Saturday

Makan Pasir....


gamba hiasan dicilok dari pakcik 'go-girls'
As-Salam..

Disuatu malam yang hening selepas Isyak, Bro Din telah beberapa minggu merayau-rayau di Muar mencari pekerjaan setelah 'di-tamat'kan terlebih awal dari pengajian kerana terlalu genius. Dia menumpang disebuah keluarga kecil yang diketuai oleh seorang 'Tok Kadi' Tua dipinggir pekan Muar bertentangan dengan Masjid Muar. Masjidnya indah sekali dipinggiran sungai yang mengalir lesu....

"Apa betul engkau serius nak kahwin dengan anak aku?" 

Suara yang agak tinggi tetapi penuh lemah lembut, Tok Kadi Tua itu tiba-tiba memecah lamunan Bro Din yang sedang membelek-belek 'The Star', bahagian tengah yang amat diminati oleh penggangur kehormat. Iklan jawatan kosong!.

"Saya serius..."

Bro Din menjawab pantas tanpa banyak berfikir...sambil tersenyum seperti kerang busuk.

"Kalau engkau betol serius, malam ni jugak aku boleh nikahkan kamu berdua!"

Kadi Tua itu menyambung kata-katanya......tiba-tiba satu suara yang agak halus kedengaran dari dapur...

"Engkau nak bagi anak aku makan apa?..Pasir????

Suara halus tadi memecah kosentrasi antara Kadi Tua tadi dan bakal menantunya.....penggangur kehormat.

Pada keesokkan harinya sebelom subuh, Bro Din terpaksa meninggalkan keluarga kecil Kadi Tua tadi dan buah hatinya dalam secara senyap-senyap dengan hati yang berat dan penuh dendam kesumat kepada empunya badan 'suara halus'....


15 tahun sudah berlalu...Bro Din pun sudah ketemu jodoh yang lain...dan dalam pada itu juga Bro Din Makan pasir.................................caihh

(ini adalah Bro Din yang dulunya si penggangur kehormat)

Dan gamba-gamba di bawah ini adalah keluarga (isteri dan anak-anak) Bro Din hasil "BAGI MAKAN PASIR".

(Klik gambo tu untuk resolusi lebih jelas dan anda akan nampak simptom makan pasir)


'Shin Chan'-kena sindrom perasan hensem
'Miyabi Chan'-kena chiken pork daa....

' Miyabi Chan, Shin Chan & Mrs DinBrasco'


Kesian anak-anak & isteri Bro Din, dah 6 tahun diorang Makan Pasir!!!

Back to the main point....kepada ayah-ayah, wali-wali janganlah kalian serahkan tugas kalian sebagai 'WALI' kepada perempuan-perempuan, bini-bini kalian. Kerana senario sebegini begitu berleluasa diluar sana...

Tak percaya???? nanti kalau anda ada kesempatan, sils-silalah ikut rombongan meminang dan anda pasti tau sapa yang lebih banyak bercakap dan terlebih mulut semasa majlis itu..........

Wassalam..takmo banyak cakap, nanti kena cili ngan mak-mak diluar sana..kbaiiiii


  

Friday

Melayu...Melayu kah Aku & Dimanakah Kemelayuannya??

As-Salam...

Sambil-sambil dok menaip ni aku dok layan 'Smooth Criminal' Moonwalker edition dari arwah Micheal Jackson yang perasan dia tu 'omputih', tapi tang mana ke-'omputihannya' tuh? Arwah sanggup berhabis jutaan dollar menukar warna kulit dan struktur biologi fizikalnya supaya sama dan boleh diterima oleh 'omputih'. serius gila kan?? Tinggalkanlah dia bersama sejarahnya tuh dan semoga arwah dicucuri rahmat Allah.

Aku sebenarnya telah mengarang 5000 patah perkataan untuk entry kali ni, dan selepas di'review' oleh editor, ianya terpaksa dibatalkan penerbitannya demi menjaga sesitiviti kaum Melayu yang sememangnya amat-amat sensitif dengan isu-isu yang semacam ini. Aku pun Melayu jugak, yang bezanya aku bukan Melayu tipikal..aku lebih terbuka dan tidak beremosi dalam hal-hal yang sebegini.

Beberapa tahun yang lepas aku ada beberapa kali berdebat dengan seorang 'kiasu' yang juga berfikiran terbuka mengenai perihal bangsa. Kami sepakat bahawa didunia ini hanya ada tujuh bangsa utama pecahan umat Nabi Nuh a.s setelah bahteranya itu tersadai di Bukit Ararat (Turki). Arab, Aryan, Bani Israel, Negro, Celtic, Yunani dan Rom..Tujuh sahaja..soo tang mana wujudnya Bangsa Melayu nih?? Aku pon pelik jugak mengenai perihal nih..atau memang 'Melayu' ni tak terkena tempias Banjir Besar Nabi Nuh? Tak mungkin, rasanya Al-Quran dah habaq bahawa seluruh Dunia tenggelam. Wallahuallam...aku pon tak pasti sebab aku bukan pengkaji Al-Quran yang layak.

