Sunday
Monday
Antara Dogma dan Realiti-Part 1
Kesibukan ber Jihad mencari pitih demi membesarkan anak-anak dan isteri telah mencuri begitu banyak masa aku dari terus bekomunikasi secara pasif di blog-blog. Tapi post kali ini tidaklah ingin begitu berjela seperti yang kebiasaan aku berkarya, ianya hanya sekadar sebuah pertanyaan antara dogma dan realiti..
Aku tertarik dengan beberapa isu-isu menarik semasa disepanjang tahun 2012 yang hampir tamat beberapa hari lagi yg dikejutkan dengan berita banjir dari Patai Timur Semenanjung Tanah Melayu.
Isu pertama, Kedatangan seorang Ulama ternama dunia telah datang ke Malaysia dan menyeru rakyat Malaysia mengundi dan memilih seorang pemimpin yang 'Alim'. Lalu aku bertanya apakah maksud 'Alim' yang telah dihiglightkan oleh beliau. Apakah kriteria-kriteria yg dikatakan seseorang itu ALIM?? Pertanyaan aku ini tidak merujuk kepada sebarang partai politik..ianya adalah sebuah pertanyaan umum.
Isu Kedua, pergolakan politik Tanah Melayu begitu meruncing pada hemat aku yang daif mengenai bidang tersebut, dan lahirlah begitu banyak nama-nama yang tidak bisa didengari sebelom ini dan mereka menggelarkan atau digelar diri mereka sebagai 'Ulama'. Dan sekali lagi aku bertanya siapakah Ulama atau Ulamak ini? Apakah key kriteria sebagai Ulama, dan bagaimanakah kelayakkannya untuk mendapatkan gelaran tersebut. Aku sangat daif dalam perihal keagamaan, hanya mendapat pendidikan fardhu-ain yang hanya cukup untuk diri sendiri dan anak-anak sahaja.
Kemuskilan dalam isu yang kedua itu, kalau dirujuk dalam bidang kejuruteraan dimana aku mencari rezeki diatas dasarnya, untuk mendapatkan gelaran 'Ir.' sebagai contoh hendaklah mempunyai ilmu kejuruteraan sekurang-sekurangnya diperingkat Ijazah pertama dan mempunyai pengalaman setara dengannya selama beberapa tahun dan mengelola beberapa projek barulah layak menduduki peperiksaan penilaian samada bertulis atau lisan atau keduanya dan apabila panel penilai berpuashati barulah gelaran'Ir.' tersebut boleh digunapakai. Dalam bidang elektrik badan penilainya adalah Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagai contohnya. Dipendekkan Persoalannya...dari mana datangnya gelaran Ulamak ini, sekadar bertanya secara tulus ikhlas dan terbuka.
Isu Ketiga, Apakah perasan anda ketika berkongsikan fatwa, hadis-hadis rekaan??
Isu Keempat, Kalaulah betul produk perniagaan anda itu sangat mujarab, kenapa ianya tidak diperdagangkan secara runcit pada skala yang lebih besar. Kenapa mesti secara multilevel??? Bukankah keuntungannya dan pasarannya lebih besar secara runcit????
Isu Kelima, Gaza seGazanya, apakah perjuangan mereka atas dasar Islam atau Nasionalisme? Ini persoalan yang agak berat...aku meneliti sejarah Gaza, dan didapati tiada kesepakatan mutlak atas isu ini setelah jatuhnya Kerajaan Turki Utmaniah. Adalah tidak adil kalau kita katakan ianya adalah perjuangan umat Islam semata berdasarkan fakta Gaza juga mempunyai rakyat berugama Kristian, Yahudi dimana mereka bersama-sama berjuang membebaskan Gaza dari cengkaman penjajahan Israel dan disokong oleh bukan sedikit umat ugama lain dari pelosok dunia. Isu ini sebenarnya aku telah draft untuk blog dari tahun lepas lagi tetapi tidak sanggup aku publish kerana takut menggangu perasaan Umat Islam terutama di Tanah Melayu.
Isu keenam, Darwin si beruk. Apakah oleh kerana Charles Darwin megeluarkan teori kejadian manusia dari si beruk maka segala ilmu pengetahuannya dalam bidang pengkelasan tumbuhan dan haiwan diabaikan??? Aku percaya siapa sahaja yang belajar biologi di universiti tentu akan belajar ilmu dari Darwin ini tanpa mengetahui ianya adalah hasil kajian Charles darwin...betul tak? Hehehe....
Isu ketujuh, Musim. Ada musimnya kita memboikot tetapi memilih perkara tertentu yang lebih ringan untuk diboikot. Apa keuntungannya kita memboikot McZ? Ianya adalah bukan makanan ruji kita, persoalan ini selalu bermain didalam pemikiran aku yang korup ini, kenapa tidak kita boikot perkara yang lebih besar impaknya kepada negara Israel?? Intel sebagai contoh. Tanpa intel maka hampir semua perkakasan eletronik tidak dapat berfungsi, intel adalah pengeluar processor terbesar yang membekalkan unit processor kepada segala bentuk industri, perkilangan, komputer, perkapalan, pengangkutan udara, perkhidmatan...bla..blaa...malah eskalator dan lift juga menggunakan unit processor ini. Walaupon ianya sekecil 3mm tanpanya segala tidak dapat berfungsi. Pointnya masyarakat kita memilih benda yang kecil untuk diboikot dan mengabaikan benda yang besar impaknya. Lagi satu pointnya adalah dimana kemampuan teknologi kita umat Islam bagi mengantikan produk-produk dari Israel ini???
Isu Kelapan, Semua salah yahudi. Katanya umat islam ditipu oleh yahudi mengenai sebagai contohnya kambing. Katanya yahudi menipu umat islam tentang bahaya kandungan lemak kolesterol didalam kambing. Tetapi mereka sendiri menikmati daging kambing. Aku tergelak besar dalam perihal ini....kenapakan menyalahkan yahudi? Kalau diri sendiri tidak mahu membaca Hadis-hadis dan Al-Quran???? Hahahahah...semua kesalahan diletakkan keatas mereka.....adakah kalian tidak pernah membaca Al-Quran dalam bahasa ibunda tafsiranya? Tipu daya mereka adalah lemah...tetapi kenapa masih percaya? Banyak perkara yang telah jelas didalam Al-Quran dan hadis-hadis dari Rasulullah tetapi kerana kedangkalan umat islam itu sendiri gagal mempelajarinya maka segala kesalahan diletakkan keatas bahu yahudi...hahahahahahah
Isu kesembilan............nanti bersambung, dan dalam pada itu harap segala kesalahan fakta-fakta diperbetulkan secara berhemah oleh saudara dan saudari. Dan segala jawapan diberikan adalah diharap mudah untuk aku fahami kerana kependekan akal aku ini yang daif maka ayat2 berbunga raya dapat dielakkan. dan diharapkan maafkan aku kerana gaya penyampaian aku kali ini agak drastikal...this is not truly me!
Din Brasco....aku bukan pencacai politik! Aku adalah pemikir yang malas!
Sungguh 'keloloh' orang kita!
