Friday

How To Drive Fast –Din Brasco Ways…

Assalamualaikum w.b.t semua kawan-kawan! Aku terpanggil untuk menulis ‘entry’ kali ni selepas aku dan keluarga nyaris-nyaris terlibat didalam kemalangan semasa dalam perjalanan balik dari Sungai Petani beberapa hari lepas kerana tayar pecah pada kelajuan tinggi, 160kmj (cukup laju bagi sebuah ‘Viva’).
Namun oleh kerana aku sudah cukup pengalaman hasil berkat ber’main’ motor diawal usia remajaku aku dapat mengelak dan mengatasi situasi yang cemas ini dengan tenang sahaja.Aku ada beberapa tips untuk kawan-kawan bagaimana untuk memandu selaju mungkin melebihi had laju dan selamat. Apa-apa pun pengalaman dan kemampuan anda adalah segalanya!!

1.Mengetahui Tahap Kemampuan Anda
Ini adalah amat penting untuk megetahui tahap kemampuan diri sendiri, ramai kengkawan aku terlibat didalam kemalangan dan kecederaan serius kerana mereka tidak mengambil kira soal ni. Mereka hanya tahu menguji tahap kemampuan sebuah ‘mesin’ sahaja dan mengabaikan kemampuan diri sendiri.
Tanya diri anda! Berapakah kelajuan ideal yang sesuai untuk diri anda? Kebanyakkan orang, kelajuan ideal adalah antara 80-100kmj sahaja bergantung kepada kesihatan dan daya tindakbalas individu. Namun begitu, kelajuan ideal diriku dimana aku dapat mengawal kenderaan dengan baik tanpa mengerah seluruh tenagaku adalah diantara 140-160kmj, dimana aku merasakan seolah-olah sedang memandu pada kelajuan 60kmj sahaja, ‘everything are under control’
Pada kelajuan tersebut aku dapat mengawal stereng, haluan, brek, gear tanpa aku terpaksa bekerja keras. Akan tetapi itu adalah tahap kemampuan aku, bagi korang ianya adalah mu
ngkin begitu berbeza.
Ada satu pepatah lagi..’Alah Bisa Tegar Biasa’..kelajuan maksimum yang pernah aku capai diatas jalan raya Malaysia adalah 299.99kmj yang dicatat menggunakan jentera Hayabusa 1300 dan beberapa jentera lagi dari Mercedes hinggalah motosikal yang telah banyak berjasa kepadaku didalam dunia permotoran iaitu Yamaha 125Z. Jentera-jentera inilah yang mengajar dan mendisiplinkan aku tentang tahap kemampuan diri aku.

