Wednesday

Laluan Puaka Lebuhraya Timur Barat

As-Salam...

"Dalam entry yg lepas aku menulis secara 'kontra kritis' mengenai negeriku yg terchenta, ini adalah berikutan daripada beberapa ancaman keatas beberapa buah pemikiran aku yg out of box mengenai negeriku yang dikategorikan sebagai miskin. Ramai yang tak faham, dan tidak dapat menerima kenyataan 'Negeri Miskin' dan cuba diputarbelikan dengan hujah-hujah yg tidak kena dengan tajuk dilaman 'mukabuku'. Ya memang rakyat kaya, tapi negeriku memang miskin dari beberapa segi hingga memaksa rakyat keluar mencari kekayaan ibarat seperti 'parasit' dinegeri luar."

Tapi kali ini aku bukannya nak sambung pasal politik, tapi pasal pengalaman 4 dimensi aku, dimana aku akan membawa anda menjengah semula tahun 2006 dimana perkara ini berlaku. It's happen on 1st December 2006 secara tepatnya dan tak dapat aku nak kategorikan entry ni sebagai samada sedih, ngeri, misteri atau ketiga-tiganya sekali, akan tetapi sebelom tu aku nak bawa imbauan beberapa bulan sebelomnya.

Deringan telefon dengan no 09- megejutkan aku dari tidur setelah pulang dari tempat kerja...

'Ehh Mat..mu tok ingat kat aku koo??' Ujar kakaku dalam nada yg agak dalam dihujung talian.

'Ye Kak...ada apa?' Aku balas pendek dlm keadaan kehairanan

'Dok laa..doh lama mu tok balik tengok aku, bakpo gak? Aku ni tok lama doh.....' Kakak sulungku sambung lagi dengan ayat yang tergantung.

Memang aku dah agak lama tak jejak 'Medang Sakti' secara tepatnya Manchester, sejak tiga tahun lalu selepas aku bertunang. Aku terlalu sibuk mengumpul dana untuk melangsungkan perkahwinan kami yang sepatutnya dilangsungkan pada 2004 tapi telah tersasar jauh kerana kegawatan ekonomi setelah aku berhenti kerja kilang dan join pasaraya besar Tesco. I have to start from below again!!

'Takpo laa nanti aku balik' Aku berkata pendek lagi, aku dapat rasakan ada sesuatu terselindung dibalik kata-katanya tuh. Namun aku tak dapat nak duga.

'Nanti balik bawak sekali tunangan-mu tuh...kami adik-kakok ni tok penah tengok pon tunang-mu tuh, kami nok kenal la jugok' Kata kakakku

'Takpo laa..nanti minggu depan aku balik' Ujarku

Disebalik nada perbualan yg agak pilu dan dalam antara kami berdua tuh tersimpan satu derita yg amat berat sekali yang sedang ditanggung aloh kakak sulungku yang tersayang. Dia disahkan menghidap barah payudara yang kritikal. No hope untuk sembuh walaupun dah menjalani beberapa siri kemoterapi dan rawatan yang lain. Tak perlulah aku bercerita panjang pasal ni sebab biarlah ianya menjadi cerita antara kami satu family.


Setelah beberapa hari aku pulang kekampung aku turun dari rumah ke Pulau Mutiara dalam keadaan yang pilu. Tapi sebelom tu kakakku sempat pesan beberapa perkara yang aku masih ingat dan pegang sampai sekarang. Sejak dari hari itu aku sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan, dari segi emosi, kesihatan dan tak lupa juga kenderaan kesayangan aku Yamaha 125ZR dalam keadaan tip-top special modified. 

Beberapa bulan kemudian, pada hari Jumaat 1 December 2006 tepat jam 4.30 petang semasa aku sibuk membahagikan tugasan kepada anak-anak buah aku di tempat kerja, tetiba telefon aku berdering, terpampang nama Iwe (adik aku nombot 8)..

'As-salam be' Mat.....' Suara Iwe tersekat dalam nada sedih..

'Aku dah tahu...nanti aku sekejap lagi aku balik' Aku terus memotong ayat adikku dengan tegas, kerana aku sudah dapat agak apa yang nak diperkatakan oleh adik kecikku itu. 

