Friday

Owhh Negeriku Hebat!! (In Contra)

As-Salam...

Angin menderu-deru dan hujan lebat membasahi Alor Setar tatkala 'Pakatan Baju Hijau' sedang berkumpul dan   melaungkan 'isi-isi perjuangan' mereka di Stadium Darul Aman. Aku ingin sekali turut hadir sama, tapi apakan daya aku tak mampu membeli baju hijau tersebut. Inikan baju hijau, baju kuning pon aku tak mampu memilikinya kerana terlalu 'mahal' dan 'suci' dasar perjuangan mereka sedangkan aku ini insan yang hina malah cetek ilmu kerohanian.

Hidup aku hanyalah seperti orang pangge'(orang asli hutan banat), kerana tak menyertai masyarakat sekeliling terutamanya dikampung 'Mini Columbia' 05150 Jalan Putra Alor Setar. Keadaan di kampung 'Mini Columbia' ni amat menyedihkan kerana anak-anak muda disini hidup kegelapan dunia dadah dan dibesarkan sebagai penyamun.

Sambil menikmati nescafe panas dan melayan anak-anak menonton televisyen Astro channel 616, aku terkenangkan negeriku yang terchinta, tanah tumpah darahku. Keadaan dinegeriku jauh lebih baik dari disini.
Negeri-ku, 'Medang Sakti' adalah nama zaman batu bagi 'Kelantan Moden'. Apa yang aku belajar dari pakar sejarah terbilang, Medang Sakti adalah lebih awal dan maju berbanding kerajaan 'Siriwijaya', 'Kedah Tua' dan lain-lain kerajaan awal di rantau Asia Tenggara. Dan sehingga kini jugalah, 'Medang Sakti' adalah negeri paling maju berbanding negeri-negeri lain di Tanah Malaya.

Perubahan nama kerajaan yang bermula sebagai 'Medang Sakti', kemudiannya 'Kilatan Saji' dan seterusnya tinggal 'Kilatan' sebelum dikenali dizaman moden sebagai 'Kelantan'. Kerajaan yang bermula disekitar daerah Dabong ini amat gah dan sejahtera dibawah pimpinan kebanyakkannya yang terkenal adalah wanita, mengalimi beberapa evolusi namanya menandakan bahawa kehebatannya berevolusi semakin maju dan maju.

Alhamdulillah, sejak kejatuhan kerajaan kapitalis 'amenoo' dan digantikan dengan kerajaan Islamik semenjak 80-an, Kelantan semakin menyinar dan telah meletakkannya sebagai negeri termaju di gagasan Malaya.
Anda pasti tidak percaya bahawa  'Medang Sakti'  adalah satu-satunya negeri dimana tiada rakyatnya yang miskin dan tiada satu pun yang layak menerima BRM1 tajaan kerajaan pusat. Hampir semua rakyatnya hidup mewah, berkereta besar, rumah banglo bersebelahan dengan estet-estet mereka sepertimana yang kita lihat berlaku di Dubai. Jika anda tidak percaya, silalah berkunjung kesana.

Beberapa minggu yang lalu aku menerima pelbagai ancaman keras kerana kelancangan aku menulis di Facebook, dimana aku mengeluarkan kenyataan bahawa terlalu sedikit peluang pekerjaan di  'Medang Sakti'  dan negerinya agak miskin. Ramai yang marah dan memaki hamun aku ditika itu. Aku megambil peluang itu untuk balik kesana dan meyiasat kebenaran fakta sebenar, mungkin aku masih lagi menyimpan fakta zaman gelap semasa dalam Jajahan Siam dibawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang.

Aku menemuramah beberapa pekerja bawahan di dua Jajahan, 'Manchester' dan 'New Castle', mengikut kata seorang pengawal keselamatan di dua hospital besar jajahan bahawa gaji mereka adalah sekitar RM4000.00 sebulan dan manakala pekerja bawahan di beberapa pasaraya pula adalah sekitar RM3500.00 sebulan. Owhh tangga gaji itu adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan beberapa negeri disekitar pantai barat Malaysia dalam sektor yang sama. Mungkin sebab itulah juga jarang sekali kita mendengar rakyat 'Medang Sakti' berhijrah kenegeri lain. Boleh dikatakan hampir tiada yang berjihrah keluar, kalau ada pun hanyalah mereka yang mengembangkan sayap perniagaan mereka yang semakin bertambah maju.

