengawal stereng, haluan, brek, gear tanpa aku terpaksa bekerja keras. Akan tetapi itu adalah tahap kemampuan aku, bagi korang ianya adalah mu
ngkin begitu berbeza.
Ada satu pepatah lagi..’Alah Bisa Tegar Biasa’..kelajuan maksimum yang pernah aku capai diatas jalan raya Malaysia adalah 299.99kmj yang dicatat menggunakan jentera Hayabusa 1300 dan beberapa jentera lagi dari Mercedes hinggalah motosikal yang telah banyak berjasa kepadaku didalam dunia permotoran iaitu Yamaha 125Z. Jentera-jentera inilah yang mengajar dan mendisiplinkan aku tentang tahap kemampuan diri aku.

2.Mengetahui Tahap Kemampuan Jentera Anda
Apakah tahap kemampuan jentera anda? Disini aku bukanya bertanya tentang nombor terakhir yang tertulis pada speedometer anda, akan tetapi apakah “Tahap Kelajuan Selamat” bagi sesebuah jentera itu tanpa menjejaskan sistem brek, suspension, handling dan sistem keselamatan yang lain dilengkapi untuknya!
Tahap “Kelajuan Selamat” bagi sesebuah jentera adalah berbeza-beza..sebuah Subaru Imprezza dengan sebuah Perodua Kancil adalah jauh berbeda walaupun takat kelajuan maksimum yang tercatat pada speedometer adalah sama iaitu 180kmj!
Sistem keselamatannya juga begitu jauh bezanya! Lagi satu kesalahan biasa yang dilakukan oleh kengkawan aku bila melawat showroom kereta/motosikal, yang dilihat hanyalah tahap kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh jentera itu sahaja tanpa menilai ciri-ciri keselamatan dan kawalan yang lain..cthnya: “Perggh EVO meter dia boleh naik sampai 340kmj …” Adakah anda mampu memandunya ketahap kelajuan itu dengan selamat?? Tidak dinafikan kebiasaanya jentera-jentera nama besar itu sememangnya direka untuk mencapai kelajuan yang tinggi tanpa mengabaikan sistemkeselamatannya jika tidak diubahsuai.
Ok, aku nak beri contoh satu situasi dimana ramai kengkawan aku selalu lakukan kesilapan didalam modifikasi terutamanya geng-geng ‘Mira-wannabe’, Evo-wannabe’…enjin tukar kepada yang lebih berkuasa dan bunyi cess..cess akan tetapi sistem brek masih sama, body stiffness masih sama, So apa guna dapat mencapai kelajuan yang lebih tinggi dengan pantas tetapi membrek macam kura-kura?? Selamatkah anda? Pikir-pikirkan!!
Jika nak melakukan modifikasi…..modified semua sekali laa….tak cukup modal?? Kumpul la dulu dananya..bila dah cukup baru buat. Tak pun kumpul duit bebanyak dan beli terus yang ‘ori’ tak payah wannabe-wannabe nih!! Aku tak mampu beli Subaru, soo aku beli viva je dan memandu viva tersebut mengikut kemampuan yang ada padanya sahaja. Habis cerita!
3. Mengetahui Kemampuan Tayar anda
Haaa..inilah satu aspek penting yang selalu dilupakan! Janji nampak cantik dan sepadan dengan sportrim dan match dengan ruang tayar yang ada pada jentera sahaja tidak mencukupi, ini adalah kesilapan besar!! Tayar juga mempunyai rating dan spesifikasi tertentu bagi memenuhi keperluan anda semua. Tahap beban, kelajuan yang selamat, kaedah penggunaan, kaedah pembuatan dan sebagainya. Bab ini mungkin sedikit panjang dan aku akan cuba sedaya-upaya meringkaskannya tanpa menjejaskan kefahaman anda semua.
Marilah kita mengenal tayar jentera kita;
Rating Beban Tayar;
Rating Tahap Kelajuan Maksima Tayar;
Biasanya ia ditulis sebagai contohnya pada tayar standart viva 155/70 R12 73S, nombor ‘S’ tersebut adalah merujuk kepada tahap kelajuan maksima yang boleh ditanggung oleh sesebuah tayar. Sila rujuk jadual dibawah; Oleh itu, kelajuan maksimum tayar standart yang dilengkapi pada kereta aku adalah 180kmj. Walaubagaimanapun ianya berhubung rapat juga dengan jumlah bebanan dan tekanan angin pada tayardan tarikh luputnya! Selalulah memeriksa keadaan tayar jentera anda sebelum memulakan sesuatu perjalanan tidak mengira dekat atau jauh!