Akan tetapi, seorang saintis Jerman yang namanya 'Johann Friedrich Blumenbach' pada tahun 1795 dalam kajian antropologynya menambah 5 lagi suku bangsa utama, dari tujuh menjadi dua belas kesemuanya. Caucasian(omputih), Ethopian, Native American, Mongolian dan yang terakhirnya sekali mesti buat korang suka tak terhingganya.....Malay!!


Beliau mengambarkan bangsa Malays ni melalui warna kulit seperti dibawah nih...


"...a brown color, from olive and a clear mahogany to the darkest clove or chestnut 
brown."



Namun begitu, yang 5 baru tambah tu adalah evolusi dari yang tujuh tu jugak! Banyak pendapat dan hipotesis mengatakan Melayu adalah evolusi atau pecahan dari Yunani...emmm, masa aku belajar sejarah sekolah menengah cikgu aku pun kata gitu jugak..aku pun tak pasti sangat sebab banyak ponteng kelas pergi tolong Mak & Ayah menoreh getah. Mungkin aku tersilap dengar. Maklumlahh anak penoreh getah dan tak cukup kelulusan untuk keluarkan fakta dan hipotesis...auta boleh laaa..hahaha.

Dan ramai juga percaya melayu adalah salah satu dari sembilan pecahan bangsa Bani israel yang Hilang. (Mungkin jugak..mungkin oleh sebab tu kot ramai pemimpin negara yang memimpin mahu pun terpimpin cuba mendekatkan diri dengan Bani Zionist).. Sekali lagi Wallahuallam!! Dan ada juga percaya Melayu adalah keturunan 'Keturah', salah satu isteri Nabi Ibrahim..yang diberi nama Bani Jawi..Jawa ke Jawi aku tak pasti..dan sekali lagi Wallahuallam!! Sebab mengikut apa yang tertulis dalam Bible yang aku penah baca..


"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to THE LAND OF THE EAST"  :(Genesis 25:5-6)


Aku terasa amat pening dan memeningkan, setelah ditapis oleh editor aku back to the point yang tak berapa straight. Aku hairan dan haram memikirkan kenapa bangsa-bangsa 'Aryan' Alli Kutty Mamak Keling kat Malaya ni pon kata depa tu pon Melayu! Tang mana kemelayuannya tuh? Tang Namanya kah, Tang Agamanya kah? Kalau tang kulit dengan bahasa kegunaan seharian memang sikit pon tak kena garis. Semasa aku bermastautin di Pulau Mutiara, mereka inilah yang paling banyak sebut perkataan MELAYU. Dari Pemimpin Negara hinggalah rakyat marhain..puak-puak nilah yang acap kali miniti dibibir mereka perkataan MELAYU jauh lebih banyak berbanding orang-orang Melayu yang asli.

Bukan mereka saja yang mengaku Melayu, pada zaman Masur Syah pemerintah Melaka, Han Too Ah, Han Jee Fatt, Han Lee Ker dan Han Lee Kiew pun mengaku Melayu..tinggal Kasturi sorang je memang sah ketulenan Ke-Melayu-annya. Han Too Ah dengan bangganya berkata dan memang femes kata-katanya itu:

"Takkan Melayu Hilang DiDunia"

Tapi yang jadi persoalannya, kemanakah menghilangnya dia tu sendiri??? Mati tak berkubur, hidup tak bertempat, dan memang sah sumpahnya tu memang tak masin mulutnya sebab Kerajaan melayu Melaka lenyap begitu sahaja. ((Saya nak mintak maaf kat orang-orang Melaka, kalau kata-kata saya ni menyinggung.  The truth is the Truth, Face the Reality, jangan jadi macam rakyat Assobiyah tegar Medang Sakti yang tak dapat menerima hakikat kemiskinan negerinya, sehinggakan nak buat jalan raya pun rakyat kena turun gotong royong. Tiap-tiap tahun rakyat bayar income-tax tapi .......bila orang tegur kata hina Ulamak, aku bukan hina Ulamak ...aku tanya PEMIMPIN NOMBOT SATU NEGERI AKU...Takkan sampai takleh tanya kot..Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w pon sanggup potong jari anak kesayangannya kalau dia buat salah...apatah lagi kita umat yang sudah jauh satu 'cycle' setengah jauhnya dan tak berdarah keturunanya...<oppss anak-anak aku memang ada darah Rasulullah mengalir dalam badan depa melalui Isteri aku>..........bab-bab fasiliti ni kami nak sembang dengan Jurutera bukannya Ulamak...Kalau ulamak tak mampu melantik Jurutera yang layak membantunya, Alamak la jadinya...kan dah jadi Fardhu Kifayah untuk menyediakan Jurutera, Doktor, Accountant...dan segala Juru-Juru yang lain dalam sebuah organisasi kaum/puak masyarakat/rakyat...tak gitu kome???)) Sorry beb..tersasar jauh..stoppppp!!