2.Mengetahui Tahap Kemampuan Jentera Anda
Apakah tahap kemampuan jentera anda? Disini aku bukanya bertanya tentang nombor terakhir yang tertulis pada speedometer anda, akan tetapi apakah “Tahap Kelajuan Selamat” bagi sesebuah jentera itu tanpa menjejaskan sistem brek, suspension, handling dan sistem keselamatan yang lain dilengkapi untuknya!
Tahap “Kelajuan Selamat” bagi sesebuah jentera adalah berbeza-beza..sebuah Subaru Imprezza dengan sebuah Perodua Kancil adalah jauh berbeda walaupun takat kelajuan maksimum yang tercatat pada speedometer adalah sama iaitu 180kmj!
Sistem keselamatannya juga begitu jauh bezanya! Lagi satu kesalahan biasa yang dilakukan oleh kengkawan aku bila melawat showroom kereta/motosikal, yang dilihat hanyalah tahap kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh jentera itu sahaja tanpa menilai ciri-ciri keselamatan dan kawalan yang lain..cthnya: “Perggh EVO meter dia boleh naik sampai 340kmj …” Adakah anda mampu memandunya ketahap kelajuan itu dengan selamat?? Tidak dinafikan kebiasaanya jentera-jentera nama besar itu sememangnya direka untuk mencapai kelajuan yang tinggi tanpa mengabaikan sistemkeselamatannya jika tidak diubahsuai.
Ok, aku nak beri contoh satu situasi dimana ramai kengkawan aku selalu lakukan kesilapan didalam modifikasi terutamanya geng-geng ‘Mira-wannabe’, Evo-wannabe’…enjin tukar kepada yang lebih berkuasa dan bunyi cess..cess akan tetapi sistem brek masih sama, body stiffness masih sama, So apa guna dapat mencapai kelajuan yang lebih tinggi dengan pantas tetapi membrek macam kura-kura?? Selamatkah anda? Pikir-pikirkan!!
Jika nak melakukan modifikasi…..modified semua sekali laa….tak cukup modal?? Kumpul la dulu dananya..bila dah cukup baru buat. Tak pun kumpul duit bebanyak dan beli terus yang ‘ori’ tak payah wannabe-wannabe nih!! Aku tak mampu beli Subaru, soo aku beli viva je dan memandu viva tersebut mengikut kemampuan yang ada padanya sahaja. Habis cerita!
3. Mengetahui Kemampuan Tayar anda
Haaa..inilah satu aspek penting yang selalu dilupakan! Janji nampak cantik dan sepadan dengan sportrim dan match dengan ruang tayar yang ada pada jentera sahaja tidak mencukupi, ini adalah kesilapan besar!! Tayar juga mempunyai rating dan spesifikasi tertentu bagi memenuhi keperluan anda semua. Tahap beban, kelajuan yang selamat, kaedah penggunaan, kaedah pembuatan dan sebagainya. Bab ini mungkin sedikit panjang dan aku akan cuba sedaya-upaya meringkaskannya tanpa menjejaskan kefahaman anda semua.
Marilah kita mengenal tayar jentera kita;
Rating Beban Tayar;
Rating Tahap Kelajuan Maksima Tayar;
Biasanya ia ditulis sebagai contohnya pada tayar standart viva 155/70 R12 73S, nombor ‘S’ tersebut adalah merujuk kepada tahap kelajuan maksima yang boleh ditanggung oleh sesebuah tayar. Sila rujuk jadual dibawah; Oleh itu, kelajuan maksimum tayar standart yang dilengkapi pada kereta aku adalah 180kmj. Walaubagaimanapun ianya berhubung rapat juga dengan jumlah bebanan dan tekanan angin pada tayardan tarikh luputnya! Selalulah memeriksa keadaan tayar jentera anda sebelum memulakan sesuatu perjalanan tidak mengira dekat atau jauh!
Terdapat juga special tyre rating untuk special machine, W,Y dan juga Z, kebiasaan rating ini untuk kelajuan yang melebihi 300kmj. Selebinya anda boleh merujuk diinternet untuk mendapatkan maklumat lanjut lagi tentang special rating, itu puk kalaulah anda mempunyai jentera-jentera exotic dan harga melebihi jutaan ringgit kerana ‘special rating tyre’ ini adalah sangat mahal.
4.Sela Masa Tindak-Balas
Kita selalu mendengar tentang kaedah ‘dua saat’ semasa memula amik lesen memandu, ini adalah sangat berguna. Namun begitu mengikut kajian lebih terperinci jika kita memandu pada kelajuan 100kmj didalam cuaca yang baik, masa tindakbalas yang diperlukan untuk otak menghantar isyarat kepada anggota badan adalah 2.5 saat pada jarak 225 kaki.
Jika sesuatu berlaku dihadapan kita pada kelajuan 100kmj dan jarak kurang dari itu, peratusan untuk kita mengelak adalah akan berkurangan! Jadi adalah terbaik kita mengamalkan pemanduan defensive yang extensive. Jarakkan jentera anda dengan halangan dihadapan mahupun dibelakang samada dengan memperlahankan kenderaan ataupun memotong halangan dihadapan, aku biasanya akan memotong kenderaan dihadapan dan memecut bagi menjarakkanya sejauh mungkin ataupun mengekalkan kelajuan tetapi menukar lorong yang lebih selamat. Tetapi didalam keadaan cuaca buruk ianya bergantung kepada keadaan permukaan jalan.
Kekadang tidak semestinya memandu perlahan itu selamat, contohnya di highway PLUS kebanyakkan kemalangan adalah berlaku kerana memandu terlalu perlahan terutamanya disebelah kanan. Percayalah, aku telah menyaksikan banyak kemalangan adalah disebabkan oleh si’kura-kura’ yang dilanggar oleh si ‘arnab’. Tetapi si ‘arnab’ dipersalahkan sedangkan si’kura-kura’ adalah punca angkara!
Sebagai langkah keselamatan aku sarankan korang memotong sahaja bila bertemu si kura-kura nih. Kerajaan sepatutnya mengistiharkan juga had kelajuan minimum selain had kelajuan maksimum dijalan-jalanraya high profile nih!!