Terdapat juga special tyre rating untuk special machine, W,Y dan juga Z, kebiasaan rating ini untuk kelajuan yang melebihi 300kmj. Selebinya anda boleh merujuk diinternet untuk mendapatkan maklumat lanjut lagi tentang special rating, itu puk kalaulah anda mempunyai jentera-jentera exotic dan harga melebihi jutaan ringgit kerana ‘special rating tyre’ ini adalah sangat mahal.
4.Sela Masa Tindak-Balas
Kita selalu mendengar tentang kaedah ‘dua saat’ semasa memula amik lesen memandu, ini adalah sangat berguna. Namun begitu mengikut kajian lebih terperinci jika kita memandu pada kelajuan 100kmj didalam cuaca yang baik, masa tindakbalas yang diperlukan untuk otak menghantar isyarat kepada anggota badan adalah 2.5 saat pada jarak 225 kaki.
Jika sesuatu berlaku dihadapan kita pada kelajuan 100kmj dan jarak kurang dari itu, peratusan untuk kita mengelak adalah akan berkurangan! Jadi adalah terbaik kita mengamalkan pemanduan defensive yang extensive. Jarakkan jentera anda dengan halangan dihadapan mahupun dibelakang samada dengan memperlahankan kenderaan ataupun memotong halangan dihadapan, aku biasanya akan memotong kenderaan dihadapan dan memecut bagi menjarakkanya sejauh mungkin ataupun mengekalkan kelajuan tetapi menukar lorong yang lebih selamat. Tetapi didalam keadaan cuaca buruk ianya bergantung kepada keadaan permukaan jalan.
Kekadang tidak semestinya memandu perlahan itu selamat, contohnya di highway PLUS kebanyakkan kemalangan adalah berlaku kerana memandu terlalu perlahan terutamanya disebelah kanan. Percayalah, aku telah menyaksikan banyak kemalangan adalah disebabkan oleh si’kura-kura’ yang dilanggar oleh si ‘arnab’. Tetapi si ‘arnab’ dipersalahkan sedangkan si’kura-kura’ adalah punca angkara!
Sebagai langkah keselamatan aku sarankan korang memotong sahaja bila bertemu si kura-kura nih. Kerajaan sepatutnya mengistiharkan juga had kelajuan minimum selain had kelajuan maksimum dijalan-jalanraya high profile nih!!
5.Gangguan
Nasihatku, semasa memandu dengan kelajuan tinggi elakkan memasang sistem audio, menerima panggilan telefon mahupun merokok atau makan/minum kerana ianya akan menggangu sistem tindak-balas badan. Semasa aku belajar mata-pelajaran ‘Sistem kawalan’ di Politeknik, suatu sistem akan terjejas jika salah satu elemen kepada sistem itu dipincangkan!! Ini juga adalah sama dengan sistem kawalan badan, jika telinga terggangu maka mata dan tangan akan terjejas!
Pandangan haruslah tetap dijalanan, perhatikan dan sentiasa membuat perkiraan tentang halangan yang mungkin berlaku dihadapan. Pandang terus kesuatu titik paling jauh dan dengan itu anda pasti akan nampak keseluruhan keadaan jalan diantaranya. Ini adalah satu teknik yang aku belajar dan memerlukan masa yang begitu lama untuk menguasinya.
Aku mendapat teknik ini setelah menonton sebuah filem bertajuk “Bikers Boy” lebih 10 tahun lepas semasa masih aktif berlumba haram. Anda boleh mencuba teknik ini dan ianya amat berkesan bagi mengelakkan kemalangan pada kelajuan tinggi.
6.Kecekapan Kawalan Jentera
Perkara ini adalah amat sukar sekali untuk aku terangkan, kerana ianya adalah tidak diajar di sekolah memandu. Sebagai contohnya jika anda peminat sukan permotoran, perhatikan bagaimana Micheal Schumacher ataupun Valentino Rossi mengawal jentera mereka dilaluan lurus mahupun diselekoh. Intipatinya adalah mereka menggunakan gear yang betul untuk kelajuan yang betul di tempat yang betul!
Bagi pengguna jentera ‘manual’ anda mempunyai begitu banyak kelebihan berbanding dengan pengguna jentera ‘auto’. Apabila berlaku sebarang saat genting, perkara pertama yang harus dilakukan selain menekan pedal brek adalah menurunkan satu atau dua gear dan ini akan menyelamatkan dan memendekkan jarak untuk jentera anda berhenti ataupun bergerak perlahan.