Woww ...aku terkesima melihat perubahan yang begitu drastik dari segi kemajuan dan taraf hidup rakyat  'Medang Sakti' . Taraf pendidikan yang tinggi, kadar pengganguran sifar, kadar jenayah juga sifar. Sistem infrastruktur disana juga adalah yang terbaik dirantau Asia Tenggara. Sistem jaringan perhubungan seperti jalanraya, pengangkutatan udara, perkapalan yang mengatasi jiran terdekat negara iaitu Singapura.  'Medang Sakti'  boleh dikatakan sebagai 'Pearl of Malaya' dari segi sektor perindustrian, dimana terlalu ramai pelabur-pelabur asing yang melabur disana dan menyediakan peluang pekerjaan yang besar sehinggakan ramai 'job hunter' dari negeri-negeri berjiran berhijrah ke  'Medang Sakti' .

Apa yang boleh aku katakan..Bravo Pok Nik kerana telah merevolusikan  'Medang Sakti'  menjadi negeri termaju di Malaysia semenjak merampas pucuk pimpinan negeri 25 tahun lalu daripada pemimpin syirik 'amenoo' dan masih kekal sehingga sekarang dan juga tiada cita-cita untuk menurunkan kerusinya kepada anak-anaknya.

Aku begitu silap sekali tentang  'Medang Sakti'  sebelom ini dimana ianya begitu berbeza sekali dengan tempat aku menetap sekarang ini di 'Mini Columbia' Kedah Tua ini. Anda tentu sekali ingin melihat kemajuan dan kesejahteraan  'Medang Sakti'  dengan mata kalian sendiri..silalah berkunjung kesana, tak perlulah ke 'New Castle'  ke 'Jelly' pun anda tentu sudah teruja dan terkesima dimana ianya mengatasi kemajuan ibu kota Malaysia..Kuala Lumpur.

Disini juga aku ingin menyelar beberapa pihak media yang memburuk-burukkan  'Medang Sakti'  dengan berita bohong mengatakan sistem bekalan air adalah begitu teruk sekali disana. Aku sekali lagi dibelakang Pok Nik menyatakan bekalan air di  'Medang Sakti'  adalah terbaik dirantau Asia!! Hasil pakar-pakar kimia anak negeri dan pengurusan yang terbaik,  'Medang Sakti'  membekalkan air bersih yang diambil terus dari punca air gunung dan diproses hampir menyamai kesucian air zam-zam di Kota Mekah.

Negeriku si 'Medang Sakti'  Hebat..begitu Hebat sehinggakan tiada tolok bandingnya di rantau Asia Tenggara ini.

Sebelom berpisah silalah layan "We Will Rock You Medang Sakti"

Sekian.

Wednesday

Teman Ler Ter..dok kenal koo? Me at a glance..sejarah 18 tahun lalu...hehehe


As-Salam........



  Tadi pi wat keja kat Wisma Darul Aman, penat tak hengat sampai lupa makan minum. Dekat-dekat nak balik tu teman terserempak ngan MB Kedah si Ustak Azizan...ganaih ayor muke deme tu..ganaih. Tapi macm biasak la teman idok ler salute hulur tangan nak salam walaupun kawe napok dio mace nok huluq tangan nok salam...al-maklum laa tangan teman penuh minyak. Kawe senyum jee....senyumm, tak perlu kata apa-apa. Walau dale hati nok jugak tanya.."Boleh menang ka pilihanraya hok nok mari dekat dah ni..." Tapi secara seriusnya aku tok penah respek sangat ngan barisan 'bangsawan politik' mahupon yg ade title datuk-matuk nih, sebabnya rahsia...aku udah lihat banyak benda yg berlaku depan mate aku ni perihal pasal depa nih kononya mulia dimate masyarakat, padahal..haram perangai mcm......teman malaih nak sambung ayat tuh..paham-paham udah lerr


   Udah-udah ler melalut merata, entry teman kali ni mengenai teman "at a glance"...It's me..DinBrasco! Kalau zaman memula IT masuk Malaya, teman pakai nickname Vasilli Zaitsev sebab teman minat giler dok hingat kat lagenda perang dunia ke-dua dari Russia...legendary Russian Sniper yg mengalahkan Sniper dari Jerman. Masa tu die jadi ikan emas Stalin dan bahan propaganda Khrushchev. Namun begitu propaganda depa ni berjaya menghalang kemaraan pihak Jerman di Stalingrad.




Haaa...ensem tak kawe..???.Hehehe...kalau dulu teman bercita-cita nok jadi pegawa tentera, nok jadi sniper terhebat walaupon dah sebelah kaki dah hampir berjaya masa teman diterima masuk ATMA (Akademi Angkatan Tentera), tapi maso tu mak teman idok ler paham sangat pasai benda ni...dia ingat masuk askar biasa..soo dia soh balik....so kerana patuh kat mak..teman pon balik lerrr walau dah dekat dua bulan teman kat akademi tu....


