Friday

Owhh Negeriku Hebat!! (In Contra)

As-Salam...

Angin menderu-deru dan hujan lebat membasahi Alor Setar tatkala 'Pakatan Baju Hijau' sedang berkumpul dan   melaungkan 'isi-isi perjuangan' mereka di Stadium Darul Aman. Aku ingin sekali turut hadir sama, tapi apakan daya aku tak mampu membeli baju hijau tersebut. Inikan baju hijau, baju kuning pon aku tak mampu memilikinya kerana terlalu 'mahal' dan 'suci' dasar perjuangan mereka sedangkan aku ini insan yang hina malah cetek ilmu kerohanian.

Hidup aku hanyalah seperti orang pangge'(orang asli hutan banat), kerana tak menyertai masyarakat sekeliling terutamanya dikampung 'Mini Columbia' 05150 Jalan Putra Alor Setar. Keadaan di kampung 'Mini Columbia' ni amat menyedihkan kerana anak-anak muda disini hidup kegelapan dunia dadah dan dibesarkan sebagai penyamun.

Sambil menikmati nescafe panas dan melayan anak-anak menonton televisyen Astro channel 616, aku terkenangkan negeriku yang terchinta, tanah tumpah darahku. Keadaan dinegeriku jauh lebih baik dari disini.
Negeri-ku, 'Medang Sakti' adalah nama zaman batu bagi 'Kelantan Moden'. Apa yang aku belajar dari pakar sejarah terbilang, Medang Sakti adalah lebih awal dan maju berbanding kerajaan 'Siriwijaya', 'Kedah Tua' dan lain-lain kerajaan awal di rantau Asia Tenggara. Dan sehingga kini jugalah, 'Medang Sakti' adalah negeri paling maju berbanding negeri-negeri lain di Tanah Malaya.

Perubahan nama kerajaan yang bermula sebagai 'Medang Sakti', kemudiannya 'Kilatan Saji' dan seterusnya tinggal 'Kilatan' sebelum dikenali dizaman moden sebagai 'Kelantan'. Kerajaan yang bermula disekitar daerah Dabong ini amat gah dan sejahtera dibawah pimpinan kebanyakkannya yang terkenal adalah wanita, mengalimi beberapa evolusi namanya menandakan bahawa kehebatannya berevolusi semakin maju dan maju.

Alhamdulillah, sejak kejatuhan kerajaan kapitalis 'amenoo' dan digantikan dengan kerajaan Islamik semenjak 80-an, Kelantan semakin menyinar dan telah meletakkannya sebagai negeri termaju di gagasan Malaya.
Anda pasti tidak percaya bahawa  'Medang Sakti'  adalah satu-satunya negeri dimana tiada rakyatnya yang miskin dan tiada satu pun yang layak menerima BRM1 tajaan kerajaan pusat. Hampir semua rakyatnya hidup mewah, berkereta besar, rumah banglo bersebelahan dengan estet-estet mereka sepertimana yang kita lihat berlaku di Dubai. Jika anda tidak percaya, silalah berkunjung kesana.

Beberapa minggu yang lalu aku menerima pelbagai ancaman keras kerana kelancangan aku menulis di Facebook, dimana aku mengeluarkan kenyataan bahawa terlalu sedikit peluang pekerjaan di  'Medang Sakti'  dan negerinya agak miskin. Ramai yang marah dan memaki hamun aku ditika itu. Aku megambil peluang itu untuk balik kesana dan meyiasat kebenaran fakta sebenar, mungkin aku masih lagi menyimpan fakta zaman gelap semasa dalam Jajahan Siam dibawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang.

Aku menemuramah beberapa pekerja bawahan di dua Jajahan, 'Manchester' dan 'New Castle', mengikut kata seorang pengawal keselamatan di dua hospital besar jajahan bahawa gaji mereka adalah sekitar RM4000.00 sebulan dan manakala pekerja bawahan di beberapa pasaraya pula adalah sekitar RM3500.00 sebulan. Owhh tangga gaji itu adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan beberapa negeri disekitar pantai barat Malaysia dalam sektor yang sama. Mungkin sebab itulah juga jarang sekali kita mendengar rakyat 'Medang Sakti' berhijrah kenegeri lain. Boleh dikatakan hampir tiada yang berjihrah keluar, kalau ada pun hanyalah mereka yang mengembangkan sayap perniagaan mereka yang semakin bertambah maju.

Woww ...aku terkesima melihat perubahan yang begitu drastik dari segi kemajuan dan taraf hidup rakyat  'Medang Sakti' . Taraf pendidikan yang tinggi, kadar pengganguran sifar, kadar jenayah juga sifar. Sistem infrastruktur disana juga adalah yang terbaik dirantau Asia Tenggara. Sistem jaringan perhubungan seperti jalanraya, pengangkutatan udara, perkapalan yang mengatasi jiran terdekat negara iaitu Singapura.  'Medang Sakti'  boleh dikatakan sebagai 'Pearl of Malaya' dari segi sektor perindustrian, dimana terlalu ramai pelabur-pelabur asing yang melabur disana dan menyediakan peluang pekerjaan yang besar sehinggakan ramai 'job hunter' dari negeri-negeri berjiran berhijrah ke  'Medang Sakti' .

Apa yang boleh aku katakan..Bravo Pok Nik kerana telah merevolusikan  'Medang Sakti'  menjadi negeri termaju di Malaysia semenjak merampas pucuk pimpinan negeri 25 tahun lalu daripada pemimpin syirik 'amenoo' dan masih kekal sehingga sekarang dan juga tiada cita-cita untuk menurunkan kerusinya kepada anak-anaknya.

Aku begitu silap sekali tentang  'Medang Sakti'  sebelom ini dimana ianya begitu berbeza sekali dengan tempat aku menetap sekarang ini di 'Mini Columbia' Kedah Tua ini. Anda tentu sekali ingin melihat kemajuan dan kesejahteraan  'Medang Sakti'  dengan mata kalian sendiri..silalah berkunjung kesana, tak perlulah ke 'New Castle'  ke 'Jelly' pun anda tentu sudah teruja dan terkesima dimana ianya mengatasi kemajuan ibu kota Malaysia..Kuala Lumpur.

Disini juga aku ingin menyelar beberapa pihak media yang memburuk-burukkan  'Medang Sakti'  dengan berita bohong mengatakan sistem bekalan air adalah begitu teruk sekali disana. Aku sekali lagi dibelakang Pok Nik menyatakan bekalan air di  'Medang Sakti'  adalah terbaik dirantau Asia!! Hasil pakar-pakar kimia anak negeri dan pengurusan yang terbaik,  'Medang Sakti'  membekalkan air bersih yang diambil terus dari punca air gunung dan diproses hampir menyamai kesucian air zam-zam di Kota Mekah.

Negeriku si 'Medang Sakti'  Hebat..begitu Hebat sehinggakan tiada tolok bandingnya di rantau Asia Tenggara ini.

Sebelom berpisah silalah layan "We Will Rock You Medang Sakti"

Sekian.

2 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Yob,

Adakah akak masih di Tanah Melayu, yg sudah pupus kemelayuannya?

DINBRASCO said...

Wsalam akak...hehehe satu soalan yang agak susah saya nak jawab...