Kepada pengguna jentera ‘auto’ anda tiada pilihan kecuali menekan brek dan berdoa ianya akan berhenti dalam jarak yang anda mahukan! Belilah kereta ‘manual’ gearing untuk kawalan optimum!!! Penggunaan gear dan tekanan brek yang betul juga menyumbang kepada kadar penggunaan minyak,tekanan kepada enjin, tayar dan sistem brek!
Selain itu penggunaan gearing yang betul semasa mengambil selekoh juga akan melancarkan pergerakan semasa dilaluan lurus mahupun selekoh bagi mengelakkan anda tersasar samada understeer ataupun oversteer. Kawallah stereng, gear dan brek sehalus mungkin bagi menjamin keselamatan dan keselesaan yang optimum.Untuk lebih lanjut, silalah nikmati video dibawah nih!
7.Kesimpulan Tersimpul buat masa ini
Masih terlalu banyak lagi informasi yang aku ingin sampaikan, akan tetapi kalau semuanya dinyatakan disini alamatnya aku tak tido sepuluh hari lah jawabnya. Memandu melebihi had laju dengan penuh perhatian pada masa dan tempat yang betul adalah lebih selamat jika kena gayanya.
Apa yang penting pastikan tahap kemampuan anda, tahap ‘kesihatan’ jentera anda dan membina keyakinan diri untuk memecut dijalan-raya secara perlahan-lahan, memandulah dengan penuh ilmu dan pengalaman. Apabila anda yakin dengan kemampuan anda dan jentera anda barulah memecut!! Tidak semua orang dilahirkan seperti Micheal Schumacher, Peter Solber mahupun ‘Mat Rempit Gila’ seperti Valentino Rossi akan tetapi pengalaman yang ditimba secara berterusan akan mengajar anda menjadi pemandu yang sangat cekap.
Aku juga pernah mengalami kemalangan lebih sepuluh tahun lalu pada kelajuan yang tinggi, akan tetapi selepas itu aku bertanya kepada diriku “mengapa aku jatuh??”..dan jawapanya datang satu demi satu dan aku mempertingkatkan kelemahan itu satu demi satu, sehinggalah sekarang aku amat yakin memecut dijalanraya pada kelajuan yang tinggi dengan selamat!
Nasihat-nasihat selainya,
- Never be distract by others things - the focus must be and must stay the road - Never overtake by the left lane - You must be able to hit the brake when you see a car at 100m in front of you - If you are tired slow down - If you think that your car has a problem, slow down - Always check the speed limit of your tires - Always check the pressure of your tires - Don't try to prove that you are Schumacher or Peter Solberg - Don't try to hit the speed limit if you are not an experimented driver (minimum 5 years of experience) Ada beberapa perkara lagi akan bersambung didalam entry yang akan datang….terima kasih kerana membaca blog hampeshhh ini. Thankz!!

Monday

Diesel Vs Petrol Engine Engine..Which ones better??

Yang manakah lebih sesuai??
Sebagai mukadimahnya aku teringat zaman kanak-kanak sewaktu ayah bersama datuk saudara mula-mula 'membuka' tanah hutan di Sungai Mas, Kuala Krai; Kelantan lebih kurang 30 tahun lalu. Jalan yang menghubungkan penempatan kami ke pekan terdekat adalah merupakan jalan tanah merah yang berselut dan pengangkutan utama adalah lori-lori balak dan juga truk pick-up yang 'hidup segan mati tak mahu'. Keadaan waktu itu memang sangat jerih sekali walaupun aku tak mengerti apa-apa. Apa yang aku hendak cerita disini adalah lori/truk berenjin diesel tersebut pada masa itu sangat bising, selesa jauh sekali sehingga walapun dari jarak dua batu kami sudah dapat mendengar bunyinya dan dapat mengecam kepunyaan siapa. Keadaan ini jauh berbeza sekali jika dibandingkan dengan truk berenjin diesel yang moden sekarang, lebih senyap malah lebih selesa.Aku ada mendapat maklumat dari seorang kawan yang meneruskan pengajian di Eropah dimana truk-truk moden disana ada yang mengeluarkan bunyi 'merdu' seolah-olah sebuah Lamboghini dan dilengkapi dengan ICE(Entertainment In Cabin).
Kembali kepada perbandingan antara yang mana lebih baik antara kenderaan berenjin diesel atau petrol(gasoline:US)? Dalam merungkai persoalan ini kita kenalah merujuk kepada beberapa kriteria yang penting dan perbandingan secara adil.