'Nak simpan pukul berapa?' Aku bertanya

'Lepas maghrib!' ujar Iwe

'Tunggu sampai aku balik' Ujarku..walaupon aku rasa itu hampir mustahil untuk aku sampai tepat pada waktunya. Perjalanan bermotosikal dari Pulau Mutiara ke Kelantan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 jam melalui jalan lama Baling ke Grik dan Lebuhraya Timur Barat. (kerana waktu itu Lebuhraya menghubungkan Baling ke Grik masih dalam pembinaan dan belum dibuka kepada umum)

Aku memanaskan enjin jentera aku, mendapatkan kebenaran dari GM sambil mengenakan jaket kulit jenama Bell yang aku beli dekat 'RoadWalk' (Lorong Kulit). Lengkap dengan glove dan helmet Bell yang dibeli dekat Alor Setar beberapa minggu lepas sambil mencongak-congak kelajuan yang perlu aku pacu untuk sampai sebelom pukul 8 malam. Itu sesuatu yang tak mungkin, 420km dalam masa 3 jam!!! Itu bermakna aku kena maintain 180kmj setelah tolak waktu merentasi kesesakan lalu lintas, rehat isi minyak dan menyejukkan enjin!! Semoga Allah permudahkan perjalanan aku.

Tepat pukul 5 petang perjalanan aku bermula dengan menyusuri Jambatan Pulau Pinang dan mengambil turn' ke BKE Highway menuju ke Baling. Jalan agak sibuk, jadi aku terpaksa bermain-main dengan kelajuan sekejap laju sekejap perlahan. Disingkatkan cerita, setelah melewati jalan Baling ke Grik melalui jalan lama yang berliku-liku aku sampai ke Grik dalam pukul 6.30petang. Agak laju juga pacuan aku kali ni.

Arggh.... bilalah Lebuhraya Baling-Grik ni nak siap! Aku sangat letih kerana menunggang dalam kelajuan tinggi dijalanan kampungan yang teruk. Aku mengisi minyak di Pekan Grik walaupun aku membawa minyak tambahan didalam gelen yang diikat dalam raga motor aku. Aku sebenarnya hanya sehelai sepinggag, satu set tools dan satu gelen minyak sahaja yang dibawa kerana nak mengurangkan beban berat yang mungkin akan menggangu tunggangan aku. Baki perjalanan masih lagi berbaki dekat 200km yang aku harus tempoh dalam masa 1 jam!! Dengan laluan mendaki gunung 3/4 daripada jarak itu.....'Argghhhh boleh ke aku buat ni??'

Matahari sudah pon tergelincir dari paksi dan alam semesta mula menarik tirai senja yang kelam. Burung-burung 'ciak rumah' mula bertenggek diatas talian kabel letrik, rumah-rumah kedai pekan koboi sudah dikunci dan lampu-lampu jalan mula menyala. Keadaan pergunungan dikala malam memang menyeramkan dan sunyi bagi yang tidak pernah mengalaminya. minyak sudah penuh dan aku hanya memenuhkan perut aku yang keroncong dan mengganntikan tenaga adrenalin yang hilang dengan beberapa batang dunhill dan disulam dengan setin RedBull. Aku begitu gelabah sekali bila jam tanggan aku menunjukkan jam 6.55 petang, aku cukup risau jika aku tak sempat sampai kerumah sebelom pukul 8malam, kerana aku tahu Ayah aku takkan tunggu aku sampai bagi menyemadikan Arwah kakaku. Ayah aku cukup tegas dengan waktu dan pendirian.

'200km in one hours...i will make it..i will make it' aku berkata dalam hati, aku harus bergerak lebih laju bagi mengantikan masa terbuang di laluan Baling tadi. Aku mula mendaki Banjaran Titiwangsa, aku lega sekali kerana laluan begitu lengang tanpa kehadiran sebarang kenderaan mahupun manusia. Jalan semakin gelap dan kabus mula menampakkan dirinya, ianya semakin menyukarkan kerana matahari sudah jauh dibelakang aku. Untuk memudahkan tunggangan dalam keadaan gelap aku terpaksa menanggalkan visor Bob Heat original yang aku beli dengan harga yang agak mahal dan delemparkan sahaja ketepi jalan berliku tanpa berhenti detepian jalan kerana hendak menjimatkan masa yang terbuang. Laju dan semakin laju tunggangan aku, satu kilometer mendaki dan aku mula mendapat rentak laluan pergunungan.

Jam sudah menunjukkan 7.20malam setelah aku melewati Tasik banding dan Puncak Titiwangsa dan keadaan pergunungan yang gelap tadi bertukar agak cerah sedikit dengan hadirnya cahaya bulan. Jentera tunggangan aku beraksi dengan baik dalam keadaan kedinginan cuaca mencecah 16 darjah celcius. Aku terus menumpukan perhatian keatas jalan dan setiap selekoh, sebenarnya aku tidak lagi mengikut aturan pembahagian jalan, aku terus 'makan jalan' bertentangan disetiap selekoh kerana ini akan membantu aku untuk terus laju dimana meter RPM aku mencecah kegarisan merah dan meter kelajuan aku telah melewati angka 180kmj beberapa senggat...200kmj dilaluan bengkang bengkok, tidak menjadi masalah buat aku sebenarnya setelah menguasi teknik tunggangan yang aku pelajari dari cerita 'Bikers Boys'. Sudah setengah jam tanpa bertemu dengan sebarang kenderaan dan hidupan ditengah-tengah pergunungan dan penempatan terdekat adalah 100km dihadapan.