5.Gangguan
Nasihatku, semasa memandu dengan kelajuan tinggi elakkan memasang sistem audio, menerima panggilan telefon mahupun merokok atau makan/minum kerana ianya akan menggangu sistem tindak-balas badan. Semasa aku belajar mata-pelajaran ‘Sistem kawalan’ di Politeknik, suatu sistem akan terjejas jika salah satu elemen kepada sistem itu dipincangkan!! Ini juga adalah sama dengan sistem kawalan badan, jika telinga terggangu maka mata dan tangan akan terjejas!
Pandangan haruslah tetap dijalanan, perhatikan dan sentiasa membuat perkiraan tentang halangan yang mungkin berlaku dihadapan. Pandang terus kesuatu titik paling jauh dan dengan itu anda pasti akan nampak keseluruhan keadaan jalan diantaranya. Ini adalah satu teknik yang aku belajar dan memerlukan masa yang begitu lama untuk menguasinya.
Aku mendapat teknik ini setelah menonton sebuah filem bertajuk “Bikers Boy” lebih 10 tahun lepas semasa masih aktif berlumba haram. Anda boleh mencuba teknik ini dan ianya amat berkesan bagi mengelakkan kemalangan pada kelajuan tinggi.
6.Kecekapan Kawalan Jentera
Perkara ini adalah amat sukar sekali untuk aku terangkan, kerana ianya adalah tidak diajar di sekolah memandu. Sebagai contohnya jika anda peminat sukan permotoran, perhatikan bagaimana Micheal Schumacher ataupun Valentino Rossi mengawal jentera mereka dilaluan lurus mahupun diselekoh. Intipatinya adalah mereka menggunakan gear yang betul untuk kelajuan yang betul di tempat yang betul!
Bagi pengguna jentera ‘manual’ anda mempunyai begitu banyak kelebihan berbanding dengan pengguna jentera ‘auto’. Apabila berlaku sebarang saat genting, perkara pertama yang harus dilakukan selain menekan pedal brek adalah menurunkan satu atau dua gear dan ini akan menyelamatkan dan memendekkan jarak untuk jentera anda berhenti ataupun bergerak perlahan.
Kepada pengguna jentera ‘auto’ anda tiada pilihan kecuali menekan brek dan berdoa ianya akan berhenti dalam jarak yang anda mahukan! Belilah kereta ‘manual’ gearing untuk kawalan optimum!!! Penggunaan gear dan tekanan brek yang betul juga menyumbang kepada kadar penggunaan minyak,tekanan kepada enjin, tayar dan sistem brek!
Selain itu penggunaan gearing yang betul semasa mengambil selekoh juga akan melancarkan pergerakan semasa dilaluan lurus mahupun selekoh bagi mengelakkan anda tersasar samada understeer ataupun oversteer. Kawallah stereng, gear dan brek sehalus mungkin bagi menjamin keselamatan dan keselesaan yang optimum.Untuk lebih lanjut, silalah nikmati video dibawah nih!
7.Kesimpulan Tersimpul buat masa ini
Masih terlalu banyak lagi informasi yang aku ingin sampaikan, akan tetapi kalau semuanya dinyatakan disini alamatnya aku tak tido sepuluh hari lah jawabnya. Memandu melebihi had laju dengan penuh perhatian pada masa dan tempat yang betul adalah lebih selamat jika kena gayanya.
Apa yang penting pastikan tahap kemampuan anda, tahap ‘kesihatan’ jentera anda dan membina keyakinan diri untuk memecut dijalan-raya secara perlahan-lahan, memandulah dengan penuh ilmu dan pengalaman. Apabila anda yakin dengan kemampuan anda dan jentera anda barulah memecut!! Tidak semua orang dilahirkan seperti Micheal Schumacher, Peter Solber mahupun ‘Mat Rempit Gila’ seperti Valentino Rossi akan tetapi pengalaman yang ditimba secara berterusan akan mengajar anda menjadi pemandu yang sangat cekap.
Aku juga pernah mengalami kemalangan lebih sepuluh tahun lalu pada kelajuan yang tinggi, akan tetapi selepas itu aku bertanya kepada diriku “mengapa aku jatuh??”..dan jawapanya datang satu demi satu dan aku mempertingkatkan kelemahan itu satu demi satu, sehinggalah sekarang aku amat yakin memecut dijalanraya pada kelajuan yang tinggi dengan selamat!
Nasihat-nasihat selainya,
- Never be distract by others things - the focus must be and must stay the road - Never overtake by the left lane - You must be able to hit the brake when you see a car at 100m in front of you - If you are tired slow down - If you think that your car has a problem, slow down - Always check the speed limit of your tires - Always check the pressure of your tires - Don't try to prove that you are Schumacher or Peter Solberg - Don't try to hit the speed limit if you are not an experimented driver (minimum 5 years of experience) Ada beberapa perkara lagi akan bersambung didalam entry yang akan datang….terima kasih kerana membaca blog hampeshhh ini. Thankz!!

3 comments:

sunmelonz said...

tq che din, adakah defensive driving itu pada amnya = mengetahui keupayaan diri sendiri ketika memandu?

MOH KEMBARA said...

Salam Yob Din, alaaa akak buleh baca, tak bape nak faham sebab akak tak drive. Anyway, thanx...article yg berguna utk orang2 yg drive. Btw, memang betoi Msia dah sign MOU nak beli tank Turki yg akan dimodified kat Msia. Entry akak ari ni pasal Kak Ros dpt anugerah!

daihatsu mira l512s said...

yo bro...aku org luar yg bace blog ko
aper yg ko sampaikan tu ada kebenaranya...
aper2 pn aku puji care ko berpikir...
aku pn bawak laju jgk...hehehe