"Jangan nok gatai kerja ngan Kera-jaan" Kata mak teman


Soo sampai sekarang lerrr teman taboo nok kerja kerajaan....tapi la ni teman paham pasai aper mak teman habaq macamtu kat teman....banyak kelemahan dari kebaikan (orang gomen jangan terasa yer...hehehe)


Dek kerana tak berjaya jadi sniper, jadi photographer pon jadik lerrr....Tapi teman ni bukanlah jenih buat duit ngan benda nih...sekadar hobi jeee walaupon ramai yg panggil nok bayor teman jadi wedding photographer depa...soriii wa tarak minat.



Sambil-sambil menaip ni teman dok dengor lagu Adelle life kat Albert Hall, ala.. hall yg Datuk Siti wat konsert pastu paksa habis semua warga Malaya kat London pi dengor konsert dia, nak bagi napok ramai..hahaha. Nyanyi dok taro mano pon. SPM pon failed habis..tapi Berita Tibi Tiga Suku, Berita Hairan dan Utusan Bangladesh dok habag yg dia pass SPM sangat cemerlang!!! Agrregat dia banyak sampai tiga puluh lebih tuh yg buat dia cemerlang, aku ni agrregat single digit ni sikit soo dok berapa cemerlang lerr. Bravo Siti!!! Kahkahkah...


Kawe ni bukan ler minat sangat ngan muzik, tapi tau ler jugok main music sikit-sikit, tapi laa ni haram satu kod pon udah dok ingat...yg ingat mcmna nak cari pitih lebih nok perabih kat kedai gajet elektronik..kihkih.


Gambo kat ataih tu percaya atau idok...gambo maso teman tingkatan 5. Teman satu-satunya yg diberi kebenaran oleh pihak skoloh kawe untuk simpan rambut panjang...hahahaha,...terima kasih cekgu...huhhh!!! Terima kasih cekgu kerana memalukan aku dikhalayak ramai..Terima kasih cekgu yg kata aku tadak masa depan....aku akan ingat jasa-jasa korang sampai mati...ini dendam kesumat aku. Pelajar yg kome kata tadak masa depan nilah yg mengharumkan nama sekolah sampai ke Jepon, yg bodoh ni la jugaklah yg takdan result SPM keluar dah masuk 'U' sedangkan yg lain, yg korang kata cerdik dan baguh sedang terkial-kial dok isi borang UPU.....Aku harap guru-guru anak aku nanti takde lagi paradigma yg mcm guru aku dulu!!

Sekolah ku...


Cer cuba try test teka mana satu teman.....hehehehe...ni maso kat 'U' di Pulau Mutiara..Unibersiti Sayang Menyayang. Memang pon ..dengan rupa paras kehenseman aku berjaya memikat hati wanita..kahkahkahkahka!!!! Dan dengan kehenseman ini jugaklah aku kenal apa itu sihir...owh wanita, kalau dulu aku 70kg berat, dek kerana sihir laa...ni tak sampai pon 50kg. Kesan yg mendalam walaupon dah berapa lama masa berlalu. Teman malaih nak cerita kisah gelap teman yg nih....tunggu ler nanti kalau ade masa nanti teman cerita. Sebab ianya sangat sedih mcm cerita Ibu Mertuaku lakonan P Ramlee.....sedih beb!!


Awai bulan lepaih masa teman balik owhh kelantanku, jengok ayoh teman yg terlantar kat spital Kuala Krai, tetiba teman nampok satu gambo aweks misi yg terpampang kat pintu wad ICU....berderau daroh teman....cinta berputik kembali..hehehe. Kekasih awal dan terakhir....baju kuning ter..hehe. Kalau dulu mak teman sangat berkenan...tapi biasa laa...jodoh ketentuan Ilahi!!

Haaa..ada iras-iras Aziz M Osman tak???....Ni kawe maso muda-mudi, sebeloh teman tu assistan teman. Masa ni teman jadi pengarah seni dan videographer kat Unibersiti Sayang Menyayang nun...soo kepada dslrfag kat luaq sana teman nak habaq mai bahawasanya teman ni bukan baru dlm dunia fotography nih..lama dah, cuma sekarang ni je teman serius sikit walaupon dok berapo serius....

Teman rasa takat ni la dulu merapu-meraban serba sikit mengenai teman...teman takleh nok elaborate banyak-banyak sbb takut nanti takde idea untuk next entry. So entry kali ni mungkin akan jadi headline tuk cerita panjang lebor teman in the next time ...
Ok..kbaiii...

Tuesday

Blog Hapdet...malasnyaa nak taip


As-salam.....



Malasnya aku...