Belom pon sempat aku membuang helmet setelah pulang agak lewat dari kerja dan hanya ada sela masa lebih kurang setengah jam lagi masuknya waktu maghrib, kedua-dua anak-anak aku berlari-lari mendapatkan aku serta memeluk paha aku yang kurus kering hampir saja membuatkan aku rebah.
"Ayah, ayah, ayah bukak lagu Abang gemok" Jerit keduanya.
Aku tersenyum, sungguh kuat pengaruh lagu tarian kuda 'Gangnam Style' yang dibawa oleh PSY. Hinggakan kedua anak aku yang masih dibawah umur pun terpengaruh. Dengan tidak mahu hampakan keduanya aku pun melayan sama video 'Oppa Gangnam Style' versi pertama yang agak 'sopan' yang telah aku muat turun kedalam iPad.
Sewaktu makan tengahari sebelumnya, menjadi perbualan hangat di 'Medan Makan Kak Ani dan Det Tomyam' antara aku dan rakan-rakan kedai kopi sebelah sungai berhadapan Menara Sentosa yang dulunya dikenali sebagai 'AlorRia', bertentangan dengan 'Pekan Rabu' ditengah-tengah Pekan Alor Setar. Medan ini juga adalah tumpuan warga-warga "Goverment Servant" mengisi perut-perut mereka diwaktu pagi dan juga tengaharinya.
"Oppa Gangnam tu maknanya...'Aku Nak Jadi Yahudi' Tegas beberapa rakan-rakan aku dan disokong beberapa kenalan kepada kenalan aku.
"Ni haaa dah ada ustaz hantar mesej habaq lagu tuh, termuncung-muncung seorang kenalan yang lain pulanya menunjukkan mesej di telefon androidnya.
"Berdosa besaq ni dok layan lagu ni!!" Celah lagi seorang.
Aku bertambah pening dan bingung, dan ini bukan masanya untuk aku mencelah. Mereka terus berhujah, hujah demi hujah dan diselangi dengan beberapa hadis mengenai gaya hidup Yahudi & Nasrani.
Aku lagi pening, macamana PSY dikaitkan dengan Yahudi & Nasrani?? Aku terus perhatikan gelagat yang lainya melalui kacamata hitam (polaroid) yang ada 'power' sambil menarik keluar New iPad retina display yang aku baru beli di bulan Ramadhan yang lepas. Sambil mendengar hujah-hujah 'bernas' aku google maps downtown pusat bandaraya Soeul dan 'wiki' perkataan 'Oppa'.
Perlahan-lahan aku letakkan iPad ditengah-tengah 'Persidangan Meja Bulat'
"Kawe ni ngaji sapa' skoloh pondok jah, tok serupo mace' demo', kawe tok tahu laa pasal 'Oppa Gangnam Style' nih.....tapi hok uncle Google kato' Oppa' ni maksud dio 'abe' @ 'incik', panggilan hormat ore-ore' Korea ko ore hok lagi tua dari dio. Cuba tengok peto' nih, 'Gangnam' ni kawasan elit kat Korea nuuu...demo tu ore Korea kato' kawasan ni kawasan samo mace' 'Beverly Hills' di Amareka tu. Maap ko kawe la kalau kawe silap, sebab kawe tok tau punco lagu mano demo katu 'Oppa Gangnam' tu maksud dio 'Kawe Nok jadi Yahudi'!!!!!
Semua diam dan dapat aku perhatikan semua mata tertumpu kat skrin iPad 10inchi tu.......................
Aku TEGASKAN!!! Aku bukanya nak menegakkan atau menghalalkan 'Tarian Kuda ni' cuma aku malu dengan sikap 'keloloh' orang kita yang mudah diperbodohkan dengan khabar angin tanpa merujuk kepada yang lebih ahli dan tahu mengenai sesuatu perkara. Alangkah ruginya orang kita yang hidup dizaman serba canggih tapi tidak tahu menggunakannya dengan betul dan mudah sekali dimanipulasi dengan perkara yang tidak berasas. Bodoh kan???
Sebelom aku pergi lebih lanjut sila lah layan vidoe clip tersebut dan cari dimanakah unsur illuminati Yahudi dan kaitannya dengan perkataan "Aku ingin Jadi Yahudi", sila abaikan atau skip tang punggung menongek tu...
Dah abih layan dah??
Heboh la pulak dilaman sosial Facebook beberapa 'Ulamak-Alamak' dan para 'Ustaz-Ustaz' mengeluarkan fatwa-fatwa betapa haramnya megikuti cara hidup orang-orang Yahudi & Nasara ekoran dari video diatas dan bahayanya pengaruh tersebut yang menular di tanah air kita. "Ulamak-Ulamak Muktabar Facebook" mengecam kepada sesiapa yang menonton video tersebut dan mengikuti perkembangan budaya negara yang hebat dengan pembedahan plastik menukar dari wajah-wajah 'Kimchi' mata sepet kepada wajah 'Angelina Jolie'.
Aku terkedu................................................................................................................................................
Sekali lagi aku tadinya berdiri kini terduduk......betapa kurangnya pemahaman orang-orang muda kita mengenai Islam. Apa kaitan Yahudi & Nasara dengan sebuah negara yang bernama 'Korea'???
Aku bukanlah pakar agama, dan bukan pakar sejarah...tapi bab Geografi aku ada sedikit kepakaran. sebelom aku pergi lebih dalam dalam menghuraikan permasalahan ini aku mintak maaf in advance dan sila betulkan jika silap!!
Dizaman Rasulullah disebut tentang "Musyrikin Mekah", kenapa tidak disebut Yahudi & Nasara?? Apa beza keduanya. Dan kembali kepada konteks Yahudi serta kaitanya dengan kerajaan Korea dimana majoritinya adalah Buddha yang ada unsur Konfusius, Taois dan Shamanisme. Akan tetapi kebanyakkanya adalah Atheis. Lain-lain agama adalah segelumit kecil sahaja peratusannya.
Kenapa dipanggil 'Musyrikin' ini adalah kerana Mekah diwaktu itu adalah dikuasai oleh 'para penyembah Berhala', yaitu bertuhankan selain dari yang Esa termasuk oleh beberapa kerabat Rasulullah sendiri. Habis tu siapa yang kafir??? Keduanya adalah kafir, akan tetapi kekafiran Yahudi & Nasara adalah sedikit 'special' kerana bertuhankan yang Esa juga pada asalnya dan mempunyai Nabi Utusan jika dibandingkan dengah Kafir Harbi para Musyrikin (Anda boleh rujuk kepada para residen ustaz anda untuk mengupas lebih lanjut tentag perkara ini kerana saya rasa saya tidak layak, tetapi anda akan mendapat point yang sama jika berbicara senada dengan saya). So dapat dirumuskan bahawa Masyarakat Korea adalah Musyirikin!!!!! Bukanya Yahudi mahupun Nasara. Ada beza beb!! jika diungkit sehingga keakarnya, jangan jadi 'Deep Rooted Tree' sudah ler!