Setelah hampir 60km dipergunungan Titiwangsa, masih lagi dijajahan Negeri Perak, Terpampang Signage Hutan Belum disebelah kiri jalan, tiba-tiba tunggangan aku terganggu, keadaan yang agak cerah tadi menjadi agak suram dan hati aku mula berdebar-debar. Aku mula tidak sedap hati dan memperlahankan sedikit kelajuan...

'Apa pulak kali nih!!' Aku semacam bertempik didalam hati, dan tidak mengalihkan sedikit pun pandangan dari jalan.

Namun dalam pada itu aku sempat menjeling dari hujung mata 'scan' keadaan persekitaran, ditepi-tepi jalan, dicelah-celah pergunungan, diatas puncak-puncak bukit kerana aku yakin ada sesuatu yang cuba mengganggu  tumpuan aku.

Celah-celah pergunungan mula disirami cahaya bulan kembali, namun hati aku tetap berdebar-debar.

'Kalau kau betol hebat ko tunjjukkan diri ko!!!" Aku berkata agak perlahan sambil mulut terkumat-kamit menbawa Ayatul -Kursi sambil memerah kembali pendikit dikawasan selekoh laju yang panjang, 

Zaappppss...semasa aku mengambil selekoh sebelah kiri sambil mengiringkan badan, lutut seolah-olah mahu mencecah 'tarmac' dan pandangan aku jauh kedalam selekoh.....keadaan yang agak cerah tadi bertukar menjadi amat-amat gelap sekali. 

'Hah celaka!! Aku langsung tak nampak jalan..lampu jentera aku menyala tapi tidak menerangi. Keadaan sangat kritikal seolah-olah mata aku ditutupi kain hitam dan aku dalam keadaan cukup laju, aku pejamkan mata dan tetapkan mata hati..'Mati aku kali nih' aku meludah kekanan dan menoleh kebelakang sambil nenetapkan kedudukan jentera aku tanpa sedikitpun memperlahankan jentera.......

'Jangan Kacau aku Iblisss!!! Aku bertempik kepada seekor makhluk Allah yang sebesar kapal kontena di Penang port yang duduk mencangkung dimana kangkangnya itu memenuhi seluruh selekoh disebelah kanan aku. Waktu bagaikan terhenti, aku melihat tepat kemata makhluk tadi yang sangat besar dimana badannya dipenuhi bulu lagaknya seperti king-kong, matanya merah menyala ibarat magma muntahan gunung berapi Pinatubo'. Dalam saat genting itu juga aku terukan pembacaan Ayatul-Kursi. (Sukar sekali aku nak gambarkan rupabentuk fizikal makhluk itu kerana hijab mataku bagaikan tertutup dan waktu terhenti, namun begitu matanya yang merah menyala itu memang jelas sekali dan aku ingat sampai sekarang)

Dalam keadaan nyawa dihujing tanduk itu, dalam keadaan hidup dan mati ...aku sekali lagi pejamkan mata dan cuba ingatkan keadaan jalan. (Sebenarnya aku telah menyusuri jalan Lebuhraya Timur Barat lebih dari beberapa ratus kali dan aku boleh ingat hampir semua keadaan jalan, selekoh dan gaung ..tapi semuanya adalah dalam waktu siang dan ini adalah kali pertama aku meredah kegelapan pergunungan). Namun begitu, Allah maha Besar dan manusia itu lebih mulia daripada Jin dan Iblis...aku meneruskan perjalanan dalam keadaan mata separa tertutup. Dengan keadaan angin dingin yang menderu-deru menampar muka aku yang terasa begitu tebal sekali kebekuan. Aku sudah tidak sedar lagi berapa laju tunggangan aku...aku sudah tidak ingat apa-apa lagi selepas itu.

Aku sebenarnya selepas bersemuka dengan makhluk yang besar berbulu dan mata merah menyala itu aku sudah tidak ingat apa-apa lagi. Sedar-sedar sahaja aku sudah berada dihadapan rumahku di Manchester yang dipenuhi oleh jiran tetangga dan kedengaran bacaan Surah-Yassin oleh Qari dan Qariah di kampungku. Aku terus tercelapak disebelah sekujur mayat kakaku dan mencium dahinya dalam keadaan tersenyum dan tanpa setitis air mata. Jam tangan aku menunjukan tepat pukul 8.00 malam. Dalam keadaan aku seolah-olah bermimpi itu aku lihat wajah arwah kakaku seolah-olah dipenuhi peluh dan kelihatan sedikit tersenyum, wajahnya begitu cerah sedangkan sebenarnya beliau agak gelap sedikit. Aku sempat mengerjakan solat sunat dua rakaat (aku pun tak tahu solat sunat apa yang aku kerjakan) sebelom aku dan 3 adik lelaki aku mengusung turun jenazah untuk disemadikan diperkuburan yang berada senggang 40 buah rumah. 