Ok, berbalik kepada tajuk utama entry kali ni..'Melayu..Melayukah Aku & Dimanakah Kemelayuannya?'
Aku pernah bertanya kaum keluarga aku mengenai susur-galur keturunan keluarga kami, ramai yang mengatakan kami ni Melayu Kampuchea (Kemboja). Aku lagi kompius sebab:
mengikut kamus DBP:-

"nama suatu bangsa dan bahasa (ter­utama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihat­kan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) meme­layukan: ~ istilah."

Kalau Melayu dalam Akta Tubuh Tanah Melayu korang cari sendiri lah yer...sinopsisnya mudah, kalau dah tak beragama Islam, tak cakap Melayu bermakna dah bukan Melayu. Tapi kalau Alli Kutty cakap bahasa Melayu, Kiasu potong dah jadi Melayu!!. Pening kan???

Jarang sekali dewasa ini kita dengar nama-nama Melayu seperti Melati, Cempaka, Nadim ........dan sebagainya yang nama Melayu asli. Aku sendiri pon bukan nama Melayu, dan rasanya seluruh Melayu Malaya pakai nama Arab dan bukan lagi nama-nama Melayu asli. Soo dimanakah ke-Melayu-an anda kalau nama pun dah bukan pakai nama-nama Melayu??? Mungkin tang AGAMA-nya kot......kalau ikut agama anutan, Pakistan tauke karpet, Alli Kutty, Kiasu potong pun semuanya dah jadi Melayu.....haissshh lagi tambah pening. Kalau ikut adat, pemakaian rasanya dah tak ramai lagi Melayu di Tanah Melayu kini...sebab ramai sahabat-sahabat handai, kenalan dan kenalan kepada kenalan tidak lagi mengamalkan adat-adat dan fashion-fashion Melayu.
Thats the point...Berapa ramai antara kita yang berbaju melayu, bersampin kain pelikat, bertengkolok siap tersisip keris dipinggang melakukan aktiviti harian???? Selain hari Jumaat dan Hari Raya serta persandingan boleh dikatakan TIADA lagi tabarujj macam ini diamalkan oleh orang-orang yang mengaku Melayu.

Ramai yang lebih bangga ber Bush Jacket, berbaju kemeja terjerut Tie(tali leher) daripada mengenakan baju Melayu. Dan keadaan pemudi-pemudi, anak-anak dara pingitan kita lebih menyedihkan dengan seluar ketat, berskirt pendek dan bermacam lagi fesyen Majusi, Nasrani & Yahudi. Soo mak-mak, ayah-ayah sila tepuk meja tanya periuk dimanakah ke-Melayu-an anda dan anak-anak anda!!! Itu belum lagi masuk bab-bab perihal bahasa.....lagi-lagi dan lagi memeningkan.

jadi ada baiknya aku fullstop sampai disini sahaja untuk memberi ruang kepada anda untuk berfikir sejenak..(Tuan editor aku pon dah mencebik bibir dah tu) .Aku tidak layak digelar Melayu di Malaya ni sebab kalau mengikut Akta Tubuh Tanah Melayu memang takde ruang untuk aku mengaku Melayu. dan anak-anak aku sememangnya bukan lagi Melayu sebab menggunakan bukan nama-nama melayu dan sememangnya berdarah kacukan Arab.

TERIMA KASIH KEPADA KAK HALIMA dari MOHKEMBARA kerana membangkitkan point untuk aku menulis kontra kritis yang pening dan lagi memeningkan ini.

***nota kaki-tangan: "mintak maaf kalau ada yang tersinggung dengan penulisan saya, kerana saya insan biasa yang tak tara' mana taraf pendidikannya dan lagi maha cetek ilmu. Masih ada'kah Melayu di Tanah Melayu?!"

DinBrasco


Wednesday

Laluan Puaka Lebuhraya Timur Barat

As-Salam...

"Dalam entry yg lepas aku menulis secara 'kontra kritis' mengenai negeriku yg terchenta, ini adalah berikutan daripada beberapa ancaman keatas beberapa buah pemikiran aku yg out of box mengenai negeriku yang dikategorikan sebagai miskin. Ramai yang tak faham, dan tidak dapat menerima kenyataan 'Negeri Miskin' dan cuba diputarbelikan dengan hujah-hujah yg tidak kena dengan tajuk dilaman 'mukabuku'. Ya memang rakyat kaya, tapi negeriku memang miskin dari beberapa segi hingga memaksa rakyat keluar mencari kekayaan ibarat seperti 'parasit' dinegeri luar."