Sebelom aku merapu lebih jauh dan bertambah dosa setelah tamatnya 'Bulan Penyucian jiwa Ramadhan Al-Mubarak' beberapa minggu lepas ada baiknya aku rumuskan terus hujah aku kali ini.
Oppa Gangnam Style takde kaitan langsung dengan Yahudi mahupun Nasara, ianya adalah sebuah persembahan oleh seorang kafir Musyrik daripada PSY yang berasal dan menetap di Negara Korea Selatan!!!
Jangan Malukan Umat Islam Malaya dengan translation yang merapu dengan mengatakan 'Oppa Gangnam bermaksud Aku Ingin Jadi Yahudi' walaupun aku secara jujurnya tak berkenan dengan tarian lucah tersebut dan jangan sebarkan dakwah tak senonoh da tidak berfaedah malah memalukan umat Islam kerana bila tiba ke pengetahuan masyarakat bukan Islam, umat Islam akan dipermalukan dengan celaan seperti ‘bodoh’ , ‘tak buat kajian’ dan ‘cetek ilmu’.
Negara Yahudi sebesar Amerika Syarikat pun tak pernah ada tempat dengan nama bermaksud “I wanna be Jews”. Seharusnya kita tidak sembrono menyebarkan sesuatu yang memalukan kita umat Islam secara keseluruhan akibat perbuatan dangkal hasil tangan puak-puak tertentu yang belum tentu lagi kita tahu pegangan akidah mereka.
Kepada siapa post ni dituju??
Buat masa sekarang ramai yang dok berkongsi dan mengerah orang-orang lain untuk membantu Syria dan Rohingya di Burma. Tapi aku kurang pasti kepada siapa post2 sebegini ditujukan?
Yang berlaku di Syria adalah civil war, manakala di Burma adalah penghapusan etnik oleh kerajaan memerintah.....
Keadaanya adalah amat berbeda jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di Bosnia, dimana melibatkan negara lain menyerang negara lain. Peperangan civil adalah amay menyukarkan untuk kita masuk campur kerana terikat kepada beberapa undang2 perang dunia yang disepakati ramai....
Susah aku nak terang benda ni....tapi satu je aku nak pesan kat kengkawn, jangan menunding jari dekat orang lain jika kita sendiri tak pasti dengan diri sendiri. Jika anda hendak membantu Syria sebagai contoh..silakan kesana ..nak lawan dengan apa?? Keris?..sudah tentu anda sendiri tak pernak pegang senjata kan??? So macamana nak lawan??
Jumlah tentera syria yang pro Bashar sendiri pon jumlahnya melebihi bilanga rakyat negara kita....moh Jihad....Jihad tanpa persediaan maknanya misi bunuh diri beb. Ingat Civil Wars!!!!
Tetiba je aku teringat sejarah perang tel8uk dulu imana beratus2 masyarakat kampung aku bersungguh nak pergi ke Iraq nak membantu Iraq...tapi bila ditanya pernah tak pegang M16?? Sorang pon tak dapat menjawab..sahkan M16...senapang angin pon tak pernah....itupon belom lagi tanya pernah bunuh orang ke tidak!!
Aku disini bukanlah tidak bersimpati dengan Syria dan Rohingya...tapi secara serius aku tak mampu...yang aku mampu hanyalah berdoa untuk keselamatan dan kelangsungan kehidupan mereka..Semogga Allah membantu mereka!!! Amin
Sunday
Pesanan untuk "tahi" Facebook dan Insan Paling Miskin
Peluang telah tersedia
tergantung rezeki dan usaha
manusia telah berjaya
menjadi angkuh diatas dunia
Tidur bertilamkan wang
bermimpikan kemewahan
baju Itali tak terpakai lagi
sepatu berjenama berguni-guni
Tabungan melimpah-limpah
harta bercambah
masih lagi ditambah
untuk bermegah-megah
Antara ikhlas bersedekah
wajarkah dihujah?
dermawan publisiti murahan tegar
biarpun tuhan marah
Mahukah kamu,
bila nanti dikafan dengan wang
bersama hak saudaramu
lalu menghadap tuhan sebagai insan paling miskin??
Tuesday
Parti cap keris dan beruk dalam sangkar
Aku teringin sekali menulis mengenai pandangan dari kacamata gelap aku secara nyata tentang politik Tanah Melayu dizaman sekarang. Tapi aku pendam dalam-dalam takut disalah ertikan oleh sahabat-sahabat dan keluarga terdekat.
"Hang ni aku tengok dua-dua hang sokong dan dua-dua jugak hang tentang, hang ni munafik ka apa?" Ujar sahabat aku yang berkhidmat di jabatan 'gomen' di Kedah Tua, memecahkan lamunan aku.
"Awat kata lagu tuu..berat benar tuh, Aku ni bukan munafik. Salah kah kalau aku tentang dua-dua? Sebab aku rasa dua-dua tak betoii!!" Aku jawab dengan mudah.
Diatas tu adalah contoh skrip wajib bila aku berbicara soal politik dan pandangan aku dalam politik dengan fanatik-fanatik "Partai Bulan Purnama dan Bulan Sabit Mata Dajjal". Dan ramai yang ragu dan keliru dengan pegangan aku....laaa hangpa nak ragu keliru dengan pegangan politik aku nak buat apa?? Cukup hangpa tau aku ni Muslim Melayu sudahlah!!
Aku sudah lama bercita-cita nak menubuhkan Partai Cap Keris, tapi timbul la pulak isu keris tu lambang Assobiyah melayu..pulak dah!! Dah aku memang melayu darah pendekar, lantak pi la aku nak boh lambang apa pun. Yang hangpa dok bising-bising pasai apa?? Yang kat Mesir tu Ukhwanul Muslimin pakai lambang Partai Cap Dacing tu tadak sapa lak nak komplain...!!
inilah sebabnya aku tak suka bercakap pasal politik secara terang dalam alam maya...
Saturday
Makan Pasir....
Disuatu malam yang hening selepas Isyak, Bro Din telah beberapa minggu merayau-rayau di Muar mencari pekerjaan setelah 'di-tamat'kan terlebih awal dari pengajian kerana terlalu genius. Dia menumpang disebuah keluarga kecil yang diketuai oleh seorang 'Tok Kadi' Tua dipinggir pekan Muar bertentangan dengan Masjid Muar. Masjidnya indah sekali dipinggiran sungai yang mengalir lesu....
"Apa betul engkau serius nak kahwin dengan anak aku?"
Suara yang agak tinggi tetapi penuh lemah lembut, Tok Kadi Tua itu tiba-tiba memecah lamunan Bro Din yang sedang membelek-belek 'The Star', bahagian tengah yang amat diminati oleh penggangur kehormat. Iklan jawatan kosong!.
"Saya serius..."
Bro Din menjawab pantas tanpa banyak berfikir...sambil tersenyum seperti kerang busuk.
"Kalau engkau betol serius, malam ni jugak aku boleh nikahkan kamu berdua!"
Kadi Tua itu menyambung kata-katanya......tiba-tiba satu suara yang agak halus kedengaran dari dapur...
"Engkau nak bagi anak aku makan apa?..Pasir????