Dapat aku rasakan jenazah begitu ringan sekali semasa aku dan adik lelakiku Iwe' meletakkan beliau didalam liang lahad sedangkan arwah berbadan agak tinggi dan berangka tulang yang besar dan mula menimbus jenazah dengan tanah. Kejadian manusia adalah dari tanah dan kembalinya juga kepada tanah pada usia yang agak muda iaitu 33 tahun meninggalkan 3 orang anak dara yang sangat-sangat kecil dan belom mengerti apa itu kematian.

Persoalan mengenai apakah makhluk yang aku jumpa semalam menjadi pemula bicara aku dengan ayah dan beberapa orang pakcik aku selepas makan tengahari keesokkan harinya sambil mengulung rokok daun di beranda rumah. 'Hantu Raya!!' kata pakcikku dan disokong oleh ayahku sendiri. 'Hantu Raya Tidak Ber-Tuan' sambung seorang lagi pakcikku yang lebih arif tentang dunia dimensi ke-4 dan juga seorang guru Sekolah Pondok Sungai Durian di daerah Kuala Krai. 

Persoalanya sekarang apakah yang berlaku lebih kurang setengah jam selepas aku bersemuka dengan makhluk itu, kerana aku tidak ingat apa-apa selepas itu dan tidak mungkin aku boleh sampai kerumah hanya dalam masa itu sedangkan perjalanan berbaki lagi 140km dan jalan agak sesak di Batu Melintang, Jeli, Bukit Bunga, Tanah merah dan seterunya Manchester menjadi perbualan hangat dengan pelbagai teori dan andaian antara pakcik-pakcik aku dan ayah. Aku sendiri pon tidak tahu jawapannya dan kekal misteri sehingga sekarang. Yang aku tahu tempat kejadian adalah berada dalam jajahan 'Hutan Belum' Perak yang penuh dengan kemisteriannya yang tersendiri.

***Sudah 6 tahun berlalu dan sejauh itu jugalah Kakak sulungku meninggalkan kami, berharap anda dapat mendoakan yang terbaik untuk arwah dan sedekahkanlah bacaan ikhlas sebarang sepotong ayat Al-Quran untuk beliau dan semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang bertakwa dan beriman. Dan aku yakin sekali beliau berhak mendapat segala apa yang dijanjikan oleh Allah daripada tanda-tanda yang diperlihatkan. Matinya adalah syahid kecil melawan penyakit maut sebagai dugaan yang hebat untuk beliau.

Al-Fatihah!!

DinBrasco





6 comments:

eswardihassan said...

terbaik broo,,alhamdililahh diberi peluang merasa sesuatu yg bkn semua org lalui broo,pengalamn terbaik niiii,

MOH KEMBARA said...

Assalamjalaikum Yob Din,

Al-Fatihah utk arwah kekanda Din.
Akak selalu heran, kat Tanah Melayu ni banyak sungguh citer mesteri cam ni. Akak ada alami gannguan tp dlm mimpi jer. Kat Turki tak de citer antu atau gangguan antu/iblis/polong/antu raya , walaupun kubur ada dlm kampong Mr T. heran sungguh!

DINBRASCO said...

As-salam Wadi dan Akak Halima,

Saya pon hairan nape saya banyak alami pengalaman 4 dimensi nih dan pernah bertanya pada mak...dan ade cerita disebaliknya tu sebenarnya dan nanti saya cerita.

Satu lagi memang Tanah Melayu banyak Jin berkampung kat sini dan di gunung Tebu dan Dabong adalah boleh diibaratkan putrajaya bagi mereka. itu adalah maklumat yang saya dapat dari seorang yang lebih pengalaman dan satu lagi adalah kerana struktur kedudukan geography Tanah Melayu itu sendiri yang memang sesuai utk mereka beranak pinak...

MFTAQIYUDDIN said...

Assalamualaikum

Puas baca. Besar kapal Penang Port?Tu dia.Dulu Cik Din ada kongsi cerita ni di Tesco.

Cik Din, boleh saya ambil post Cik Din ni untuk blog seramketakutan saya?

Saya masukkan link ke blog Cik Din sini.

Unknown said...

Pengalaman broo ni menarik..tp alhamdulillah saya lalu setakat ni insha allah xde ape-ape..

Unknown said...

Pengalaman broo ni menarik..tp alhamdulillah saya lalu setakat ni insha allah xde ape-ape..