Tapi kali ini aku bukannya nak sambung pasal politik, tapi pasal pengalaman 4 dimensi aku, dimana aku akan membawa anda menjengah semula tahun 2006 dimana perkara ini berlaku. It's happen on 1st December 2006 secara tepatnya dan tak dapat aku nak kategorikan entry ni sebagai samada sedih, ngeri, misteri atau ketiga-tiganya sekali, akan tetapi sebelom tu aku nak bawa imbauan beberapa bulan sebelomnya.

Deringan telefon dengan no 09- megejutkan aku dari tidur setelah pulang dari tempat kerja...

'Ehh Mat..mu tok ingat kat aku koo??' Ujar kakaku dalam nada yg agak dalam dihujung talian.

'Ye Kak...ada apa?' Aku balas pendek dlm keadaan kehairanan

'Dok laa..doh lama mu tok balik tengok aku, bakpo gak? Aku ni tok lama doh.....' Kakak sulungku sambung lagi dengan ayat yang tergantung.

Memang aku dah agak lama tak jejak 'Medang Sakti' secara tepatnya Manchester, sejak tiga tahun lalu selepas aku bertunang. Aku terlalu sibuk mengumpul dana untuk melangsungkan perkahwinan kami yang sepatutnya dilangsungkan pada 2004 tapi telah tersasar jauh kerana kegawatan ekonomi setelah aku berhenti kerja kilang dan join pasaraya besar Tesco. I have to start from below again!!

'Takpo laa nanti aku balik' Aku berkata pendek lagi, aku dapat rasakan ada sesuatu terselindung dibalik kata-katanya tuh. Namun aku tak dapat nak duga.

'Nanti balik bawak sekali tunangan-mu tuh...kami adik-kakok ni tok penah tengok pon tunang-mu tuh, kami nok kenal la jugok' Kata kakakku

'Takpo laa..nanti minggu depan aku balik' Ujarku

Disebalik nada perbualan yg agak pilu dan dalam antara kami berdua tuh tersimpan satu derita yg amat berat sekali yang sedang ditanggung aloh kakak sulungku yang tersayang. Dia disahkan menghidap barah payudara yang kritikal. No hope untuk sembuh walaupun dah menjalani beberapa siri kemoterapi dan rawatan yang lain. Tak perlulah aku bercerita panjang pasal ni sebab biarlah ianya menjadi cerita antara kami satu family.


Setelah beberapa hari aku pulang kekampung aku turun dari rumah ke Pulau Mutiara dalam keadaan yang pilu. Tapi sebelom tu kakakku sempat pesan beberapa perkara yang aku masih ingat dan pegang sampai sekarang. Sejak dari hari itu aku sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan, dari segi emosi, kesihatan dan tak lupa juga kenderaan kesayangan aku Yamaha 125ZR dalam keadaan tip-top special modified. 

Beberapa bulan kemudian, pada hari Jumaat 1 December 2006 tepat jam 4.30 petang semasa aku sibuk membahagikan tugasan kepada anak-anak buah aku di tempat kerja, tetiba telefon aku berdering, terpampang nama Iwe (adik aku nombot 8)..

'As-salam be' Mat.....' Suara Iwe tersekat dalam nada sedih..

'Aku dah tahu...nanti aku sekejap lagi aku balik' Aku terus memotong ayat adikku dengan tegas, kerana aku sudah dapat agak apa yang nak diperkatakan oleh adik kecikku itu. 

'Nak simpan pukul berapa?' Aku bertanya

'Lepas maghrib!' ujar Iwe

'Tunggu sampai aku balik' Ujarku..walaupon aku rasa itu hampir mustahil untuk aku sampai tepat pada waktunya. Perjalanan bermotosikal dari Pulau Mutiara ke Kelantan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 jam melalui jalan lama Baling ke Grik dan Lebuhraya Timur Barat. (kerana waktu itu Lebuhraya menghubungkan Baling ke Grik masih dalam pembinaan dan belum dibuka kepada umum)

Aku memanaskan enjin jentera aku, mendapatkan kebenaran dari GM sambil mengenakan jaket kulit jenama Bell yang aku beli dekat 'RoadWalk' (Lorong Kulit). Lengkap dengan glove dan helmet Bell yang dibeli dekat Alor Setar beberapa minggu lepas sambil mencongak-congak kelajuan yang perlu aku pacu untuk sampai sebelom pukul 8 malam. Itu sesuatu yang tak mungkin, 420km dalam masa 3 jam!!! Itu bermakna aku kena maintain 180kmj setelah tolak waktu merentasi kesesakan lalu lintas, rehat isi minyak dan menyejukkan enjin!! Semoga Allah permudahkan perjalanan aku.