Suara halus tadi memecah kosentrasi antara Kadi Tua tadi dan bakal menantunya.....penggangur kehormat.
Pada keesokkan harinya sebelom subuh, Bro Din terpaksa meninggalkan keluarga kecil Kadi Tua tadi dan buah hatinya dalam secara senyap-senyap dengan hati yang berat dan penuh dendam kesumat kepada empunya badan 'suara halus'....
15 tahun sudah berlalu...Bro Din pun sudah ketemu jodoh yang lain...dan dalam pada itu juga Bro Din Makan pasir.................................caihh
Back to the main point....kepada ayah-ayah, wali-wali janganlah kalian serahkan tugas kalian sebagai 'WALI' kepada perempuan-perempuan, bini-bini kalian. Kerana senario sebegini begitu berleluasa diluar sana...
Tak percaya???? nanti kalau anda ada kesempatan, sils-silalah ikut rombongan meminang dan anda pasti tau sapa yang lebih banyak bercakap dan terlebih mulut semasa majlis itu..........
Wassalam..takmo banyak cakap, nanti kena cili ngan mak-mak diluar sana..kbaiiiii
Friday
Melayu...Melayu kah Aku & Dimanakah Kemelayuannya??
Sambil-sambil dok menaip ni aku dok layan 'Smooth Criminal' Moonwalker edition dari arwah Micheal Jackson yang perasan dia tu 'omputih', tapi tang mana ke-'omputihannya' tuh? Arwah sanggup berhabis jutaan dollar menukar warna kulit dan struktur biologi fizikalnya supaya sama dan boleh diterima oleh 'omputih'. serius gila kan?? Tinggalkanlah dia bersama sejarahnya tuh dan semoga arwah dicucuri rahmat Allah.
Aku sebenarnya telah mengarang 5000 patah perkataan untuk entry kali ni, dan selepas di'review' oleh editor, ianya terpaksa dibatalkan penerbitannya demi menjaga sesitiviti kaum Melayu yang sememangnya amat-amat sensitif dengan isu-isu yang semacam ini. Aku pun Melayu jugak, yang bezanya aku bukan Melayu tipikal..aku lebih terbuka dan tidak beremosi dalam hal-hal yang sebegini.
Beberapa tahun yang lepas aku ada beberapa kali berdebat dengan seorang 'kiasu' yang juga berfikiran terbuka mengenai perihal bangsa. Kami sepakat bahawa didunia ini hanya ada tujuh bangsa utama pecahan umat Nabi Nuh a.s setelah bahteranya itu tersadai di Bukit Ararat (Turki). Arab, Aryan, Bani Israel, Negro, Celtic, Yunani dan Rom..Tujuh sahaja..soo tang mana wujudnya Bangsa Melayu nih?? Aku pon pelik jugak mengenai perihal nih..atau memang 'Melayu' ni tak terkena tempias Banjir Besar Nabi Nuh? Tak mungkin, rasanya Al-Quran dah habaq bahawa seluruh Dunia tenggelam. Wallahuallam...aku pon tak pasti sebab aku bukan pengkaji Al-Quran yang layak.
Akan tetapi, seorang saintis Jerman yang namanya 'Johann Friedrich Blumenbach' pada tahun 1795 dalam kajian antropologynya menambah 5 lagi suku bangsa utama, dari tujuh menjadi dua belas kesemuanya. Caucasian(omputih), Ethopian, Native American, Mongolian dan yang terakhirnya sekali mesti buat korang suka tak terhingganya.....Malay!!
Beliau mengambarkan bangsa Malays ni melalui warna kulit seperti dibawah nih...
Namun begitu, yang 5 baru tambah tu adalah evolusi dari yang tujuh tu jugak! Banyak pendapat dan hipotesis mengatakan Melayu adalah evolusi atau pecahan dari Yunani...emmm, masa aku belajar sejarah sekolah menengah cikgu aku pun kata gitu jugak..aku pun tak pasti sangat sebab banyak ponteng kelas pergi tolong Mak & Ayah menoreh getah. Mungkin aku tersilap dengar. Maklumlahh anak penoreh getah dan tak cukup kelulusan untuk keluarkan fakta dan hipotesis...auta boleh laaa..hahaha.
Dan ramai juga percaya melayu adalah salah satu dari sembilan pecahan bangsa Bani israel yang Hilang. (Mungkin jugak..mungkin oleh sebab tu kot ramai pemimpin negara yang memimpin mahu pun terpimpin cuba mendekatkan diri dengan Bani Zionist).. Sekali lagi Wallahuallam!! Dan ada juga percaya Melayu adalah keturunan 'Keturah', salah satu isteri Nabi Ibrahim..yang diberi nama Bani Jawi..Jawa ke Jawi aku tak pasti..dan sekali lagi Wallahuallam!! Sebab mengikut apa yang tertulis dalam Bible yang aku penah baca..
Aku terasa amat pening dan memeningkan, setelah ditapis oleh editor aku back to the point yang tak berapa straight. Aku hairan dan haram memikirkan kenapa bangsa-bangsa 'Aryan' Alli Kutty Mamak Keling kat Malaya ni pon kata depa tu pon Melayu! Tang mana kemelayuannya tuh? Tang Namanya kah, Tang Agamanya kah? Kalau tang kulit dengan bahasa kegunaan seharian memang sikit pon tak kena garis. Semasa aku bermastautin di Pulau Mutiara, mereka inilah yang paling banyak sebut perkataan MELAYU. Dari Pemimpin Negara hinggalah rakyat marhain..puak-puak nilah yang acap kali miniti dibibir mereka perkataan MELAYU jauh lebih banyak berbanding orang-orang Melayu yang asli.
Bukan mereka saja yang mengaku Melayu, pada zaman Masur Syah pemerintah Melaka, Han Too Ah, Han Jee Fatt, Han Lee Ker dan Han Lee Kiew pun mengaku Melayu..tinggal Kasturi sorang je memang sah ketulenan Ke-Melayu-annya. Han Too Ah dengan bangganya berkata dan memang femes kata-katanya itu:
Wednesday
Laluan Puaka Lebuhraya Timur Barat
"Dalam entry yg lepas aku menulis secara 'kontra kritis' mengenai negeriku yg terchenta, ini adalah berikutan daripada beberapa ancaman keatas beberapa buah pemikiran aku yg out of box mengenai negeriku yang dikategorikan sebagai miskin. Ramai yang tak faham, dan tidak dapat menerima kenyataan 'Negeri Miskin' dan cuba diputarbelikan dengan hujah-hujah yg tidak kena dengan tajuk dilaman 'mukabuku'. Ya memang rakyat kaya, tapi negeriku memang miskin dari beberapa segi hingga memaksa rakyat keluar mencari kekayaan ibarat seperti 'parasit' dinegeri luar."
Tapi kali ini aku bukannya nak sambung pasal politik, tapi pasal pengalaman 4 dimensi aku, dimana aku akan membawa anda menjengah semula tahun 2006 dimana perkara ini berlaku. It's happen on 1st December 2006 secara tepatnya dan tak dapat aku nak kategorikan entry ni sebagai samada sedih, ngeri, misteri atau ketiga-tiganya sekali, akan tetapi sebelom tu aku nak bawa imbauan beberapa bulan sebelomnya.