Nak Hapdet blog menjadi begitu masalah bila terlalu banyak idea dan kecelaruan. Ini semua gara-gara ribut politik yg sedang melanda negara sekarang nih. Nak tulih pasai politik nanti orang kata  aku tahi poltik, susah jugak nanti orang label aku lagu tuh. Nak sambung cerita seram malaih la pulok, tapi ada dua tiga lagi pengalaman benor aku...hangpa tunggu sat noooi....nanti aku sambung cerita tuh. Insya-Allah...



Masa naik moto, bawak keta, buat keja, sambil lepak..idea datang mencurah-curah mcm ribut hujan yg melanda Kedah sekarang ni. Dan masa tu jugaklah aku tak bawa pen dan nota nak catit idea tu...hemmm.



Takpe, since aku ada kemera yg boleh rakam video..rasanya ada baik aku rakam jee sambil sembang apa yg aku nak curahkan kat blog..takyah susah-susah nak taip.



Takat ni je la dulu..sambil layan video best nih...(tapi ada sensoreddd sikit jee)



"You're not gonna believe this...iceland..its amazing really.."



Saturday

Aku dan Jembalang UUM

Ini pengalaman benar aku beberapa bulan lepas demi mencari rezeki, sesuap nasi untuk anak-anakku! Ianya berlaku di UUM. Dibangunan Akademik yang sewaktu itu dlm pembinaan.

Aku bekerja sendirian sudah beberapa minggu untuk menyiapkan pemasangan dan testing commisioning dua buah lift yang sangat canggih dibangunan tersebut, aku berulang alik dari Alor Setar ke UUM Sintok seawal 8pagi dan pulang kerumah pada malamnya paling awal pon jam 11 malam. Maklumlah aku tidak berpendidikan tinggi, so aku kena kerja keras untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Pada suatu hari hanya tinggal aku keseorangan ditapak pembinaan tersebut, dimana pekerja kontraks yang lain tidak lagi hadir disana kerana kerja-kerja mereka telah siap sehari sebelomnya. Aku tetap dengan kerja aku yang masih berbaki dan memerlukan beberapa hari lagi untuk 100% complete. Lebih kurang setengah jam sebelom berkumandangnya azan Maghrib suatu kejadian aneh yg mengerikan telah berlaku. Ianya amat mengerikan!!!

Tengah-tengah syok aku dok pasang satu hall call button indicator ditingkat 4 Bangunan Akademik Blok B, aku merasa sangat sejuk dibahagian belakang badanku seolah-olah sebuah peti sejuk yang sangat besar berada dibelakangku.

"Celaka!! Apa 'geruh' aku hari nih?!! (aku berkata dlm hati tanpa memandang kebelakang)

Dengan spontan aku mengundur kebelakang tiga tapak sambil mencucuh sebatang 'Dunhill'. Aku terus menyedut nikotin tanpa banyak bergerak. 'Dunhill' aku sudah hampir separuh batang....dan aku membacakan Ayat Kursi, sambil menoleh kekanan. Dari hujung mata kanan aku cuba menduga apakah yang ada dibelakang aku, kerana aku yakin ada sesuatu....

"Ya Allah!!! Hari ni memang aku celaka!!" (aku bertempik tanpa suara)

Dari hujung mataku aku dapat melihat suatu kelibat....memang ada sesuatu dibelakangku. Namun begitu aku tak tahu apakah dia!

Aku bacakan lagi beberapa kali Ayat kursi sambil mencucuh 'Dunhill' yang kedua. Perasaan ingin tahu aku semakin kuat untuk melihat dengan lebih nyata apakah sebenarnya yang berada dibelakang aku.

Setelah 'Dunhill' yang kedua dah habis aku terus menoleh kebelakang!!!

"Celakalah kamu syaitannnnn!!!!!!!" (Aku bertempik dengan kuat tapi suaraku tak kedengaran)

Memang dengan jelas aku dapat melihat suatu lembaga yang berada tak sampai 3 kaki dibelakang aku! Merenung tepat kat aku. Aku mengalihkan kembali pandangan aku ketempat asal.

"Apakah geruh aku hari nih??!!!" (aku berkata dlm hati sambil mulut kembali terkumat kamit membacakan mentera kependekaran yang aku belajar)

"Dengan Ayat Kursi pon kau tak takut, ko nak apa setannnnn??"

Lebih kurang dua puluh minit berlalu dan lembaga tersebut masih lagi berada dan merenung tepat kat aku. Peluh jantan membasahi seluruh tubuh aku.

Aku tidaklah merasa takut sangat kerana sudah beberapa kali berdepan dengan makhluk halus, akan tetapi bukannya dari spesis ni, so aku agak gentar kerana aku tak tahu apakah kekuatan dan kelemahannya! Aku memang sudah mati akal...Ayat Kursi tak layan...mentera tak makan saman.