Tepat pukul 5 petang perjalanan aku bermula dengan menyusuri Jambatan Pulau Pinang dan mengambil turn' ke BKE Highway menuju ke Baling. Jalan agak sibuk, jadi aku terpaksa bermain-main dengan kelajuan sekejap laju sekejap perlahan. Disingkatkan cerita, setelah melewati jalan Baling ke Grik melalui jalan lama yang berliku-liku aku sampai ke Grik dalam pukul 6.30petang. Agak laju juga pacuan aku kali ni.

Arggh.... bilalah Lebuhraya Baling-Grik ni nak siap! Aku sangat letih kerana menunggang dalam kelajuan tinggi dijalanan kampungan yang teruk. Aku mengisi minyak di Pekan Grik walaupun aku membawa minyak tambahan didalam gelen yang diikat dalam raga motor aku. Aku sebenarnya hanya sehelai sepinggag, satu set tools dan satu gelen minyak sahaja yang dibawa kerana nak mengurangkan beban berat yang mungkin akan menggangu tunggangan aku. Baki perjalanan masih lagi berbaki dekat 200km yang aku harus tempoh dalam masa 1 jam!! Dengan laluan mendaki gunung 3/4 daripada jarak itu.....'Argghhhh boleh ke aku buat ni??'

Matahari sudah pon tergelincir dari paksi dan alam semesta mula menarik tirai senja yang kelam. Burung-burung 'ciak rumah' mula bertenggek diatas talian kabel letrik, rumah-rumah kedai pekan koboi sudah dikunci dan lampu-lampu jalan mula menyala. Keadaan pergunungan dikala malam memang menyeramkan dan sunyi bagi yang tidak pernah mengalaminya. minyak sudah penuh dan aku hanya memenuhkan perut aku yang keroncong dan mengganntikan tenaga adrenalin yang hilang dengan beberapa batang dunhill dan disulam dengan setin RedBull. Aku begitu gelabah sekali bila jam tanggan aku menunjukkan jam 6.55 petang, aku cukup risau jika aku tak sempat sampai kerumah sebelom pukul 8malam, kerana aku tahu Ayah aku takkan tunggu aku sampai bagi menyemadikan Arwah kakaku. Ayah aku cukup tegas dengan waktu dan pendirian.

'200km in one hours...i will make it..i will make it' aku berkata dalam hati, aku harus bergerak lebih laju bagi mengantikan masa terbuang di laluan Baling tadi. Aku mula mendaki Banjaran Titiwangsa, aku lega sekali kerana laluan begitu lengang tanpa kehadiran sebarang kenderaan mahupun manusia. Jalan semakin gelap dan kabus mula menampakkan dirinya, ianya semakin menyukarkan kerana matahari sudah jauh dibelakang aku. Untuk memudahkan tunggangan dalam keadaan gelap aku terpaksa menanggalkan visor Bob Heat original yang aku beli dengan harga yang agak mahal dan delemparkan sahaja ketepi jalan berliku tanpa berhenti detepian jalan kerana hendak menjimatkan masa yang terbuang. Laju dan semakin laju tunggangan aku, satu kilometer mendaki dan aku mula mendapat rentak laluan pergunungan.

Jam sudah menunjukkan 7.20malam setelah aku melewati Tasik banding dan Puncak Titiwangsa dan keadaan pergunungan yang gelap tadi bertukar agak cerah sedikit dengan hadirnya cahaya bulan. Jentera tunggangan aku beraksi dengan baik dalam keadaan kedinginan cuaca mencecah 16 darjah celcius. Aku terus menumpukan perhatian keatas jalan dan setiap selekoh, sebenarnya aku tidak lagi mengikut aturan pembahagian jalan, aku terus 'makan jalan' bertentangan disetiap selekoh kerana ini akan membantu aku untuk terus laju dimana meter RPM aku mencecah kegarisan merah dan meter kelajuan aku telah melewati angka 180kmj beberapa senggat...200kmj dilaluan bengkang bengkok, tidak menjadi masalah buat aku sebenarnya setelah menguasi teknik tunggangan yang aku pelajari dari cerita 'Bikers Boys'. Sudah setengah jam tanpa bertemu dengan sebarang kenderaan dan hidupan ditengah-tengah pergunungan dan penempatan terdekat adalah 100km dihadapan.

Setelah hampir 60km dipergunungan Titiwangsa, masih lagi dijajahan Negeri Perak, Terpampang Signage Hutan Belum disebelah kiri jalan, tiba-tiba tunggangan aku terganggu, keadaan yang agak cerah tadi menjadi agak suram dan hati aku mula berdebar-debar. Aku mula tidak sedap hati dan memperlahankan sedikit kelajuan...