1.Kuasa/Dayakilas(Tork)
Kelebihan: Pilihan yang sukar..anda pilih sendiri
Kesilapan yang sering dilakukan oleh rakan-rakan diluar sana adalah merujuk nilai kuasa enjin dengan nilai'CC' (kapasiti isipadu enjin). Silap! Tidak semestinya enjin kenderaan ber'cc' besar mempunyai nilai kuasa yang besar. Akan tetapi secara amnya kenderaan berenjin pertol mengeluarkan kuasa yang lebih tinggi, manakala kenderaan berenjin diesel pula mempunyai kelebihan dalam nilai tork yang dihasilkan.
Jika anda bercadang untuk mendapatkan sebuah truk/SUV yang akan digunakan dijalanraya dan jarang untuk mengangkut barangan berat, dan anda juga lebih mementingkan kelajuan, senang dihidupkan, memecut dengan pantas apabila 'lampu hijau' menyala dipersimpangan; sememangnya anda amat memerlukan sebuah truk/SUV berenjin petrol!
Sebaliknya jika anda bercadang memandu secara kasar, mengangkut pelbagai jenis bebanan dan tidak mengira apa jenis jalan yang diredah, sebuah truk/SUV adalah paling sesuai untuk anda! Kelebihan dari nilai tork yang tinggi pada enjin diesel adalah amat sesuai bagi menghadapi 'kerja berat' ini adalah kerana 'nisbah tekanan' yang tinggi diperlukan bagi memenuhi kitaran menghidupkan sesebuah enjin diesel (amnya:17:1diesel, 9:1petrol). Nisbah tekanan yang tinggi ini amat diperlukan bagi menghidupkan enjin diesel dan ianya juga menghasilkan nilai dayakilas/tork yang tinggi pada putaran enjin(rpm) yang rendah .(Masih ramai 'kawan-kawan' aku yang keliru tentang enjin diesel nih, mereka sangka enjin diesel juga mempunyai palam pencucuh seperti mana enjin kenderaan biasa....salah tuuu!!)
Ok, sebagai contoh; (bersumberkan katalog spesifikasi kereta online) sebuah enjin GM 8.1L V8 petrol yang dimuatkan dalam kenderaan Chevrolet menghasilkan 340HP, 455 lb-ft tork, manakala enjin GM 6.6L v8 turbodiesel menghasilkan nilai kuasa yang kurang iaitu 300HP, akan tetapi nilai torknya amat tinggi 520 lb-ft.
2.Menjimatkan BahanApi
Kelebihan: Diesel
Bahanapi diesel mengandungi tenaga tersimpan yang lebih tinggi berbanding petrol. Dianggarkan diesel mengandungi tenaga sebanyak 147,000BTUs/gallon, manakala petrol pula adalah 125,000BTUs/gallon (1 US gallon = 3.785411784 liters. /1 UK (Imperial) gallon = 4.54609 liters.). Ini bermakna lebih banyak jumlah petrol diperlukan bagi menyamai nilai kuasa yang dihasilkan oleh 1 liter diesel!!, dengan ini menjadikan enjin diesel lebih menjimatkan. Ini belum lagi termasuk kaedah-kaedah suntikan bahanapi diesel kedalam enjin (ini rumit sedikit dan agak berbeza dengan kaedah suntikan dalam enjin petrol). Walauapapun semasa keadaan melahu/idle', enjin diesel hanya menggunakan 1/3 dari nilai jumlah yang diperlukan oleh enjin petrol dan ianya mempunyai kelebihan dalam penggunaan bahanapi bagi setiap kilometer(nilai mpg:miles per gallons). Bak kata iklan petronas "anda boleh pergi lebih jauh bagi setiap liter". Keadaan ini mungkin berbeda jika merujuk kepada kenderaan-kenderaan berat, disini aku hanya merujuk kepada kenderaan truk/SUV yang kebanyakan sahaja. "apple with apple comparison"
3.Kos Penyelenggaraan
Kelebihan: Petrol
Oleh kerana enjin diesel mempunyai nisbah tekanan yang tinggi didalam enjin, maka komponen-komponennya perlu bekerja lebih maka ianya perlu dibina lebih teguh bagi menghadapi 'punishment' berbanding sebuah enjin petrol. Blok silinder perlu lebih tebal, komponen rod, piston, crankshaft dan injap yang lebih kuat dan kukuh. Semuanya adalah lebih mahal dan sukar pembuatanya, jumlah berat enjin juga akan lebih berat berbanding dengan enjin petrol yang setara dengannya. Akan tetapi penyelenggaraan bagi enjin diesel adalah lebih mudah berbanding petrol oleh kerana ianya hampir tidak mempunyai komponen elektronik dan tidak memerlukan peralatan khas boleh dilakukan hanya ditepian jalanan. (Sebagai contohnya BMW 730 Li, hanya untuk menukar sebiji tayar sahaja ianya perlu dilakukan oleh engineer bertauliah untuk 'setting' balik data pasal tayar, kalau tak..keta tu takkan boleh dihidupkan..itu belum lagi termasuk menyelenggarakan enjinnya. Mungkin contoh yang aku beri ni terlalu menyimpang jauh, saje je sebab masa tengahari tadi aku bersembang dengan pemandu Istana Anak Bukit, dia ler yang cerita pasal kereta tu).