Deringan telefon dengan no 09- megejutkan aku dari tidur setelah pulang dari tempat kerja...
'Ehh Mat..mu tok ingat kat aku koo??' Ujar kakaku dalam nada yg agak dalam dihujung talian.
'Ye Kak...ada apa?' Aku balas pendek dlm keadaan kehairanan
'Dok laa..doh lama mu tok balik tengok aku, bakpo gak? Aku ni tok lama doh.....' Kakak sulungku sambung lagi dengan ayat yang tergantung.
Memang aku dah agak lama tak jejak 'Medang Sakti' secara tepatnya Manchester, sejak tiga tahun lalu selepas aku bertunang. Aku terlalu sibuk mengumpul dana untuk melangsungkan perkahwinan kami yang sepatutnya dilangsungkan pada 2004 tapi telah tersasar jauh kerana kegawatan ekonomi setelah aku berhenti kerja kilang dan join pasaraya besar Tesco. I have to start from below again!!
'Takpo laa nanti aku balik' Aku berkata pendek lagi, aku dapat rasakan ada sesuatu terselindung dibalik kata-katanya tuh. Namun aku tak dapat nak duga.
'Nanti balik bawak sekali tunangan-mu tuh...kami adik-kakok ni tok penah tengok pon tunang-mu tuh, kami nok kenal la jugok' Kata kakakku
'Takpo laa..nanti minggu depan aku balik' Ujarku
Disebalik nada perbualan yg agak pilu dan dalam antara kami berdua tuh tersimpan satu derita yg amat berat sekali yang sedang ditanggung aloh kakak sulungku yang tersayang. Dia disahkan menghidap barah payudara yang kritikal. No hope untuk sembuh walaupun dah menjalani beberapa siri kemoterapi dan rawatan yang lain. Tak perlulah aku bercerita panjang pasal ni sebab biarlah ianya menjadi cerita antara kami satu family.
Friday
Owhh Negeriku Hebat!! (In Contra)
Angin menderu-deru dan hujan lebat membasahi Alor Setar tatkala 'Pakatan Baju Hijau' sedang berkumpul dan melaungkan 'isi-isi perjuangan' mereka di Stadium Darul Aman. Aku ingin sekali turut hadir sama, tapi apakan daya aku tak mampu membeli baju hijau tersebut. Inikan baju hijau, baju kuning pon aku tak mampu memilikinya kerana terlalu 'mahal' dan 'suci' dasar perjuangan mereka sedangkan aku ini insan yang hina malah cetek ilmu kerohanian.
Hidup aku hanyalah seperti orang pangge'(orang asli hutan banat), kerana tak menyertai masyarakat sekeliling terutamanya dikampung 'Mini Columbia' 05150 Jalan Putra Alor Setar. Keadaan di kampung 'Mini Columbia' ni amat menyedihkan kerana anak-anak muda disini hidup kegelapan dunia dadah dan dibesarkan sebagai penyamun.
Sambil menikmati nescafe panas dan melayan anak-anak menonton televisyen Astro channel 616, aku terkenangkan negeriku yang terchinta, tanah tumpah darahku. Keadaan dinegeriku jauh lebih baik dari disini.
Negeri-ku, 'Medang Sakti' adalah nama zaman batu bagi 'Kelantan Moden'. Apa yang aku belajar dari pakar sejarah terbilang, Medang Sakti adalah lebih awal dan maju berbanding kerajaan 'Siriwijaya', 'Kedah Tua' dan lain-lain kerajaan awal di rantau Asia Tenggara. Dan sehingga kini jugalah, 'Medang Sakti' adalah negeri paling maju berbanding negeri-negeri lain di Tanah Malaya.
Perubahan nama kerajaan yang bermula sebagai 'Medang Sakti', kemudiannya 'Kilatan Saji' dan seterusnya tinggal 'Kilatan' sebelum dikenali dizaman moden sebagai 'Kelantan'. Kerajaan yang bermula disekitar daerah Dabong ini amat gah dan sejahtera dibawah pimpinan kebanyakkannya yang terkenal adalah wanita, mengalimi beberapa evolusi namanya menandakan bahawa kehebatannya berevolusi semakin maju dan maju.
Alhamdulillah, sejak kejatuhan kerajaan kapitalis 'amenoo' dan digantikan dengan kerajaan Islamik semenjak 80-an, Kelantan semakin menyinar dan telah meletakkannya sebagai negeri termaju di gagasan Malaya.
Anda pasti tidak percaya bahawa 'Medang Sakti' adalah satu-satunya negeri dimana tiada rakyatnya yang miskin dan tiada satu pun yang layak menerima BRM1 tajaan kerajaan pusat. Hampir semua rakyatnya hidup mewah, berkereta besar, rumah banglo bersebelahan dengan estet-estet mereka sepertimana yang kita lihat berlaku di Dubai. Jika anda tidak percaya, silalah berkunjung kesana.
Beberapa minggu yang lalu aku menerima pelbagai ancaman keras kerana kelancangan aku menulis di Facebook, dimana aku mengeluarkan kenyataan bahawa terlalu sedikit peluang pekerjaan di 'Medang Sakti' dan negerinya agak miskin. Ramai yang marah dan memaki hamun aku ditika itu. Aku megambil peluang itu untuk balik kesana dan meyiasat kebenaran fakta sebenar, mungkin aku masih lagi menyimpan fakta zaman gelap semasa dalam Jajahan Siam dibawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang.
Aku menemuramah beberapa pekerja bawahan di dua Jajahan, 'Manchester' dan 'New Castle', mengikut kata seorang pengawal keselamatan di dua hospital besar jajahan bahawa gaji mereka adalah sekitar RM4000.00 sebulan dan manakala pekerja bawahan di beberapa pasaraya pula adalah sekitar RM3500.00 sebulan. Owhh tangga gaji itu adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan beberapa negeri disekitar pantai barat Malaysia dalam sektor yang sama. Mungkin sebab itulah juga jarang sekali kita mendengar rakyat 'Medang Sakti' berhijrah kenegeri lain. Boleh dikatakan hampir tiada yang berjihrah keluar, kalau ada pun hanyalah mereka yang mengembangkan sayap perniagaan mereka yang semakin bertambah maju.
Woww ...aku terkesima melihat perubahan yang begitu drastik dari segi kemajuan dan taraf hidup rakyat 'Medang Sakti' . Taraf pendidikan yang tinggi, kadar pengganguran sifar, kadar jenayah juga sifar. Sistem infrastruktur disana juga adalah yang terbaik dirantau Asia Tenggara. Sistem jaringan perhubungan seperti jalanraya, pengangkutatan udara, perkapalan yang mengatasi jiran terdekat negara iaitu Singapura. 'Medang Sakti' boleh dikatakan sebagai 'Pearl of Malaya' dari segi sektor perindustrian, dimana terlalu ramai pelabur-pelabur asing yang melabur disana dan menyediakan peluang pekerjaan yang besar sehinggakan ramai 'job hunter' dari negeri-negeri berjiran berhijrah ke 'Medang Sakti' .