'Apa pulak kali nih!!' Aku semacam bertempik didalam hati, dan tidak mengalihkan sedikit pun pandangan dari jalan.

Namun dalam pada itu aku sempat menjeling dari hujung mata 'scan' keadaan persekitaran, ditepi-tepi jalan, dicelah-celah pergunungan, diatas puncak-puncak bukit kerana aku yakin ada sesuatu yang cuba mengganggu  tumpuan aku.

Celah-celah pergunungan mula disirami cahaya bulan kembali, namun hati aku tetap berdebar-debar.

'Kalau kau betol hebat ko tunjjukkan diri ko!!!" Aku berkata agak perlahan sambil mulut terkumat-kamit menbawa Ayatul -Kursi sambil memerah kembali pendikit dikawasan selekoh laju yang panjang, 

Zaappppss...semasa aku mengambil selekoh sebelah kiri sambil mengiringkan badan, lutut seolah-olah mahu mencecah 'tarmac' dan pandangan aku jauh kedalam selekoh.....keadaan yang agak cerah tadi bertukar menjadi amat-amat gelap sekali. 

'Hah celaka!! Aku langsung tak nampak jalan..lampu jentera aku menyala tapi tidak menerangi. Keadaan sangat kritikal seolah-olah mata aku ditutupi kain hitam dan aku dalam keadaan cukup laju, aku pejamkan mata dan tetapkan mata hati..'Mati aku kali nih' aku meludah kekanan dan menoleh kebelakang sambil nenetapkan kedudukan jentera aku tanpa sedikitpun memperlahankan jentera.......

'Jangan Kacau aku Iblisss!!! Aku bertempik kepada seekor makhluk Allah yang sebesar kapal kontena di Penang port yang duduk mencangkung dimana kangkangnya itu memenuhi seluruh selekoh disebelah kanan aku. Waktu bagaikan terhenti, aku melihat tepat kemata makhluk tadi yang sangat besar dimana badannya dipenuhi bulu lagaknya seperti king-kong, matanya merah menyala ibarat magma muntahan gunung berapi Pinatubo'. Dalam saat genting itu juga aku terukan pembacaan Ayatul-Kursi. (Sukar sekali aku nak gambarkan rupabentuk fizikal makhluk itu kerana hijab mataku bagaikan tertutup dan waktu terhenti, namun begitu matanya yang merah menyala itu memang jelas sekali dan aku ingat sampai sekarang)

Dalam keadaan nyawa dihujing tanduk itu, dalam keadaan hidup dan mati ...aku sekali lagi pejamkan mata dan cuba ingatkan keadaan jalan. (Sebenarnya aku telah menyusuri jalan Lebuhraya Timur Barat lebih dari beberapa ratus kali dan aku boleh ingat hampir semua keadaan jalan, selekoh dan gaung ..tapi semuanya adalah dalam waktu siang dan ini adalah kali pertama aku meredah kegelapan pergunungan). Namun begitu, Allah maha Besar dan manusia itu lebih mulia daripada Jin dan Iblis...aku meneruskan perjalanan dalam keadaan mata separa tertutup. Dengan keadaan angin dingin yang menderu-deru menampar muka aku yang terasa begitu tebal sekali kebekuan. Aku sudah tidak sedar lagi berapa laju tunggangan aku...aku sudah tidak ingat apa-apa lagi selepas itu.

Aku sebenarnya selepas bersemuka dengan makhluk yang besar berbulu dan mata merah menyala itu aku sudah tidak ingat apa-apa lagi. Sedar-sedar sahaja aku sudah berada dihadapan rumahku di Manchester yang dipenuhi oleh jiran tetangga dan kedengaran bacaan Surah-Yassin oleh Qari dan Qariah di kampungku. Aku terus tercelapak disebelah sekujur mayat kakaku dan mencium dahinya dalam keadaan tersenyum dan tanpa setitis air mata. Jam tangan aku menunjukan tepat pukul 8.00 malam. Dalam keadaan aku seolah-olah bermimpi itu aku lihat wajah arwah kakaku seolah-olah dipenuhi peluh dan kelihatan sedikit tersenyum, wajahnya begitu cerah sedangkan sebenarnya beliau agak gelap sedikit. Aku sempat mengerjakan solat sunat dua rakaat (aku pun tak tahu solat sunat apa yang aku kerjakan) sebelom aku dan 3 adik lelaki aku mengusung turun jenazah untuk disemadikan diperkuburan yang berada senggang 40 buah rumah. 

