Monday

Sungguh 'keloloh' orang kita!

As-Salam,

Belom pon sempat aku membuang helmet setelah pulang agak lewat dari kerja dan hanya ada sela masa lebih kurang setengah jam lagi masuknya waktu maghrib, kedua-dua anak-anak aku berlari-lari mendapatkan aku serta memeluk paha aku yang kurus kering hampir saja membuatkan aku rebah.

"Ayah, ayah, ayah bukak lagu Abang gemok" Jerit keduanya.

Aku tersenyum, sungguh kuat pengaruh lagu tarian kuda 'Gangnam Style' yang dibawa oleh PSY. Hinggakan kedua anak aku yang masih dibawah umur pun terpengaruh. Dengan tidak mahu hampakan keduanya aku pun melayan sama video 'Oppa Gangnam Style' versi pertama yang agak 'sopan' yang telah aku muat turun kedalam iPad.

Sewaktu makan tengahari sebelumnya, menjadi perbualan hangat di 'Medan Makan Kak Ani dan Det Tomyam' antara aku dan rakan-rakan kedai kopi sebelah sungai berhadapan Menara Sentosa yang dulunya dikenali sebagai 'AlorRia', bertentangan dengan 'Pekan Rabu' ditengah-tengah Pekan Alor Setar. Medan ini juga adalah tumpuan warga-warga "Goverment Servant" mengisi perut-perut mereka diwaktu pagi dan juga tengaharinya.

"Oppa Gangnam tu maknanya...'Aku Nak Jadi Yahudi' Tegas beberapa rakan-rakan aku dan disokong beberapa kenalan kepada kenalan aku.

"Ni haaa dah ada ustaz hantar mesej habaq lagu tuh, termuncung-muncung seorang kenalan yang lain pulanya menunjukkan mesej di telefon androidnya.

"Berdosa besaq ni dok layan lagu ni!!" Celah lagi seorang.

Aku bertambah pening dan bingung, dan ini bukan masanya untuk aku mencelah. Mereka terus berhujah, hujah demi hujah dan diselangi dengan beberapa hadis mengenai gaya hidup Yahudi & Nasrani.

Aku lagi pening, macamana PSY dikaitkan dengan Yahudi & Nasrani?? Aku terus perhatikan gelagat yang lainya melalui kacamata hitam (polaroid) yang ada 'power' sambil menarik keluar New iPad retina display yang aku baru beli di bulan Ramadhan yang lepas. Sambil mendengar hujah-hujah 'bernas' aku google maps downtown pusat bandaraya Soeul dan 'wiki' perkataan 'Oppa'.

Perlahan-lahan aku letakkan iPad ditengah-tengah 'Persidangan Meja Bulat'

"Kawe ni ngaji sapa' skoloh pondok jah, tok serupo mace' demo', kawe tok tahu laa pasal 'Oppa Gangnam Style' nih.....tapi hok uncle Google kato' Oppa' ni maksud dio 'abe' @ 'incik', panggilan hormat ore-ore' Korea ko ore hok lagi tua dari dio. Cuba tengok peto' nih, 'Gangnam' ni kawasan elit kat Korea nuuu...demo tu ore Korea kato' kawasan ni kawasan samo mace' 'Beverly Hills' di Amareka tu. Maap ko kawe la kalau kawe silap, sebab kawe tok tau punco lagu mano demo katu 'Oppa Gangnam' tu maksud dio 'Kawe Nok jadi Yahudi'!!!!!

Semua diam dan dapat aku perhatikan semua mata tertumpu kat skrin iPad 10inchi tu.......................

Aku TEGASKAN!!! Aku bukanya nak menegakkan atau menghalalkan 'Tarian Kuda ni' cuma aku malu dengan sikap 'keloloh' orang kita yang mudah diperbodohkan dengan khabar angin tanpa merujuk kepada yang lebih ahli dan tahu mengenai sesuatu perkara. Alangkah ruginya orang kita yang hidup dizaman serba canggih tapi tidak tahu menggunakannya dengan betul dan mudah sekali dimanipulasi dengan perkara yang tidak berasas. Bodoh kan???

Sebelom aku pergi lebih lanjut sila lah layan vidoe clip tersebut dan cari dimanakah unsur illuminati Yahudi dan kaitannya dengan perkataan "Aku ingin Jadi Yahudi", sila abaikan atau skip tang punggung menongek tu...



Dah abih layan dah??

Heboh la pulak dilaman sosial Facebook beberapa 'Ulamak-Alamak' dan para 'Ustaz-Ustaz' mengeluarkan fatwa-fatwa betapa haramnya megikuti cara hidup orang-orang Yahudi & Nasara ekoran dari video diatas dan bahayanya pengaruh tersebut yang menular di tanah air kita. "Ulamak-Ulamak Muktabar Facebook" mengecam kepada sesiapa yang menonton video tersebut dan mengikuti perkembangan budaya negara yang hebat dengan pembedahan plastik menukar dari wajah-wajah 'Kimchi' mata sepet kepada wajah 'Angelina Jolie'.

Aku terkedu................................................................................................................................................

Sekali lagi aku tadinya berdiri kini terduduk......betapa kurangnya pemahaman orang-orang muda kita mengenai Islam. Apa kaitan Yahudi & Nasara dengan sebuah negara yang bernama 'Korea'???

