Saturday

Aku dan Jembalang UUM

Ini pengalaman benar aku beberapa bulan lepas demi mencari rezeki, sesuap nasi untuk anak-anakku! Ianya berlaku di UUM. Dibangunan Akademik yang sewaktu itu dlm pembinaan.

Aku bekerja sendirian sudah beberapa minggu untuk menyiapkan pemasangan dan testing commisioning dua buah lift yang sangat canggih dibangunan tersebut, aku berulang alik dari Alor Setar ke UUM Sintok seawal 8pagi dan pulang kerumah pada malamnya paling awal pon jam 11 malam. Maklumlah aku tidak berpendidikan tinggi, so aku kena kerja keras untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Pada suatu hari hanya tinggal aku keseorangan ditapak pembinaan tersebut, dimana pekerja kontraks yang lain tidak lagi hadir disana kerana kerja-kerja mereka telah siap sehari sebelomnya. Aku tetap dengan kerja aku yang masih berbaki dan memerlukan beberapa hari lagi untuk 100% complete. Lebih kurang setengah jam sebelom berkumandangnya azan Maghrib suatu kejadian aneh yg mengerikan telah berlaku. Ianya amat mengerikan!!!

Tengah-tengah syok aku dok pasang satu hall call button indicator ditingkat 4 Bangunan Akademik Blok B, aku merasa sangat sejuk dibahagian belakang badanku seolah-olah sebuah peti sejuk yang sangat besar berada dibelakangku.

"Celaka!! Apa 'geruh' aku hari nih?!! (aku berkata dlm hati tanpa memandang kebelakang)

Dengan spontan aku mengundur kebelakang tiga tapak sambil mencucuh sebatang 'Dunhill'. Aku terus menyedut nikotin tanpa banyak bergerak. 'Dunhill' aku sudah hampir separuh batang....dan aku membacakan Ayat Kursi, sambil menoleh kekanan. Dari hujung mata kanan aku cuba menduga apakah yang ada dibelakang aku, kerana aku yakin ada sesuatu....

"Ya Allah!!! Hari ni memang aku celaka!!" (aku bertempik tanpa suara)

Dari hujung mataku aku dapat melihat suatu kelibat....memang ada sesuatu dibelakangku. Namun begitu aku tak tahu apakah dia!

Aku bacakan lagi beberapa kali Ayat kursi sambil mencucuh 'Dunhill' yang kedua. Perasaan ingin tahu aku semakin kuat untuk melihat dengan lebih nyata apakah sebenarnya yang berada dibelakang aku.

Setelah 'Dunhill' yang kedua dah habis aku terus menoleh kebelakang!!!

"Celakalah kamu syaitannnnn!!!!!!!" (Aku bertempik dengan kuat tapi suaraku tak kedengaran)

Memang dengan jelas aku dapat melihat suatu lembaga yang berada tak sampai 3 kaki dibelakang aku! Merenung tepat kat aku. Aku mengalihkan kembali pandangan aku ketempat asal.

"Apakah geruh aku hari nih??!!!" (aku berkata dlm hati sambil mulut kembali terkumat kamit membacakan mentera kependekaran yang aku belajar)

"Dengan Ayat Kursi pon kau tak takut, ko nak apa setannnnn??"

Lebih kurang dua puluh minit berlalu dan lembaga tersebut masih lagi berada dan merenung tepat kat aku. Peluh jantan membasahi seluruh tubuh aku.

Aku tidaklah merasa takut sangat kerana sudah beberapa kali berdepan dengan makhluk halus, akan tetapi bukannya dari spesis ni, so aku agak gentar kerana aku tak tahu apakah kekuatan dan kelemahannya! Aku memang sudah mati akal...Ayat Kursi tak layan...mentera tak makan saman.

"Fitri ada kat Changlun!!" (tetiba baru aku teringatkan sub-contractor aku)

Dengan pantas aku call Fitri...

"Fitri!! Mai tolong aku sat, Aku terperangkap dlm lift blok B! Mai cepat sikit" (tanpa memberi salam aku terus berkata dengan nada yang sangat keras memohon bantuan ...aku tak ceritakan perkara yg sebenar dan terus letak)

Selepas itu aku terus menbaca beberapa lagi mentera...

Tak sampai 10 minit aku mendengar kereta Fitri dan beberapa detik kedengaran bunyi tapak kaki Fitri berlari-lari menaiki tangga ke tingkat 4...

Apabila bunyi tapak kai Fitri semakin dekat...aku terus mengalihkan pandangan kebelakang, kesejukan yang amat sangat tadi terus hilang bersama makhluk tadi....

"Haaa...awat Abang Din?" (Fitri terus bertanya dalam termengah-mengah)

Aku tengok muka Fitri sungguh pucat sekali....aku yakin Fitri dapat menduga yang sebenarnya aku berbohong pasal terperangkap dlm lift dan sesuatu yg lain telah berlaku terhadapku kerana tak pernah aku bercakap dengan kasar terhadapnya.

"Jom teman aku balik!!" (aku hanya berkata sepatah sehingga sampai di Alor Setar)

(korang nak tahu ke apakah makhluk yang berada kat belakang aku tuh????..............)

3 comments:

MFTAQIYUDDIN said...

Yes.

Saya nak tahu apakah makhluk itu Cik Din.

Saya teka boleh?

Terakhir dulu pelesit. La ni agaknya....Jin Afrit?

Saya main teka aja tu.Tak ada sokongan apa apa teori.

MOH KEMBARA said...

Salam Yob Dina',

Laa ada main teka-tikam jugak? Ada hadiah tak?
Akak teka Transformer, dari Jin transforms jadi syaitan!

MFTAQIYUDDIN said...

Update update Cik Din