Dapat aku rasakan jenazah begitu ringan sekali semasa aku dan adik lelakiku Iwe' meletakkan beliau didalam liang lahad sedangkan arwah berbadan agak tinggi dan berangka tulang yang besar dan mula menimbus jenazah dengan tanah. Kejadian manusia adalah dari tanah dan kembalinya juga kepada tanah pada usia yang agak muda iaitu 33 tahun meninggalkan 3 orang anak dara yang sangat-sangat kecil dan belom mengerti apa itu kematian.

Persoalan mengenai apakah makhluk yang aku jumpa semalam menjadi pemula bicara aku dengan ayah dan beberapa orang pakcik aku selepas makan tengahari keesokkan harinya sambil mengulung rokok daun di beranda rumah. 'Hantu Raya!!' kata pakcikku dan disokong oleh ayahku sendiri. 'Hantu Raya Tidak Ber-Tuan' sambung seorang lagi pakcikku yang lebih arif tentang dunia dimensi ke-4 dan juga seorang guru Sekolah Pondok Sungai Durian di daerah Kuala Krai. 

Persoalanya sekarang apakah yang berlaku lebih kurang setengah jam selepas aku bersemuka dengan makhluk itu, kerana aku tidak ingat apa-apa selepas itu dan tidak mungkin aku boleh sampai kerumah hanya dalam masa itu sedangkan perjalanan berbaki lagi 140km dan jalan agak sesak di Batu Melintang, Jeli, Bukit Bunga, Tanah merah dan seterunya Manchester menjadi perbualan hangat dengan pelbagai teori dan andaian antara pakcik-pakcik aku dan ayah. Aku sendiri pon tidak tahu jawapannya dan kekal misteri sehingga sekarang. Yang aku tahu tempat kejadian adalah berada dalam jajahan 'Hutan Belum' Perak yang penuh dengan kemisteriannya yang tersendiri.

***Sudah 6 tahun berlalu dan sejauh itu jugalah Kakak sulungku meninggalkan kami, berharap anda dapat mendoakan yang terbaik untuk arwah dan sedekahkanlah bacaan ikhlas sebarang sepotong ayat Al-Quran untuk beliau dan semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang bertakwa dan beriman. Dan aku yakin sekali beliau berhak mendapat segala apa yang dijanjikan oleh Allah daripada tanda-tanda yang diperlihatkan. Matinya adalah syahid kecil melawan penyakit maut sebagai dugaan yang hebat untuk beliau.

Al-Fatihah!!

DinBrasco





Friday

Owhh Negeriku Hebat!! (In Contra)

As-Salam...

Angin menderu-deru dan hujan lebat membasahi Alor Setar tatkala 'Pakatan Baju Hijau' sedang berkumpul dan   melaungkan 'isi-isi perjuangan' mereka di Stadium Darul Aman. Aku ingin sekali turut hadir sama, tapi apakan daya aku tak mampu membeli baju hijau tersebut. Inikan baju hijau, baju kuning pon aku tak mampu memilikinya kerana terlalu 'mahal' dan 'suci' dasar perjuangan mereka sedangkan aku ini insan yang hina malah cetek ilmu kerohanian.

Hidup aku hanyalah seperti orang pangge'(orang asli hutan banat), kerana tak menyertai masyarakat sekeliling terutamanya dikampung 'Mini Columbia' 05150 Jalan Putra Alor Setar. Keadaan di kampung 'Mini Columbia' ni amat menyedihkan kerana anak-anak muda disini hidup kegelapan dunia dadah dan dibesarkan sebagai penyamun.

Sambil menikmati nescafe panas dan melayan anak-anak menonton televisyen Astro channel 616, aku terkenangkan negeriku yang terchinta, tanah tumpah darahku. Keadaan dinegeriku jauh lebih baik dari disini.
Negeri-ku, 'Medang Sakti' adalah nama zaman batu bagi 'Kelantan Moden'. Apa yang aku belajar dari pakar sejarah terbilang, Medang Sakti adalah lebih awal dan maju berbanding kerajaan 'Siriwijaya', 'Kedah Tua' dan lain-lain kerajaan awal di rantau Asia Tenggara. Dan sehingga kini jugalah, 'Medang Sakti' adalah negeri paling maju berbanding negeri-negeri lain di Tanah Malaya.

Perubahan nama kerajaan yang bermula sebagai 'Medang Sakti', kemudiannya 'Kilatan Saji' dan seterusnya tinggal 'Kilatan' sebelum dikenali dizaman moden sebagai 'Kelantan'. Kerajaan yang bermula disekitar daerah Dabong ini amat gah dan sejahtera dibawah pimpinan kebanyakkannya yang terkenal adalah wanita, mengalimi beberapa evolusi namanya menandakan bahawa kehebatannya berevolusi semakin maju dan maju.