Secara kasarnya, penyelengaraan enjin petrol adalah lebih menjimatkan jika diukur dari segi penyelengaraan jangka pendek. Namun begitu jika diukur dari segi penyelengaraan jangka panjang, diesel adalah lebih menguntungkan; ini adalah kerana ianya boleh pergi lebih jauh sehingga 3 kali ganda lebih jauh berbanding enjin petrol sebelum ianya memerlukan 'major overhaul!!' Enjin petrol secara kasarnya boleh dipandu sehingga 200,000 kilometer sebelum perlu 'turun enjin', enjin diesel pula adalah lebih jauh dari itu iaitu sehingga 500,000 kilometer.
4.Cuaca Sejuk
Kelebihan:Petrol
Adalah terbukti bahawa enjin petrol lebih senang dihidupkan pada cuaca sejuk(bawah 30*C) berbanding enjin diesel. Inilah kelebihan mempunyai 'palam pencucuh' dan kekurangan bagi enjin diesel, namun begitu kelemahan pada enjin diesel ini boleh diatasi dengan memasang pemanas, menggunakan 'starter motor' yang lebih berkuasa dan 'double battery' atau kaedah sela masa pancitan bahanapi(lebih lanjut mengenai kaedah ini anda carilah sendiri...sebab ianya rumit dan terlalu banyak untuk aku terangkan. (Jika anda pernah melanjutkan pelajaran dalam Kejuruteraan Mekanikal samada di Politeknik atau Universiti mungkin anda lebih mudah memahaminya). Namun begitu, enjin diesel moden telahpun dilengkapi peralatan khas dan ditala dengan begitu baik sekali.
5.Bising dan Getaran
Kelebihan:Petrol
Walaupun enjin diesel telahpun mengalami pelbagai peningkatan berbanding 10 tahun lepas, ianya tetap mengeluarkan bunyi dan getaran yang lebih tinggi berbanding enjin petrol. Namun begitu ianya tidaklah begitu ketara jika telah mencapai kelajuan ideal.
6.Bau Asap Dan Pencemaran
Kelebihan: Berbelah bahagi
Walaupun telah banyak pembaharuan didalam proses pengeluaran diesel, pengurangan kuantiti sulfur namun ianya tetap masih mempunyai bau yang tidak menyenangkan (masa zaman persekolahan dulu aku suka ngan bau asap bas sekolah walaupun ramai kata baunya busuk). Ianya juga menghasilkan jelaga(asap hitam, Nitrogen Oksida NOx), keadaan ini mungkin hampir tidak didapati pada enjin petrol. Namun begitu enjin diesel moden telahpun mengalami peningkatan dalam masalah ini. Masuk bab kimia sedikit, pembakaran lengkap bagi diesel akan menghasilkan karbon dioksida, air dan juga jelaga(Nitrogen Oksida) manakala bagi pembakaran petrol akan menghasilkan karbon monoksida, air dan pelbagai jenis lagi gas nadir beracun. Amat diketahui umum bahawa karbon monoksida adalah sangat beracun dan merosakan lapisan ozon.
Kekeliruan tentang pencemaran udara ini sukar dirungkai kerana secara fizikalnya diesel dikatakan lebih mencemarkan udara oleh kerana penghasilan jelaga, namun begitu ramai yang tidak menyedari bahawa gas-gas yang terhasil dari enjin petrol adalah lebih mencemari dan bahaya kerana inya sukar dilihat secara mata kasar. 'Do you got the point?' Pergilah mentelaah ilmu kimia sedikit dan anda akan dapat menafsirkan apa yang aku sedang bincangkan ini.