"Fitri ada kat Changlun!!" (tetiba baru aku teringatkan sub-contractor aku)

Dengan pantas aku call Fitri...

"Fitri!! Mai tolong aku sat, Aku terperangkap dlm lift blok B! Mai cepat sikit" (tanpa memberi salam aku terus berkata dengan nada yang sangat keras memohon bantuan ...aku tak ceritakan perkara yg sebenar dan terus letak)

Selepas itu aku terus menbaca beberapa lagi mentera...

Tak sampai 10 minit aku mendengar kereta Fitri dan beberapa detik kedengaran bunyi tapak kaki Fitri berlari-lari menaiki tangga ke tingkat 4...

Apabila bunyi tapak kai Fitri semakin dekat...aku terus mengalihkan pandangan kebelakang, kesejukan yang amat sangat tadi terus hilang bersama makhluk tadi....

"Haaa...awat Abang Din?" (Fitri terus bertanya dalam termengah-mengah)

Aku tengok muka Fitri sungguh pucat sekali....aku yakin Fitri dapat menduga yang sebenarnya aku berbohong pasal terperangkap dlm lift dan sesuatu yg lain telah berlaku terhadapku kerana tak pernah aku bercakap dengan kasar terhadapnya.

"Jom teman aku balik!!" (aku hanya berkata sepatah sehingga sampai di Alor Setar)

(korang nak tahu ke apakah makhluk yang berada kat belakang aku tuh????..............)

Monday

"Biniku support Israel...atau support My Family?"

"Ehh Mat, bini mu ni keja kat mana?" Kawanku bertanya

"Dia keja kat KFC" Aku jawab sepatah

"Ehh tadok doh ke keja lain..KFC tu kompeni Yahudi tuh!" Kawanku tegaskan sambil mencucuh Dunhill yg ketiga batang

"Kenapa cakap mcm tuh?" Aku kehairanan

"Berlambak lagi keja lain...kenapa tak cari jee..KFC tuh support Israel beli peluru tembak orang Islam" Tegaskawanku sekali lagi

"Jangan cakap mcm tuh, tak baik...nah 50 hinggit" Aku berkata dan menghulurkan duit sekepin 50 hinggit "Jangan beli rokok tau duit nih!" Aku berkata lagi "Ehh ko dah bagi kat aku..suka hati aku la nak buat apa..hahah" kawanku gelak sambil memasuk duit tadi kedalam poketnya "Kalo mcm tuh ngko pon sama la mcm yahudi Israel!!!" Aku berkata dengan nada kasar "kenapa kasar sangat tuh ko kata kat aku?" Kawanku bertanya dengan nada yg takde nada "Ye laa....KFC Malaysia hantar duit keuntungan share ke Ibu pejabat dunia....terpulang kepada depa la depa nak wat per ngan duit tuh....ada ko boleh habaq kat depa, jangan beli bom k!..boleh ke mcm tuh??? Dan lagi satu..ko duk kutuk bini aku keja KFC, sekurang2nya dia boleh bantu aku... Yang ko ni laki bini tak keja apehal??? Nak beli rokok pon mintak duit ngan aku!!! Dan lagi satu..rokok tu pon keluaran orang Yahudi gak kan??...Ada ko amik port??.... Rezeki kalau ada ataih meja..kalau ko tak angkat tangan suap ke mulut..tak dapat gak rezeki tuh...ko tayah la nak tarbiah aku dan keluarga aku....ko tarbiah ko ngan keluarga ko tu dulu...Kalau ko bodoh jangan bodohkan orang lain!!!!!!!!!"" Dan aku pon berlalu meningalkan orang bodoh sombong...si luncai dan labu2nya dlm kebodohan sombongnya... (panjang lagi nak tulih ni, tapi..biarkan ko fikirkan apa yg ko kata kat aku...ada ko support family aku masa aku susah gaban nak beli susu anak pon takde duit?? Anak aku demam ada ko tolong??? Setakat ni aku sanggup makan nasik ngan kicap je bila takdeduit..tak pernah lagi aku berhutang kerana takde duit) DinBrasco

Thursday

Kenapa Wanita Wajib Menutup Aurat. Kenapa Wanita Wajib Menutup Aurat.

Aku terpanggil untuk menulis perkara nih sbb ramai kenalan FB aku mengutuk dan menyarankan wanita2 diluar sana menutup aurat seperti yang disarankan didalam 'Surah An-Nur ayat 31 dan Surah Al-Ahzab ayat 59. Tapi persoalannya kenapa ianya wajib , tiada sesiapa yang menerangkannya secara terperinci!!! Secara saintifik!!