Apa yang boleh aku katakan..Bravo Pok Nik kerana telah merevolusikan 'Medang Sakti' menjadi negeri termaju di Malaysia semenjak merampas pucuk pimpinan negeri 25 tahun lalu daripada pemimpin syirik 'amenoo' dan masih kekal sehingga sekarang dan juga tiada cita-cita untuk menurunkan kerusinya kepada anak-anaknya.
Aku begitu silap sekali tentang 'Medang Sakti' sebelom ini dimana ianya begitu berbeza sekali dengan tempat aku menetap sekarang ini di 'Mini Columbia' Kedah Tua ini. Anda tentu sekali ingin melihat kemajuan dan kesejahteraan 'Medang Sakti' dengan mata kalian sendiri..silalah berkunjung kesana, tak perlulah ke 'New Castle' ke 'Jelly' pun anda tentu sudah teruja dan terkesima dimana ianya mengatasi kemajuan ibu kota Malaysia..Kuala Lumpur.
Disini juga aku ingin menyelar beberapa pihak media yang memburuk-burukkan 'Medang Sakti' dengan berita bohong mengatakan sistem bekalan air adalah begitu teruk sekali disana. Aku sekali lagi dibelakang Pok Nik menyatakan bekalan air di 'Medang Sakti' adalah terbaik dirantau Asia!! Hasil pakar-pakar kimia anak negeri dan pengurusan yang terbaik, 'Medang Sakti' membekalkan air bersih yang diambil terus dari punca air gunung dan diproses hampir menyamai kesucian air zam-zam di Kota Mekah.
Negeriku si 'Medang Sakti' Hebat..begitu Hebat sehinggakan tiada tolok bandingnya di rantau Asia Tenggara ini.
Sebelom berpisah silalah layan "We Will Rock You Medang Sakti"
Wednesday
Teman Ler Ter..dok kenal koo? Me at a glance..sejarah 18 tahun lalu...hehehe
As-Salam........
Tadi pi wat keja kat Wisma Darul Aman, penat tak hengat sampai lupa makan minum. Dekat-dekat nak balik tu teman terserempak ngan MB Kedah si Ustak Azizan...ganaih ayor muke deme tu..ganaih. Tapi macm biasak la teman idok ler salute hulur tangan nak salam walaupun kawe napok dio mace nok huluq tangan nok salam...al-maklum laa tangan teman penuh minyak. Kawe senyum jee....senyumm, tak perlu kata apa-apa. Walau dale hati nok jugak tanya.."Boleh menang ka pilihanraya hok nok mari dekat dah ni..." Tapi secara seriusnya aku tok penah respek sangat ngan barisan 'bangsawan politik' mahupon yg ade title datuk-matuk nih, sebabnya rahsia...aku udah lihat banyak benda yg berlaku depan mate aku ni perihal pasal depa nih kononya mulia dimate masyarakat, padahal..haram perangai mcm......teman malaih nak sambung ayat tuh..paham-paham udah lerr
Udah-udah ler melalut merata, entry teman kali ni mengenai teman "at a glance"...It's me..DinBrasco! Kalau zaman memula IT masuk Malaya, teman pakai nickname Vasilli Zaitsev sebab teman minat giler dok hingat kat lagenda perang dunia ke-dua dari Russia...legendary Russian Sniper yg mengalahkan Sniper dari Jerman. Masa tu die jadi ikan emas Stalin dan bahan propaganda Khrushchev. Namun begitu propaganda depa ni berjaya menghalang kemaraan pihak Jerman di Stalingrad.

Haaa...ensem tak kawe..???.Hehehe...kalau dulu teman bercita-cita nok jadi pegawa tentera, nok jadi sniper terhebat walaupon dah sebelah kaki dah hampir berjaya masa teman diterima masuk ATMA (Akademi Angkatan Tentera), tapi maso tu mak teman idok ler paham sangat pasai benda ni...dia ingat masuk askar biasa..soo dia soh balik....so kerana patuh kat mak..teman pon balik lerrr walau dah dekat dua bulan teman kat akademi tu....
"Jangan nok gatai kerja ngan Kera-jaan" Kata mak teman
Soo sampai sekarang lerrr teman taboo nok kerja kerajaan....tapi la ni teman paham pasai aper mak teman habaq macamtu kat teman....banyak kelemahan dari kebaikan (orang gomen jangan terasa yer...hehehe)
Dek kerana tak berjaya jadi sniper, jadi photographer pon jadik lerrr....Tapi teman ni bukanlah jenih buat duit ngan benda nih...sekadar hobi jeee walaupon ramai yg panggil nok bayor teman jadi wedding photographer depa...soriii wa tarak minat.
Sambil-sambil menaip ni teman dok dengor lagu Adelle life kat Albert Hall, ala.. hall yg Datuk Siti wat konsert pastu paksa habis semua warga Malaya kat London pi dengor konsert dia, nak bagi napok ramai..hahaha. Nyanyi dok taro mano pon. SPM pon failed habis..tapi Berita Tibi Tiga Suku, Berita Hairan dan Utusan Bangladesh dok habag yg dia pass SPM sangat cemerlang!!! Agrregat dia banyak sampai tiga puluh lebih tuh yg buat dia cemerlang, aku ni agrregat single digit ni sikit soo dok berapa cemerlang lerr. Bravo Siti!!! Kahkahkah...
Kawe ni bukan ler minat sangat ngan muzik, tapi tau ler jugok main music sikit-sikit, tapi laa ni haram satu kod pon udah dok ingat...yg ingat mcmna nak cari pitih lebih nok perabih kat kedai gajet elektronik..kihkih.
Gambo kat ataih tu percaya atau idok...gambo maso teman tingkatan 5. Teman satu-satunya yg diberi kebenaran oleh pihak skoloh kawe untuk simpan rambut panjang...hahahaha,...terima kasih cekgu...huhhh!!! Terima kasih cekgu kerana memalukan aku dikhalayak ramai..Terima kasih cekgu yg kata aku tadak masa depan....aku akan ingat jasa-jasa korang sampai mati...ini dendam kesumat aku. Pelajar yg kome kata tadak masa depan nilah yg mengharumkan nama sekolah sampai ke Jepon, yg bodoh ni la jugaklah yg takdan result SPM keluar dah masuk 'U' sedangkan yg lain, yg korang kata cerdik dan baguh sedang terkial-kial dok isi borang UPU.....Aku harap guru-guru anak aku nanti takde lagi paradigma yg mcm guru aku dulu!!
Cer cuba try test teka mana satu teman.....hehehehe...ni maso kat 'U' di Pulau Mutiara..Unibersiti Sayang Menyayang. Memang pon ..dengan rupa paras kehenseman aku berjaya memikat hati wanita..kahkahkahkahka!!!! Dan dengan kehenseman ini jugaklah aku kenal apa itu sihir...owh wanita, kalau dulu aku 70kg berat, dek kerana sihir laa...ni tak sampai pon 50kg. Kesan yg mendalam walaupon dah berapa lama masa berlalu. Teman malaih nak cerita kisah gelap teman yg nih....tunggu ler nanti kalau ade masa nanti teman cerita. Sebab ianya sangat sedih mcm cerita Ibu Mertuaku lakonan P Ramlee.....sedih beb!!