7.Kos Bahanapi
Kelebihan: Diesel
Pemprosesan pengeluaran diesel adalah lebih mudah & murah berbanding proses pengeluaran petrol, jadi secara kasarnya diesel adalah jauh lebih murah berbanding petrol. Namun begitu, harga pasaran bagi kedua-dua bahanapi tersebut disesebuah negara adalah berbeza dan agak sukar juga bagi aku hendak buat kesimpulan yang mana lebih mahal atau murah ini kerana negara-negara pengeluar minyak biasanya mempunyai sistem subsidi (termasuklah negara kita: Malaysia), dan nilai cukai yang berbeza bagi negara-negara yang tidak mempunyai sumber bahanapi asli ini. Walaupun begitu, merujuk kepada taksiran yang telah dibuat oleh agensi dari Jerman (German Technical Co-Operation) harga pasaran diesel di Asean dan negara-negara di Benua Asia yang lain adalah 30%-50% lebih murah berbanding harga pasaran petrol. Anda boleh rujuk sendiri disini:
Harga pasaran bagi diesel akan jauh lebih murah jika lebih banyak kenderaan yang menggunakan enjin diesel dijalanraya. Di negara kita, harga pasaran diesel melonjak tinggi ini adalah kerana langkah kerajaan Malaysia untuk menampung kerugian yang dialami oleh kerajaan selepas kemerosotan ekonomi dunia yang pertama 1997 dan baru-baru ini buat kali keduanya. (Ishh..ini dah masuk bab politik la pulak...ok STOP!)
8. Bekalan Bahanapi
Kelebihan: Petrol
Di negara kita, tidaklah menjadi masalah yang besar ini kerana stesen minyak senang didapati dimana-mana sahaja. Pilihan jenis bahanapi juga banyak, mengikut kehendak syarikat pengeluar kereta dan 'ketebalan' poket anda. Pam diesel juga modah dikenali: yang bewarna hitam.
Namun begitu, sebagai contohnya di USA pengguna diesel adalah hanya 2% sahaja, di rantau Eropah pula adalah 25%. Maka di USA untuk mendapatkan stesen minyak yang membekalkan bahanapi diesel adalah sukar. Senario ini seolah-olah kesulitan dinegara kita untuk mendapatkan bekalan bahanapi LNG/NGV (di Penang hanya ada satu sahaja stesen NGV, KL mungkin ada beberapa tempat dan langsung tiada di Kelantan, Kedah, Perak dan Perlis jauh sekali)
Di negara-negara Timur Tengah, Asia dan Eropah tidak menjadi masalah yang besar. Yang menjadi masalah hanyalah perbezaan harganya sahaja.
Kesimpulan Yang Tersimpul..
Memilih samada ingin menggunakan kenderaan SUV berenjin petrol atau diesel adalah bergantung kepada 'Apakah kehendak/Keperluan Anda' dan 'Dimana Anda Tinggal atau Ingin Pergi'. Jika anda mementingkan tahap kelajuan sepertimana kereta penumpang biasa dan jarang sekali membuat kerja-kerja berat, anda mungkin memerlukan SUV berenjin petrol! Ianya lebih selesa, senyap, alat ganti yang senang diperolehi dengan harga murah. Dan sebaliknya jika anda merancang untuk melakukan aktiviti lasak, meredah belantara, merentasi benua (aku lebih suka menggunakan term "Overlander") dan sebagainya, SUV berenjin diesel lebih sesuai untuk anda. Walau apa-apa pun 'tepuk dada tanya fikiran'. What best for others doesnt fits on you sometimes....
nanti akan bersambung lagi bab lain pula...jumpa lagi....fikir-fikirkan
By: Din Brasco

Sunday

Expedition Vehicle..

Kenderaan apakah paling sesuai untuk 'Jelajah Dunia'? Yang pasti 4x4!! Ini adalah satu perdebatan yang takkan habis sampai bila-bila: Pengeluar kenderaan 4x4 (SUV or 4WD truk) yang manakah yang mengeluarkan kenderaan yang terbaik untuk ekspedisi 'Menjelajah Dunia'? kenapa aku berbicara mengenai perkara ni? Sebenarnya inilah cita-cita aku sejak tahun 2001 lagi dan ianya menjadi begitu serius (walaupun tiada modal keewangan) semenjak 3 bulan yang lepas, dimana setiap hari dan waktu aku memikirkanya!. Nanti aku akan menceritakan angan-angan aku didalam 'entry' yang lain kerana disini aku akan lebih bercerita tentang kriteria pemilihan kenderaannya terlebih dahulu. Ketepikan dahulu soal 'Loyalty to a Brand' kerana ianya akan merumitkan pemilihan kenderaan yang tepat kerana hampir semua kenderaan 4x4 mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dalam konteks untuk merentas dunia atau lebih tepat 'Merentasi Benua' dalam pelbagai rupa bentuk muka bumi, 'Brand' kenderaan 4x4 kesukaan anda mungkin tidak sesuai. "Put Brand Loyalty aside!".