Kalau refer kepada Surah An-Nur dan Al-Ahzab tadi, ianya menegaskan perintah berpakaian yang sesuai bagi wanita 'beriman' dimana rekabentuknya yang dikenali sebagai 'Jilbab'. Jilbab selain menutupi kepala dan dada ianya juga menutupi lekuk-lekuk anatomi tubuh badan wanita. Akan tetapi jika ber'jilbab' sambil mengenakan pakaian yang ketat disebelah dalam adalah seperti orang yang terkeliru dengan syariat!!

Dipetik dari "Canadian Medical Association jurnal", berpakaian ketat boleh mengakibatkan 'parasthesia' iaitu sensasi mencucuk-cucuk, rasa panas ataupun rasa terbakar pada kulit akibat tekanan pada saraf dibawah kulit.

Akibat memakai pakaian ketat seperti jeans yang ketat ataupun sekarang ni trend 'legging' akan mengakibatkan masalah kesihatan kulit. Kelembapan yang timbul akibat memakai pakaian ketat akan menggalakkan pembiakan bakteria dan terdapat juga beberapa jenis material fabrik yang akan mencetuskan masalah iritasi/alahan kepada si pemakai.

Akan tetapi kenapa WANITA sahaja yang ditekankan?????
Itulah persoalannya......
Ini adalah kerana kulit wanita adalah lebih halus dan nipis berbanding lelaki!!! Ianya juga lebih sempurna dan harus terlindung daripada kerosakkan akibat sinaran UV (ultraunggu). Ahli-ahli dermatology bersepakat mengatakan bagi melindungi tekstur kulit dan mencegah kanser/barah kulit adalah dengan "menghindarkan daripada pendedahan kepada sinaran matahari"...tapi bagaimana??? Jilbab adalah jawapanya!!

Lapisan ozone bumi semakin nipis akibat kerakusan dan revolusi industri oleh manusia-manusia (negara-negara) yang rakus. Akibat penipisan ozone bumi, semakin banyak kuantiti sinaran UV daripada matahari akan sampai ke muka bumi. dan ini akan mampu menyebabkan malapetaka yang dahsyat bagi seluruh umat manusia. Jumlah radiasi dari matahari yang sampai ke bumi mampu meningkatkan insiden kanser kulit, katarak pada mata dan kelemahan daya tahan tubuh. Menurut (EPA) Badan Perlindungan Persekitaran, semenjak 1990, risiko untuk mendapatkan kanser kulit meningkat dua kali ganda.

Dengan memakai Jilbab, wanita bukan sahaja dapat mencerdaskan bangsa sepertimana kajian yang dilakukan mengenai "Teori Gelombang Otak" oleh sahabat saya yang sama-sama satu sekolah di Ipoh, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dimana tesisnya diterima pakai oleh Professor dari Universiti Kabangsaan walaupon beliau ketika itu hanya berumur 16 tahun (beliau adalah pelajar pintar yang sangat genius melebihi jangkauan umur)

Beliau ada mengeluarkan satu teori yang berkaitan dengan kaedah berpakain dan kaitannya dengan gelombang otak. Jika kita (wanita/Lelaki) berpaikain menutupi aurat, maka gelombang Beta yang stabil akan meguasai otak kita, dan sebaliknya jika kita tidak menutupi aurat maka gelombang alpha yang tidak stabil akan menguasai. Apakah relativitinya dengan bangsa yang cerdas?? Apabila gelombang beta yang stabil menguasai hasil kaedah berpakaian yang sempurna, maka otak kita akan lebih stabil dan membuatkan kita lebih mudah berfikir dan membuat pertimbangan. Dan ini akan melahirkan generasi umat manusia yang cemerlang!!!

Aku ada persoalan lagi..macamana nak menghindari sinaran matahari berlebihan jika wanita-wanita diluar sana mengamalkan trend 'minimalist'(serba mau kurang dan tonjol) dalam berpakaian....hehehe..

Wahai wanita...Allah amat sayangkan anda semua....so anda buatlah keputusan anda dalam berpakaian. Adakah anda mahu perpakaian akan tetapi hakikatnya telanjang ataupun benar-benar menutupi aurat anda....anda buat keputusan!!! Pertanyaan ini juga tidak hanya untuk wanita, kita teliti balik adakah semua lelaki diluar sana juga menutupi aurat secara sempurna???

Aku tinggalkan sedikit persoalan diatas agar kita berfikir!! Dan tidak hanya memberatkan sebelah pihak sahaja!

Ini adalah hasil nukilan penulisan yang asli oleh:
Din Brasco

Wednesday

My Journey into Black n White....