Awai bulan lepaih masa teman balik owhh kelantanku, jengok ayoh teman yg terlantar kat spital Kuala Krai, tetiba teman nampok satu gambo aweks misi yg terpampang kat pintu wad ICU....berderau daroh teman....cinta berputik kembali..hehehe. Kekasih awal dan terakhir....baju kuning ter..hehe. Kalau dulu mak teman sangat berkenan...tapi biasa laa...jodoh ketentuan Ilahi!!
Ok..kbaiii...
Tuesday
Blog Hapdet...malasnyaa nak taip
As-salam.....
Malasnya aku...
Nak Hapdet blog menjadi begitu masalah bila terlalu banyak idea dan kecelaruan. Ini semua gara-gara ribut politik yg sedang melanda negara sekarang nih. Nak tulih pasai politik nanti orang kata aku tahi poltik, susah jugak nanti orang label aku lagu tuh. Nak sambung cerita seram malaih la pulok, tapi ada dua tiga lagi pengalaman benor aku...hangpa tunggu sat noooi....nanti aku sambung cerita tuh. Insya-Allah...
Masa naik moto, bawak keta, buat keja, sambil lepak..idea datang mencurah-curah mcm ribut hujan yg melanda Kedah sekarang ni. Dan masa tu jugaklah aku tak bawa pen dan nota nak catit idea tu...hemmm.
Takpe, since aku ada kemera yg boleh rakam video..rasanya ada baik aku rakam jee sambil sembang apa yg aku nak curahkan kat blog..takyah susah-susah nak taip.
Takat ni je la dulu..sambil layan video best nih...(tapi ada sensoreddd sikit jee)
"You're not gonna believe this...iceland..its amazing really.."
Saturday
Aku dan Jembalang UUM
Ini pengalaman benar aku beberapa bulan lepas demi mencari rezeki, sesuap nasi untuk anak-anakku! Ianya berlaku di UUM. Dibangunan Akademik yang sewaktu itu dlm pembinaan.
Aku bekerja sendirian sudah beberapa minggu untuk menyiapkan pemasangan dan testing commisioning dua buah lift yang sangat canggih dibangunan tersebut, aku berulang alik dari Alor Setar ke UUM Sintok seawal 8pagi dan pulang kerumah pada malamnya paling awal pon jam 11 malam. Maklumlah aku tidak berpendidikan tinggi, so aku kena kerja keras untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Pada suatu hari hanya tinggal aku keseorangan ditapak pembinaan tersebut, dimana pekerja kontraks yang lain tidak lagi hadir disana kerana kerja-kerja mereka telah siap sehari sebelomnya. Aku tetap dengan kerja aku yang masih berbaki dan memerlukan beberapa hari lagi untuk 100% complete. Lebih kurang setengah jam sebelom berkumandangnya azan Maghrib suatu kejadian aneh yg mengerikan telah berlaku. Ianya amat mengerikan!!!
Tengah-tengah syok aku dok pasang satu hall call button indicator ditingkat 4 Bangunan Akademik Blok B, aku merasa sangat sejuk dibahagian belakang badanku seolah-olah sebuah peti sejuk yang sangat besar berada dibelakangku.
"Celaka!! Apa 'geruh' aku hari nih?!! (aku berkata dlm hati tanpa memandang kebelakang)
Dengan spontan aku mengundur kebelakang tiga tapak sambil mencucuh sebatang 'Dunhill'. Aku terus menyedut nikotin tanpa banyak bergerak. 'Dunhill' aku sudah hampir separuh batang....dan aku membacakan Ayat Kursi, sambil menoleh kekanan. Dari hujung mata kanan aku cuba menduga apakah yang ada dibelakang aku, kerana aku yakin ada sesuatu....
"Ya Allah!!! Hari ni memang aku celaka!!" (aku bertempik tanpa suara)
Dari hujung mataku aku dapat melihat suatu kelibat....memang ada sesuatu dibelakangku. Namun begitu aku tak tahu apakah dia!
Aku bacakan lagi beberapa kali Ayat kursi sambil mencucuh 'Dunhill' yang kedua. Perasaan ingin tahu aku semakin kuat untuk melihat dengan lebih nyata apakah sebenarnya yang berada dibelakang aku.
Setelah 'Dunhill' yang kedua dah habis aku terus menoleh kebelakang!!!
"Celakalah kamu syaitannnnn!!!!!!!" (Aku bertempik dengan kuat tapi suaraku tak kedengaran)
Memang dengan jelas aku dapat melihat suatu lembaga yang berada tak sampai 3 kaki dibelakang aku! Merenung tepat kat aku. Aku mengalihkan kembali pandangan aku ketempat asal.
"Apakah geruh aku hari nih??!!!" (aku berkata dlm hati sambil mulut kembali terkumat kamit membacakan mentera kependekaran yang aku belajar)
"Dengan Ayat Kursi pon kau tak takut, ko nak apa setannnnn??"
Lebih kurang dua puluh minit berlalu dan lembaga tersebut masih lagi berada dan merenung tepat kat aku. Peluh jantan membasahi seluruh tubuh aku.
Aku tidaklah merasa takut sangat kerana sudah beberapa kali berdepan dengan makhluk halus, akan tetapi bukannya dari spesis ni, so aku agak gentar kerana aku tak tahu apakah kekuatan dan kelemahannya! Aku memang sudah mati akal...Ayat Kursi tak layan...mentera tak makan saman.
"Fitri ada kat Changlun!!" (tetiba baru aku teringatkan sub-contractor aku)
Dengan pantas aku call Fitri...
"Fitri!! Mai tolong aku sat, Aku terperangkap dlm lift blok B! Mai cepat sikit" (tanpa memberi salam aku terus berkata dengan nada yang sangat keras memohon bantuan ...aku tak ceritakan perkara yg sebenar dan terus letak)
Selepas itu aku terus menbaca beberapa lagi mentera...
Tak sampai 10 minit aku mendengar kereta Fitri dan beberapa detik kedengaran bunyi tapak kaki Fitri berlari-lari menaiki tangga ke tingkat 4...
Apabila bunyi tapak kai Fitri semakin dekat...aku terus mengalihkan pandangan kebelakang, kesejukan yang amat sangat tadi terus hilang bersama makhluk tadi....
"Haaa...awat Abang Din?" (Fitri terus bertanya dalam termengah-mengah)
Aku tengok muka Fitri sungguh pucat sekali....aku yakin Fitri dapat menduga yang sebenarnya aku berbohong pasal terperangkap dlm lift dan sesuatu yg lain telah berlaku terhadapku kerana tak pernah aku bercakap dengan kasar terhadapnya.
"Jom teman aku balik!!" (aku hanya berkata sepatah sehingga sampai di Alor Setar)
(korang nak tahu ke apakah makhluk yang berada kat belakang aku tuh????..............)
Monday
"Biniku support Israel...atau support My Family?"