Sebenarnya untuk menjelajah dunia tidak semestinya harus memandu 4x4, 2WD atau motosikal pun sudah memadai (dah ramai yang buktikannya: contohnya adik Uncle Seeker hanya menunggang motosikal Kriss GT120 buatan Malaysia! Bangga jugak aku). Kenderaan 4x4 bukanlah suatu kemestian yang utama, akan tetapi jika anda mahu mengurangkan risiko kerosakan mekanikal, keselamatan anda jika merentasi suatu delta atau kawasan yang agak berisiko seperti padang pasir, salji tebal, lembah berair atau binatang buas ...dsb atau jika anda mebawa peralatan yang banyak dan penumpang, "Yesss.." Memang sebuah kenderaan pacuan empat roda memang sukar ditandingi!! Keboleharapannya memang diakui ramai secara amnya, ianya teguh, "Spare Part" senang diperolehi dan juga 'extreme modification' boleh dilakukan bagi memenuhi keperluan anda tanpa menjejaskan prestasi berbanding dengan sebuah kereta penumpang biasa.
Bagi memilih 4x4 manakah yang terbaik untuk anda bagi 'platform' ekspedisi jarak jauh ketepikan dahulu soal 'Brand' kesukaan, atau 'Brand Loyalty'. (Cthnya: ada orang yang minat Mitsubitshi EVO bila dibawa bersembang bab kereta, bagi dia EVO je yang terbaik, padahal banyak lagi kereta yang lain lagi hebat. Atau pun peminat Honda/Toyota mengecam/mengutuk kebolehan kereta Proton Waja akan tetapi jarak perbezaan harganya amat ketara. Yang lebih teruk lagi membandingkan Ferarri dengan Perodua Kancil. Secara mudahnya aku ingin memberi nasihat kepada mereka tersebut agar "COMPARE APPLE WITH APPLE" bukanya "CHOCOLATE WITH SH*T, apa yang penting kena lihat dari aspek mana perbandingan dibuat dan adil, pada pendapat aku setakat ini tiada lagi kereta yang lebih jimat bahanapi berbanding "Perodua VIVA' akan tetapi kenalah 'sacrifice' tentang soal keselesaan dan juga kuasa.) Tumpukan kepada apakah keperluan sebenar anda dalam perjalanan yang akan anda hadapi 'in 'real time/place'. Disini saya telah kaji beberapa aspek dan keperluan yang sebenar dalam pemilihan tersebut. 'What you like is not always needed'.....
Kriteria Pemilihan Kenderaan..
Beberapa perkara yang perlu dititik-beratkan
1. Destinasi?
Ini adalah satu soal yang amat perlu diketahui! Jikalau destinasi anda hanyalah kesebuah 'Negara' yang mempunyai jaringan jalanraya terbaik, sebagai cthnya: negara jiran 'Singapore' maka TIDAK perlu kepada kenderaan 4x4 hanya kereta penumpang biasa sudah memadai! Jika destinasi anda adalah 'Kalahari Dessert, Tundra, Nepal' sebagai contohnya 'Ya' ianya amat diperlukan. Akan tetapi bagaimana pula dengan 'availability' alat ganti, bahanapi, keselamatan(buat masa sekarang: lupakan Negara Timur Tengah dan negara-negara yang sedang bergolak), 'road regulations' setempat: Bolehkah memandu disebelah kanan atau kiri? Adakah kenderaan pilihan anda melepasi had berat dan lebar/panjang di negara tersebut? Dan, paling penting adakah dinegara tersebut mempunyai bekalan bahanapi samada petrol atau diesel?? Sebabnya disesetengah negara agak sukar untuk mendapatkan bekalan bahanapi diesel dan sebaliknya. Dan juga nilai pasaran bahanapi, jika ke Russia atau negara-negara pengeluar minyak dunia yang lain anda mungkin akan tersenyum dengan nilai harga bahanapi tersebut, tak payah pergi terlalu jauh; nilai bahanapi diesel di Thailand jauh lebih tinggi berbanding negara kita Malaysia. Ini hanyalah sedikit klu' untu anda memikirkanya....hehe...