Kuala Perlis (My first flickr already full but i have the second account...)
As-Salam..
lama sungguh tak menukilkan sebarang cerita kat sini.....
Saya sebenarnya ada satu blog mengenai photography... http://dinbrascostudio.wordpress.com/
Ada beberapa blog dan web tapi tiada masa nak maintain...ahhh bizi sungguh!! Silalah singgah kat blog tu yeee...

Thursday

Sembang-sembang membawa ke syurga atau ke neraka

Apa itu HUDUD secara berseloroh dan bersahaja tapi intipatinya amat memahamkan. Amat mudah untuk difahami bagi yang jahil ilmu agama....inilah sembang orang yang berilmu.
Ini pula sembang orang yang tak berilmu!! Sembang membawa ke neraka jahanam
sooo anda pilih mana mau......tepuk dada tanya iman..tepuk meja wat sakit je kat kedai kopi!!
Maaf kerana bahasa saya agak kasar...ini kerana saya rasa saya 'berkuasa' untuk menegur dengan 'tangan' dan 'mulut'.....

Wednesday

As-Salam Sudah agak terlalu lama aku tak update blog nih...namun kali ni aku terpanggil untuk post satu video yang aku suka...Ini sebagai satu jihad buat aku untuk menyedarkan saudara pemuda-pemudi tentang dunia hiburan yang melalaikan kat Malaysia

Tuesday

Up n' Down-(My Education)

Assalamualaikum.. Hari aku berpanas terik terkejar-sana, terkejar sini untuk mendapatkan tandatangan dan verification kerja-kerja yang dah siap aku lakukan untuk bulan lepas(February)sampai terlupa pasal ulangtahun kelahiran aku yang kali ke-3x-an dah terlepas beberapa hari, iaitu pada 27 Februari.
Dikala panas terik petang, aku singgah di sebuah gerai tepi jalan yang terpampang banner "Air Nira". Wahh!! bagus juga ni untuk menghilangkan dahaga!! Kalau di Kelantan ianya lebih dikenali "Air Tuak", jangan terkeliru ngan "Tuak Sarawak". Tuak Kelantan adalah Halal dan tidak mabuk!!

Aku pun memesan segelas nira bersama laksa, dan oleh kerana meja yang disediakan adalah terhad, aku pun menumpang disebuah meja yang dipenuhi oleh pelajar-pelajar lelaki Institut Insaniah(Universiti Insaniah). Sambil menikmati laksa dan 'ayak' nira aku mendengar penuh minat apa yang dibualkan oleh para pelajar pelajar nih. Semua yang dibicarakan oleh depa adalah mengenai bab-bab kuliah depa dan kehidupan dunia ilmu penuh Ilmiah. Yadayada..bla..blaa..aku dengar je sambil menyedut ayak' nira. Sambil-sambil aku dok tunduk mengadap laksa, melalui anak mata aku yang tajam aku dapat melihat 'student-student' tu tadi dok jeling aku semacam jeee....yelaa, aku ni dah lah berpakaian selekeh, tangan penuh minyak dan langsung tak 'grooming'. Seraya aku pun bertanya kat depa tuh..

Aku:"Kenapa adik pandang abang mcm tu?"

Para Student:"Ehh..takde lah bang, abang keja? baju, tangan, muka penuh minyak??"

Aku:"Biasala dik kerja,...Alahh..keja biasa-biasa je dik, maklumlah tak belajar tinggi"

Para Student:"Tu la bang ...pelajaran itu amat penting! Baru dapat keja hebat....gaji pun hebat! Baru boleh dapat isteri hebat..hahahha(depa gelak)"

Dalam hati aku: Cehh.selekeh-selekeh aku pun dapat gak bini dari nasab keturunan Nabi Muhammmad...Cik Pah Kedah lagi

Dalam hati aku.."Isshh..bebudak ni nak kena ayat pemati aku nih!"

Aku:"Adik ni abis belajar nanti nak keja apa?"

Depa tak menjawab persoalan aku dan terus mengkritik "Middle Class People/Orang yang tak berpelajaran tinggi"

Selang beberapa ketika, laksa dalam mangkuk aku pun dah habis, depa sambung bertanya kepada aku.

Para Student:"Abang nih dah kahwin ke? Anak berapa?"

Aku:"Dah! Anak dua, sepasang lelaki dan perempuan."

Para Student:"Mesti susah nak bela anak kalau gaji tak cukup banyak...Tengok dalam TV macam-macam masalah berlaku...yadayada.tak pandai bahasa Inggeris....bla..blaa.."