Alhamdulillah, sejak kejatuhan kerajaan kapitalis 'amenoo' dan digantikan dengan kerajaan Islamik semenjak 80-an, Kelantan semakin menyinar dan telah meletakkannya sebagai negeri termaju di gagasan Malaya.
Anda pasti tidak percaya bahawa  'Medang Sakti'  adalah satu-satunya negeri dimana tiada rakyatnya yang miskin dan tiada satu pun yang layak menerima BRM1 tajaan kerajaan pusat. Hampir semua rakyatnya hidup mewah, berkereta besar, rumah banglo bersebelahan dengan estet-estet mereka sepertimana yang kita lihat berlaku di Dubai. Jika anda tidak percaya, silalah berkunjung kesana.

Beberapa minggu yang lalu aku menerima pelbagai ancaman keras kerana kelancangan aku menulis di Facebook, dimana aku mengeluarkan kenyataan bahawa terlalu sedikit peluang pekerjaan di  'Medang Sakti'  dan negerinya agak miskin. Ramai yang marah dan memaki hamun aku ditika itu. Aku megambil peluang itu untuk balik kesana dan meyiasat kebenaran fakta sebenar, mungkin aku masih lagi menyimpan fakta zaman gelap semasa dalam Jajahan Siam dibawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang.

Aku menemuramah beberapa pekerja bawahan di dua Jajahan, 'Manchester' dan 'New Castle', mengikut kata seorang pengawal keselamatan di dua hospital besar jajahan bahawa gaji mereka adalah sekitar RM4000.00 sebulan dan manakala pekerja bawahan di beberapa pasaraya pula adalah sekitar RM3500.00 sebulan. Owhh tangga gaji itu adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan beberapa negeri disekitar pantai barat Malaysia dalam sektor yang sama. Mungkin sebab itulah juga jarang sekali kita mendengar rakyat 'Medang Sakti' berhijrah kenegeri lain. Boleh dikatakan hampir tiada yang berjihrah keluar, kalau ada pun hanyalah mereka yang mengembangkan sayap perniagaan mereka yang semakin bertambah maju.

Woww ...aku terkesima melihat perubahan yang begitu drastik dari segi kemajuan dan taraf hidup rakyat  'Medang Sakti' . Taraf pendidikan yang tinggi, kadar pengganguran sifar, kadar jenayah juga sifar. Sistem infrastruktur disana juga adalah yang terbaik dirantau Asia Tenggara. Sistem jaringan perhubungan seperti jalanraya, pengangkutatan udara, perkapalan yang mengatasi jiran terdekat negara iaitu Singapura.  'Medang Sakti'  boleh dikatakan sebagai 'Pearl of Malaya' dari segi sektor perindustrian, dimana terlalu ramai pelabur-pelabur asing yang melabur disana dan menyediakan peluang pekerjaan yang besar sehinggakan ramai 'job hunter' dari negeri-negeri berjiran berhijrah ke  'Medang Sakti' .

Apa yang boleh aku katakan..Bravo Pok Nik kerana telah merevolusikan  'Medang Sakti'  menjadi negeri termaju di Malaysia semenjak merampas pucuk pimpinan negeri 25 tahun lalu daripada pemimpin syirik 'amenoo' dan masih kekal sehingga sekarang dan juga tiada cita-cita untuk menurunkan kerusinya kepada anak-anaknya.

Aku begitu silap sekali tentang  'Medang Sakti'  sebelom ini dimana ianya begitu berbeza sekali dengan tempat aku menetap sekarang ini di 'Mini Columbia' Kedah Tua ini. Anda tentu sekali ingin melihat kemajuan dan kesejahteraan  'Medang Sakti'  dengan mata kalian sendiri..silalah berkunjung kesana, tak perlulah ke 'New Castle'  ke 'Jelly' pun anda tentu sudah teruja dan terkesima dimana ianya mengatasi kemajuan ibu kota Malaysia..Kuala Lumpur.

Disini juga aku ingin menyelar beberapa pihak media yang memburuk-burukkan  'Medang Sakti'  dengan berita bohong mengatakan sistem bekalan air adalah begitu teruk sekali disana. Aku sekali lagi dibelakang Pok Nik menyatakan bekalan air di  'Medang Sakti'  adalah terbaik dirantau Asia!! Hasil pakar-pakar kimia anak negeri dan pengurusan yang terbaik,  'Medang Sakti'  membekalkan air bersih yang diambil terus dari punca air gunung dan diproses hampir menyamai kesucian air zam-zam di Kota Mekah.

Negeriku si 'Medang Sakti'  Hebat..begitu Hebat sehinggakan tiada tolok bandingnya di rantau Asia Tenggara ini.

Sebelom berpisah silalah layan "We Will Rock You Medang Sakti"

Sekian.