"Dia keja kat KFC" Aku jawab sepatah
"Ehh tadok doh ke keja lain..KFC tu kompeni Yahudi tuh!" Kawanku tegaskan sambil mencucuh Dunhill yg ketiga batang
"Kenapa cakap mcm tuh?" Aku kehairanan
"Berlambak lagi keja lain...kenapa tak cari jee..KFC tuh support Israel beli peluru tembak orang Islam" Tegaskawanku sekali lagi
"Jangan cakap mcm tuh, tak baik...nah 50 hinggit" Aku berkata dan menghulurkan duit sekepin 50 hinggit "Jangan beli rokok tau duit nih!" Aku berkata lagi "Ehh ko dah bagi kat aku..suka hati aku la nak buat apa..hahah" kawanku gelak sambil memasuk duit tadi kedalam poketnya "Kalo mcm tuh ngko pon sama la mcm yahudi Israel!!!" Aku berkata dengan nada kasar "kenapa kasar sangat tuh ko kata kat aku?" Kawanku bertanya dengan nada yg takde nada "Ye laa....KFC Malaysia hantar duit keuntungan share ke Ibu pejabat dunia....terpulang kepada depa la depa nak wat per ngan duit tuh....ada ko boleh habaq kat depa, jangan beli bom k!..boleh ke mcm tuh??? Dan lagi satu..ko duk kutuk bini aku keja KFC, sekurang2nya dia boleh bantu aku... Yang ko ni laki bini tak keja apehal??? Nak beli rokok pon mintak duit ngan aku!!! Dan lagi satu..rokok tu pon keluaran orang Yahudi gak kan??...Ada ko amik port??.... Rezeki kalau ada ataih meja..kalau ko tak angkat tangan suap ke mulut..tak dapat gak rezeki tuh...ko tayah la nak tarbiah aku dan keluarga aku....ko tarbiah ko ngan keluarga ko tu dulu...Kalau ko bodoh jangan bodohkan orang lain!!!!!!!!!"" Dan aku pon berlalu meningalkan orang bodoh sombong...si luncai dan labu2nya dlm kebodohan sombongnya... (panjang lagi nak tulih ni, tapi..biarkan ko fikirkan apa yg ko kata kat aku...ada ko support family aku masa aku susah gaban nak beli susu anak pon takde duit?? Anak aku demam ada ko tolong??? Setakat ni aku sanggup makan nasik ngan kicap je bila takdeduit..tak pernah lagi aku berhutang kerana takde duit) DinBrasco
Thursday
Kenapa Wanita Wajib Menutup Aurat. Kenapa Wanita Wajib Menutup Aurat.
Kalau refer kepada Surah An-Nur dan Al-Ahzab tadi, ianya menegaskan perintah berpakaian yang sesuai bagi wanita 'beriman' dimana rekabentuknya yang dikenali sebagai 'Jilbab'. Jilbab selain menutupi kepala dan dada ianya juga menutupi lekuk-lekuk anatomi tubuh badan wanita. Akan tetapi jika ber'jilbab' sambil mengenakan pakaian yang ketat disebelah dalam adalah seperti orang yang terkeliru dengan syariat!!
Dipetik dari "Canadian Medical Association jurnal", berpakaian ketat boleh mengakibatkan 'parasthesia' iaitu sensasi mencucuk-cucuk, rasa panas ataupun rasa terbakar pada kulit akibat tekanan pada saraf dibawah kulit.
Akibat memakai pakaian ketat seperti jeans yang ketat ataupun sekarang ni trend 'legging' akan mengakibatkan masalah kesihatan kulit. Kelembapan yang timbul akibat memakai pakaian ketat akan menggalakkan pembiakan bakteria dan terdapat juga beberapa jenis material fabrik yang akan mencetuskan masalah iritasi/alahan kepada si pemakai.
Akan tetapi kenapa WANITA sahaja yang ditekankan?????
Itulah persoalannya......
Ini adalah kerana kulit wanita adalah lebih halus dan nipis berbanding lelaki!!! Ianya juga lebih sempurna dan harus terlindung daripada kerosakkan akibat sinaran UV (ultraunggu). Ahli-ahli dermatology bersepakat mengatakan bagi melindungi tekstur kulit dan mencegah kanser/barah kulit adalah dengan "menghindarkan daripada pendedahan kepada sinaran matahari"...tapi bagaimana??? Jilbab adalah jawapanya!!
Lapisan ozone bumi semakin nipis akibat kerakusan dan revolusi industri oleh manusia-manusia (negara-negara) yang rakus. Akibat penipisan ozone bumi, semakin banyak kuantiti sinaran UV daripada matahari akan sampai ke muka bumi. dan ini akan mampu menyebabkan malapetaka yang dahsyat bagi seluruh umat manusia. Jumlah radiasi dari matahari yang sampai ke bumi mampu meningkatkan insiden kanser kulit, katarak pada mata dan kelemahan daya tahan tubuh. Menurut (EPA) Badan Perlindungan Persekitaran, semenjak 1990, risiko untuk mendapatkan kanser kulit meningkat dua kali ganda.
Dengan memakai Jilbab, wanita bukan sahaja dapat mencerdaskan bangsa sepertimana kajian yang dilakukan mengenai "Teori Gelombang Otak" oleh sahabat saya yang sama-sama satu sekolah di Ipoh, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dimana tesisnya diterima pakai oleh Professor dari Universiti Kabangsaan walaupon beliau ketika itu hanya berumur 16 tahun (beliau adalah pelajar pintar yang sangat genius melebihi jangkauan umur)
Beliau ada mengeluarkan satu teori yang berkaitan dengan kaedah berpakain dan kaitannya dengan gelombang otak. Jika kita (wanita/Lelaki) berpaikain menutupi aurat, maka gelombang Beta yang stabil akan meguasai otak kita, dan sebaliknya jika kita tidak menutupi aurat maka gelombang alpha yang tidak stabil akan menguasai. Apakah relativitinya dengan bangsa yang cerdas?? Apabila gelombang beta yang stabil menguasai hasil kaedah berpakaian yang sempurna, maka otak kita akan lebih stabil dan membuatkan kita lebih mudah berfikir dan membuat pertimbangan. Dan ini akan melahirkan generasi umat manusia yang cemerlang!!!
Aku ada persoalan lagi..macamana nak menghindari sinaran matahari berlebihan jika wanita-wanita diluar sana mengamalkan trend 'minimalist'(serba mau kurang dan tonjol) dalam berpakaian....hehehe..
Wahai wanita...Allah amat sayangkan anda semua....so anda buatlah keputusan anda dalam berpakaian. Adakah anda mahu perpakaian akan tetapi hakikatnya telanjang ataupun benar-benar menutupi aurat anda....anda buat keputusan!!! Pertanyaan ini juga tidak hanya untuk wanita, kita teliti balik adakah semua lelaki diluar sana juga menutupi aurat secara sempurna???
Aku tinggalkan sedikit persoalan diatas agar kita berfikir!! Dan tidak hanya memberatkan sebelah pihak sahaja!
Ini adalah hasil nukilan penulisan yang asli oleh:
Din Brasco