(Depa dok bincang pelbagai permasalahan masyarakat yang berlaku oleh kerana tekanan ekonomi dan masalah sosio-keluarga yang ditayangkan dipelbagai sumber media-massa). Aku dok dengar je, sambil menyedut nikotin. Aku tak mencelah langsung kerana aku nak lihat berapa jauh dan dalam pemikiran 'student-student' mengenai masyarakat Malaysia secara umum dan tahap pendedahan mereka kepada sosio-ekonomi rakyat-rakyat Malaysia. Tup..tap..depa menanyakan soalan seterunya setelah 20-minit depa dok berpidato.

Para Student:"Abang dulu belajar sampai mana (dengan riak muka yang 'Riak')...bla..bla...gaji cukup makan ke?..bla..blaa??

Aku:(Tak mau bagi can dah sebab aku nak ke destinasi seterusnya)"Abang dulu SPM 6-aggregat, semua solid 'A1', abang masuk ATMA-UTM (Computer Engineering)pastu abang keluar sebab Mak tak restu anak dia jadi Pegawai Tentera, pastu abang Masuk USM sampai tahun 2 je sebab 'course' yang membosankan (Boi-Chem), pastu abang masuk lak Polytecnic Ungku Omar dan menjadi 'Best Student' 'Mechanical Enginnering' straight 4-pointer (Semua A+ setiap matapelajaran dan setiap semester. Abang dapat panggilan 'further' study kat UK tapi abang tak pi sebab mak-ayah abang dah tak mampu nak tanggung. Pastu abang dah keja macam-macam dari gaji RM700 hingga 'lima angka', dari berlemuih' dengan minyak sampailah 'Bertali Leher' macam korang pakai skang!" Tapi semua tu tak penting!! Apa yang penting adalah abang dapat hidup selesa dan bahagia dengan anak-anak, pangkat tinggi gaji banyak kekadang tak menjamin kebahagiaan. Allah akan tarik salah satu nikmat jika kita kufur dengan apa nikmat yang 'Dia' telah kurniakan!..bla..bla..yada..yada (aku dok bersyarah kat depa)"

Depa dok melopong!! Dapat aku rasakan bahawa depa tak percaya dengan apa yang aku cakap. Biasalah 'orang kita' mudah untuk menilai kulit daripada menilai isinya. Bagi memecah kebuntuan suasana, aku pun tanya satu soalan.

Aku:"Kenapa adik-adik ni belajar tinggi-tinggi?" (Soalan maut dari aku)

Para Student:"Sebab dah abis nanti senang nak cari kerja!"

Aku:"OooOo..nak dapat kerja pangkat besar la nih! Abang rasa korang dah silap buat tafsiran, Nabi suruh kita belajar tinggi-tinggi sebab nak umat Islam hidup dengan penuh berilmu, bukanya mengharapkan pangkat dan gaji. Dalam lubang kubur benda tu semua tak dibawa masuk, yang dikira adalah apakah amalan yang dilakukan dengan ilmu yang kita ada!!(Aku tak sempat sambung..sebab depa mencelah)"

Para Student:"Abis tu abang nak kami hidup macam abang? (Dengan nada agak keras) Hidup dengan pendapatan yang tak seberapa!"

Budak ni memang sombong giler!!

Aku:"Adik jangan pandang abang takde mata, jangan cakap macam tu, adik tak kenal pun abang ni sapa. Abang memang nampak selekeh, tapi abang bukanya selekeh..abang ni humble!! Kita sesama umat Islam, kita kena respek dan masing-masing saling menghormati(ayat keras tapi dengan nada yang begitu lembut)

Para Student:"Takdelah..kalau betul abang ni berpelajaran tinggi gaji besar tunjukkan bukti!" (Dengan nada yang sinis sekali...untuk menidakkan apa yang aku cakap)

Aku pun godeklah poket baju dan meletakkan slip gaji aku diatas meja! Depa pun usharlah 'pangkat' dan nilai 'RM' yang tertera diatas slip gaji tuh... Dengan serta merta semua bangun dan beredar, kecuali seorang sahaja merenung aku dengan air muka yang bersalah dan berkata

Student 1:"Saya mintak maaf bang, kami sangka abang macam 'brader-brader' yang lain hanya pandai cakap kosong jee"

Aku:Jangan pandang orang berdasarkan 'kulitnya', pandanglah dengan mata hati dan nilai budi-ilmunya!!"

Apalah nak jadi dengan bangsaku sekarang yang selalu menilai seseorang dari luaranya sahaja, Sudah lupakah kita ini hamba Allah yang wajib saling hormat dan menghormati dan menilai seseorang dari hati-budinya!, bukannya dari kereta apa yang dia pakai, bukannya dari baju apa dia pakai, bukannya berapa gajinya sebulan, bukannya apa pangkatnya!!.

Aku termenung seketika walaupun hati aku begitu lapang sekali setelah memberikan satu pengajaran berguna kepada anak-anak muda tersebut.
Sekian..bertemu lagi