2. Apakah Delta(rupa-bentuk muka-bumi) yang anda akan jelajah?
Jikalau anda hanya 'planning' stick to main road, so takyahlah beli Land Rover Defender 110 2010 fully modified. Buang duit jee..RM260,00 (price before modified), secara jujurnya sebuah Nissan Grand Livina sudah memadai. Akan tetapi jika laluan anda adalah merentasi laluan berbukit, meredah laluan berlumpur, 'berenang' merentasi sungai ataupun dalam bahasa mudah 'exploring out all the way destination' Yes..anda amat memerlukan sebuah 4x4 yang dilengkapi 'skid-plate', 'low-range' gear dan sebagainya. Ianya belum lagi mengambil kira soal 'differential locker', akan tetapi lupakan seketika dahulu soal itu....
3. Jumlah Penumpang dan Berat Peralatan?
Jika membawa penumpang melebihi seorang sudah pasti anda memerlukan sebuah kenderaan 4x4 yang agak besar kapasitinya dang sebaliknya jika pengembaraan solo atau berdua. selalunya kenderaan 4x4 yang agak kecil lebih senang melepasi jalanraya atau fasiliti-fasiliti yang lain di terutamanya negara-negara 'Dunia Ke-tiga'. Ianya lebih mudah diangkut dan 'diselamatkan' jika bencana melanda. Jadi tak perlulah anda memandu sebuah 'Gajah Mammoth: UNICAT MXXL24AH atau Hummer H1 jika Toyota Hilux 2.5G sudah memadai.
4. Berapa jauhnya perjalanan?
Jika jarak perjalanan adalah singkat/dekat kenderaan 4x4 yang kecil dengan kapasiti enjin rendah sudah pun memadai. Akan tetapi jika merancang merentasi 5 benua dan memakan masa yang agak lama maka kenderaan yang mempunyai enjin berkapasiti besar adalah pilihan yang lebih baik. Kenapa? Enjin berkapasiti sememangnya bagus akan tetapi komponennya lebih cepat "wear n' tear" dan cepat 'overheat' berbanding enjin berkapasiti tinggi. Kenderaan yang dilengkapi enjin berkapasiti tinggi juga adalah lebih menjimatkan bahanapi jika membawa beban yang banyak dan berat..
5. Muddy n' wet..berapa dalam?
Ini bukanlah tentang peralatan yang dibawa, akan tetapi mengenai enjin kenderaan! Jika megembara ke daerah atau negara yang dilanda bencana banjir atau dalam bahasa mudah 'Monsoon' anda mungkin atau harus meredah kawasan berair (paras air yang tinggi). Cthnya: Semasa banjir besar melanda Negeri Kedah baru-baru ini, kenderaan yang dilengkapi dengan enjin diesel menguasai jalanan dan dengan mudah meredah jalanraya yang dipenuh dengan air bah dimana tidak mungkin diredahi oleh kenderaan biasa. Ini adalah kerana kebanyakan kenderaan ber-enjin diesel hampir tiada peralatan elektronik. Kenderaan ber-enjin petrol pula sebaliknya, namun begitu faktor bekalan bahanapi disesebuah negara juga harus dititikberatkan. Walaubagaimanapun, kebanyakkan kenderaan(99%) 4x4 ber-enjin diesel menjadi pilihan kerana keboleharapannya adalah tinggi (susah rosak), jimat bahanapi, tork yang tinggi (sesuai meredah kawasan berbukit pada 'rev' yang rendah) dan masih boleh berfungsi jikalau tenggelam keseluruhannya didalam air(jika pasang snorkel)..
Masih ada banyak lagi aspek-aspek yang perlu dititikberatkan didalam membuat pemilihan kenderaan 4x4 untuk ekspedisi "Jelajah Dunia" cukuplah dahulu buat masa ini, selebihnya akan saya paparkan dalam 'entry' yang akan datang. Tentang "Angan-Angan" saya untuk Menjelajah Dunia juga akan menyusul on next entry...Kemana saya nak pergi, Laluan, Kenderaan pilihan dan untuk apa...off-course la untuk ......sementara itu silalah luangkan masa untuk menonton beberapa siri ekspedisi photographer dari USA ke Artic Circle di utara Canada....besshh..

Anti Muslim in Amerika...

Masalah anti-Moslem di Amerika, tak semua rakyat USA anti Moslem seperti mana yang kita dengar melalui media massa dan ini telah di'video'kan oleh ABC News...demo tengok sendiri ler..kawe malas nok explain bebanyok! I'll believe that the same situation happen in our country but not between faith but between races.....hehehe..ask yourself!
This blog is under "re-construction" after being abandoned for years, for time being you can visit my alternate blog at: http://dinbrascostudio.wordpress.com/ and my flickr at: http://www.flickr.com/photos/dinbrasco/ and last not least, also feel free to add me as contact at Facebook: Din Brasco