Aku bukanlah pakar agama, dan bukan pakar sejarah...tapi bab Geografi aku ada sedikit kepakaran. sebelom aku pergi lebih dalam dalam menghuraikan permasalahan ini aku mintak maaf in advance dan sila betulkan jika silap!!

Dizaman Rasulullah disebut tentang "Musyrikin Mekah", kenapa tidak disebut Yahudi & Nasara?? Apa beza keduanya. Dan kembali kepada konteks Yahudi serta kaitanya dengan kerajaan Korea dimana majoritinya adalah Buddha yang ada unsur Konfusius, Taois dan Shamanisme. Akan tetapi kebanyakkanya adalah Atheis. Lain-lain agama adalah segelumit kecil sahaja peratusannya.

Kenapa dipanggil 'Musyrikin' ini adalah kerana Mekah diwaktu itu adalah dikuasai oleh 'para penyembah Berhala', yaitu bertuhankan selain dari yang Esa termasuk oleh beberapa kerabat Rasulullah sendiri. Habis tu siapa yang kafir??? Keduanya adalah kafir, akan tetapi kekafiran Yahudi & Nasara adalah sedikit 'special' kerana bertuhankan yang Esa juga pada asalnya dan mempunyai Nabi Utusan jika dibandingkan dengah Kafir Harbi para Musyrikin (Anda boleh rujuk kepada para residen ustaz anda untuk mengupas lebih lanjut tentag perkara ini kerana saya rasa saya tidak layak, tetapi anda akan mendapat point yang sama jika berbicara senada dengan saya). So dapat dirumuskan bahawa Masyarakat Korea adalah Musyirikin!!!!! Bukanya Yahudi mahupun Nasara. Ada beza beb!! jika diungkit sehingga keakarnya, jangan jadi 'Deep Rooted Tree' sudah ler!

Sebelom aku merapu lebih jauh dan bertambah dosa setelah tamatnya 'Bulan Penyucian jiwa Ramadhan Al-Mubarak' beberapa minggu lepas ada baiknya aku rumuskan terus hujah aku kali ini.

Oppa Gangnam Style takde kaitan langsung dengan Yahudi mahupun Nasara, ianya adalah sebuah persembahan oleh seorang kafir Musyrik daripada PSY yang berasal dan menetap di Negara Korea Selatan!!!

Jangan Malukan Umat Islam Malaya dengan translation yang merapu dengan mengatakan 'Oppa Gangnam bermaksud Aku Ingin Jadi Yahudi' walaupun aku secara jujurnya tak berkenan dengan tarian lucah tersebut dan jangan sebarkan dakwah tak senonoh da tidak berfaedah malah memalukan umat Islam kerana bila tiba ke pengetahuan masyarakat bukan Islam, umat Islam akan dipermalukan dengan celaan seperti ‘bodoh’ , ‘tak buat kajian’ dan ‘cetek ilmu’.

Negara Yahudi sebesar Amerika Syarikat pun tak pernah ada tempat dengan nama bermaksud “I wanna be Jews”. Seharusnya kita tidak sembrono menyebarkan sesuatu yang memalukan kita umat Islam secara keseluruhan akibat perbuatan dangkal hasil tangan puak-puak tertentu yang belum tentu lagi kita tahu pegangan akidah mereka. 
Apa gunanya Google pada kalian para penyebar semua?







7 comments:

arfandi said...

daripada duk belajar ilmu menari gangnam,alangkah baiknya kalau belajar ilmu mengenal ALLAH,ilmu tentang bersuci,ilmu tentang solat atau belajar cara memandikan dan menyembahyangkan jenazah..kalau ibu-bapa adik meninggal ,boleh juga tolong mandikan dan sembahyangklan usia kkta tak siapa tahu.

kredit dari UAI

DINBRASCO said...

Hahah..maafkan aku Affandi, nampaknya kamu tak dapat point yang sebenar dari entry nih. Point aku adalah betapa keloloh dan mudahnya melatah orang kita Melayu apabila medapat sesuatu perkhabaran terus mengiakannya tanpa usul periksa.

Aku sendiri pon tak kemaruk nak joget kuda nih, baik aku buat senaman harimau, zahir dapat batin pon dapat.

Yang bab belajat ilmu agama tuh memang dah jadi Fardhu Ain. Tak perlu disuruh dah memang kewajiban...

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yob Din,

Tengok sekali video klip Mamat ni, tak tau apa yg best. Selamat hari raya Yob. Lantak deme keloloh!

abahhfiy said...

Hahaha memang lawak bila Parlimen kedai kopi bersidang, Yang tuan speaker pun sua iPad wat pa biaq la depa keluaqkan hujah depa tuh...
mungkin depa ikut iklan TM kut...janji kita bersatu hahaha...
lagi satu...
selain orang kita suka "TENGOK"
orang kita jugak suka "DENGAR"

Dunia Baru said...

kawe sokong ulasan demo bro.....

meme ore kita cpt melatah mcm tu....

benda mcm ni cpt jah bui fatwa..halal haram..siap reko maksud sendiri...

bila bgtau point tajuk tu, nya suruh kita g belajar fardu-ain pulok...adusss...

org nk betulkan tanggapan yg ternyata SALAH tu..bukan kata nk belajar budaya tu...

jem..........

Tu susah ore kita bila terlalu Taksub.....

halal haram boleh main letak jek hukum....

Halal Tetap Halal...Haram pun Tetap Haram..tp jangan kelirukan melayu kita yg mudah sangat tertipu sejak akhir2 ni..

terbaik bro din.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.